Lama jugak Ayana berada dalam pelukan Firash dari tadi. Sejak dia jejak kaki masuk dalam bilik ni sampaila sekarang, dia langsung tidak bercakap sepatah perkataan malah hanya bunyi tangisan teresak esak memenuhi segenap ruang di dalam bilik ini.
" Dah okay? " soal Firash lembut sambil tangannya tidak henti mengusap belakang tubuh isterinya.Entah apala yang jadi sampaikan isteri dia ni menangis lama macam ni.
Kepala yana yang tadinya bersandar pada dada milik Firash ditarik perlahan. Rambutnya yang sedikit serabut dirapikan.Air mata turut diseka olehnya sebelum kedua dua tangan milik Firash naik mendarat di kedua-dua belah pipi milik isterinya.
" Kenapa ni? Tak pernah aku tengok kau nanges seteruk ni. Mesti ada something yang jadi waktu aku tak ada kan? Taknak cerita? " aju Firash berhati-hati. Biar beri ruang kepada isterinya sendiri yang rela untuk bercerita , kalau dipaksa nampak tak elok pula.
" Tak..tak ada apa apa " dalih Ayana kemudian tangan Firash yang berada di pipinya dialihkan. Baru perasan agaknya yang dia macam terover menanges sampaikan jadi macam tadi.
" Tipula kalau cakap tak ada apa-apa. Menangis teruk macam tadi pun kau nak cakap yang kau masih okay?"
"Betul Fir, I okay "
"Habistu? Kenapa menangis? Atauu sebenarnya.. kau rindukan aku? " tebaknya sambil membuat reaksi seperti berpura pura sedang berfikir.Padahal dalam hati sudah melompat kemenangan.
Sebaik mendengar perkataan rindu terus Yana mengunci mulutnya sambil-sambil dalam cubaan untuk menyembunyikan rasa malunya. Salah satu sebab pun adalah dia taknak Firash tahu pasal apa yang jadi antara dia dengan Dzul tadi.Bagi dia, Dzul tu hanyalah, kisah silam dan kalau boleh dah taknak bercakap pasal dia lagi walaupun dia ada sakitkan hatinya baru baru ni.
" Aku baru tinggal seminggu dah menangis macam ni, macam mana nak kena tinggal untuk sebulan dua pulak nanti? " sakat Firash sengaja.Suka sebenarnya tengok isteri sendiri blushing tak tentu pasal .
" Ish, bila masa I rindu you! I okay jela tinggal sorang" ego. Itulah dia kalau bukan manusia bernama Ayana Naura. Benda dah ada depan mata pun masih nak menangkan egonya itu lagi.
"Aik? Bukan kau ke yang call merengek mintak aku balik sebab rindu kan? Ni tiba-tiba lain pulak cerita" lagi si Yana ni taknak mengaku lagi terukla kena sakat jawabnya HAHAHA.
"Itu.. itu tak sengajala! " malu! Entah macam mana bila emosi mengawal diri tadi , aku pun boleh terbuat kerja gila tiba tiba call dia merayu rayu nak suruh dia balik sebab rindu.
' Apa masalah aku ni! Ish! Tak pasal-pasal buat malu dekat diri sendiri ' jerit Yana dalam hati. Nak cakap kuat kuat kang ada orang lain yang perasan.
"Hmph kalau macam tu aku pergi sana balikla-" acah Firash sambil berura ura untuk meninggalkan bilik itu. Yana apa lagi nampak je cenggitu terus lengan Firash disambar.
"Eh eh ehhh you nak pergi manaaa?" ha kan dah gelabah. Tau takot member dah merajuk.
Ayana pov
" Perlu ke tahu? "
" Mestila perlu! "
" Kenapa? Aku ada dekat sini pun bukannya kau nak peluk cium hargai aku, kan? " ehh ewahhh dah kenapa laki aku ni?
" Tak, sejak bila you pandai merajuk dengan I ni? " terus bercekak pinggang aku jadinya. Sejak bila pula si Firash ni reti nak terasa hati ni.
" Aku tak merajuk" cebik Firash selamba.
"Habistu?"
"Kau rasa? " lah, soalan dibalas soalan.Bila nak habisnya kalau macam ni?
"You marah dengan I?"
"Urm macam ye.. macam tak. Nak marah pun, isteri aku jugak takkan aku nak marah dengan isteri aku tanpa sebab kan?" ringkas tapi cukup terselit beberapa sindiran. Tolongla, dah nama pun Firash, memang bab sindir menyindir secara tersirat ni memang dia nombor satu.Tapi aku perasan yang aku terlalu nak menidakkan sangat perasaan aku dekat dia padahal aku yang tersakiti bila dia jauh dari kita sendiri.
"Sorry..I-"
"Shhhhh" laju sahaja jari telunjuk milik Firash mendarat pada bibirku. Tiada angin tiada ribut tiba tiba dia menghadiahkan senyuman yang agak sinis. Macam..psychopath pun ada. Apesal Firash ni, lain macam je aku tengok.
Selang itu, secara mengejut kepalanya bergerak merapati wajahku. Dah kenapa pulak suami aku ni? Tak masalahnya sekarang ni, hormon adrenalin aku dah bertindak tau.Habis bunyi denyutan jantung aku pun terasa macam nak terkeluar dah.
Senyuman sinis itu masih menghiasi wajahnya, membuatkan aku semakin tidak keruan. Wajahnya pula kini begitu dekat sehinggakan langsung tidak ada jarak antara kami berdua.Aku menelan liur kasar kononnya mahu menenangkan diri tapi jantung ni tengah galak menguasai keadaan sekarang ni!
Semakin dekat kedudukan Firash dengan aku , semakin itula aku rasa gelabah. Terus kedua dua mata dipejam erat membiarkan apa yang nak berlaku biarlah terjadi tanpa aku sendiri lihat.
Sekali baru aku perasan yang kepala Firash dialih betul-betul berhenti beberapa inci daripada telingaku kemudian berbisik perlahan.
" Kalau rindu, buat cara rindu. Jangan paksa aku ugut dengan cara macam ni" aku tersentak. Mata yang tadinya pejam terus terbuka luas.Habis rasa malu terus menyelubungi seluruh wajahku yang membuatkan aku serba sedikit terasa bahangnya.Dengan pantas dada bidangnya aku tolak menjauh, namun Firash lagi galak menghamburkan tawa melihat kerenah aku.
" Aku saje je nak tengok reaction kau. Tak sangka seego ego kau ni , cepat jugak jantung tu berdebar ea?" usik Firash .Tidak lupa matanya dikenyit sambil tersenyum nakal.
"Eish You ni kan!" memang terus dia ni kena side eye dengan aku weh.Dahla buat aku malu tadi ish suka sangat kerjanya asyik nak menyakat akuuu ajee .Kau sabar je Firash, harini hari dia esok lusa hari aku.Memang aku akan balas balik apa yang dia dah buat!Tak suka tak suka!
Nah hadiah mana yg rindu dkt Firash ni shhshshs🫣

YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomansaKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...