• B1 : FAULT •

6.1K 92 2
                                    

  ⚠️ ️ Cerita ini hanyalah sekadar rekaan semata- mata . Ada juga certain scene same like drama but  just nak try in malay version,,certain jela tpi but mostly idea sendiri, if ada yang tak puas hati sy minta maaf ssgt yee,,this one just for fun jee.Tidak ada kaitan dengan reality semasa pun .Have fun!

Dalam heningan di waktu senja, sepasang kaki berjalan dengan langkah yang perlahan menuju ke arah keretanya yang diparkir di belakang bangunan pentadbiran.

Tamat sahaja sesi perkuliahan sebentar tadi , tanpa berlengah gadis ini pantas mengemaskan barangnya untuk bergerak pulang ke rumah sewanya.

"Akhirnya, habis jugak sesi pembelajaran untuk semester 2"tutur Ayana sedikit lega sambil memasukkan barangnya ke dalam boot kereta.

Sedang dia leka memasukkan barang, telefon pintarnya berdering meminta diangkat.

"Helo?" sapa Ayana sambil telefonnya dikepit diantara bahu dan telinga.

"Baby, you ada dekat mana?" soal Dzul merangkap teman lelakinya dihujung talian.

"I baru habis kelas ni, kenapa?" Ayana mengeluh di dalam hati. Aduhai dia ni pun , dah lewat- lewat petang ni masih nak call.

"Baru habis kelas? Biar betul you ni? Siapa buat kelas lewat petang macam ni.You tipu I ea?" ragu Dzul pula.

"Ya allah, kenapa I nak kena menipu pulak .I kan memang dah nak final exam ofcoursela ada extra class. Ni dah alang- alang tu, you dah cakap dengan parents you ke belum pasal kita?" boot kereta ditutup kemudian Ayana berjalan memasuki ruangan pemandu.

"Alah you ni tak menyabar sangat kenapa. Rileksla benda boleh slow slow kan lagipun I-"

"You tak ready lagi kan?" Ayana mengeluh lagi buat kali kedua.Sudah masak sangat dengan jawapan tak ubah daripada Dzul ni.

"Baby, I boleh explain. Nak kahwin ni bukan benda boleh buat main tau. I kena-"

"I serius Dzul. We already talk about this right? You sendiri cakap untuk bagi you masa, tapi sampai bila? 5 tahun dah I tunggu. I dah cakap cost you tak perlu risau tapi you just kena berjumpa dengan parents I je untuk buat confirmation thats it.Selagi you tak jumpa diorang, selagi tu I akan dipersoalkan tau tak. You nak I dikahwinkan dengan orang lain ke?"

Ayana bukan mahu marah, dia sedar akan keadaan kewangan teman lelakinya masih tidak stabil tetapi dari gaya perlakuannya menampakkan seolah olah lelaki itu hanya mahu mempunyai teman wanita buat sekadar untuk bersuka suka sahaja.Perkara ini yang paling membuatnya terkilan, punyala sepanjang 5 tahun dia menolak lamaran mana-mana lelaki disebabkan lelaki ini sahaja.Tetapi boleh pula dia bawa bermain main sedangkan diri ini pula memang dalam fasa serius untuk mencari pasangan hidup gara- gara sudah dipaksa oleh keluarga.

"Yana, I minta maaf-"

"I penat Dzul. Esok lusa nanti kita bincang semula ea? I letak dulu" sejurus itu panggilan diitamatkan kemudian enjin kereta dihidupkan.Esok esoklah dia berbaik semula dengan lelaki tu.Sekarang ni bayangan katil je dah terawang awang di depan mata.

"Weh, kereta kau dekat mana!" laung Lee kearah seorang rakan setugasnya.

"Aku parking dekat basement , Hyundai SUV dark grey" tutur Firash aka Leftenan Firash Aayden sambil tangannya membelek beberapa sayur-sayuran.Harini terasa ingin makan sayur masakan sendiri pula setelah lama makan makanan di dalam pek tentera sewaktu pelaksanaan misi muak pula rasanya.Inipun harini barula mereka diberi pelepasan untuk keluar daripada kem setelah terperap 5 bulan di dalam.

"Okey, aku pindah terusla beg kau masuk dalam kereta" tidak menunggu lama akhirnya Lee ataupun gelarannya Leftenan Lee Zhang Hao terus bergerak terlebih dahulu meninggalkan rakannya membeli barangan dapur.

Sampai sahaja di dalam kawasan shopping mall, kereta berjenama Proton X70 diparkir di kawasan yang sudah disediakan.Niat asalnya ingin mahu terus pulang ke rumah tetapi bila teringat banyak barang kat rumah dah habis, nak taknak kene jugakla menyinggah sekejap dekat pasaraya ni.Baru sahaja kaki Ayana menapak keluar daripada perut kereta, entah dari mana tiba tiba datang kelibat seorang lelaki memukul dibahagian belakang kepala gadis itu.

BUK!

Dan tika itu juga, Ayana terasa matanya memberat lalu tubuhnya turut jatuh menyembam ke arah lantai.

Sewaktu tiba di perkarangan kawasan kem, kereta Hyundai dipandu menerusi beberapa ahli leftenan muda yang sedang berkumpul di hadapan gazebo.

"Ada perjumpaan dengan mana-mana Mejar ke?" soal Firash yang berada di dalam kereta kepada salah seorang leftenan muda disitu.

"Ada tuan dengan Mejar Basri"Firash membuat mulut 'o' tanda baru tahu.

Nasib baik dirinya tidak terlibat pada malam ini untuk melatih para para leftenan muda.Jikalau tidak, tidak dapatla dia rehat sekejap.

Kereta diteruskan pemanduan sehinggala tiba di satu kawasan lot perumahan teres yang menempatkan pegawai mahupun bersama ahli keluarga mereka yang selesa untuk menetap di dalam kem ini.

Kereta diparkir di halaman rumah kemudian pagar ditutup secara automatik.

Firash pov

Charger dan telefon diambil kemudian pintu ruangan pemandu dibuka.Tidak lupa juga sayur- sayuran yang dibelinya tadi turut diambil kemudian pintu kembali ditutup rapat.

"Eh, beg.Lupa pulak nak amik" pada awalnya aku bertingkah seperti biasa tapi lain pula jadinya apabila mataku disantap dengan objek misteri yang berada di dalam boot kereta.

"Ya allah!"apa ni?! Macam mana boleh ada perempuan dalam kereta aku?!

Habis plastik sayur-sayur yang dipegang tadi jatuh ke lantai.Macam mana aku tak terkejut dah kalau tiba tiba ada perempuan asing dalam kereta aku?!

Sedang aku ralit dengan kejadian itu, aku terbau sesuatu.

'Kenapa ada bau darah ni' mungkin disebabkan aku sudah terbiasa dengan misi yang sering melibatkan pertumpahan darah, dengan senang bau bauan seperti ini mudah untuk dikenal pasti.

Akhirnya nak taknak aku kena buat sesuatu jugak.Aku cuba mengangkat kepalanya yang bersarung tudung bawal itu namun lain pula jadinya apabila tanganku terlekat dengan cecair.

'She' s bleeding!'

"Cik? Cik bangun cik" kejutku sedikit cemas.Namun hampa,tiada sebarang respons diberikan.Kemudian,jari telunjukku diletakkan di bawah hidungnya untuk memeriksa pernafasannya.

'dia bernafas lagi' Firash menghembus nafas lega.Risau jika dia membawa orang yang sudah tidak bernyawa ke sana sini.

Telefon pintar dihidupkan kemudian nombor kecemasan ditekan.Belum sempat butang dial ditekan, aku berjeda seketika.

'Kalau aku buat emergency call, sudah tentu pihak atasan akan tahu tentang benda ni.Membawa orang luar masuk ke dalam kem tanpa pelepasan juga adalah kesalahan besar dan sudah tentu budak ini juga akan didakwa.Tapi kalau aku tak bawa dia pergi dapatkan rawatan, nyawa dia mungkin dalam bahaya.Aish, fikir firash fikir!Kem ini adalah penempatan tentera special force sahaja, mana mungkin dia akan diberi pelepasan dengan mudah walaupun sudah masuk secara tidak sengaja.'

Nombor panggilan kecemasan dipadam kemudian contact personal doctor aku call.Harapnya dia boleh handle kecederaan ni.

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now