"Assalamualaikum" salam diberi sebaik sahaja aku tiba.Hampir 3 jam juga perjalanan dari Selangor ke Kuantan ini.Aku decide nak balik rumah terus instead balik rumah sewa sebab aku rasaaa ianya perlu penjelasan tentang keberadaan aku yang menyepi selama ni dekat family aku.Yeke?Ummm
Kau ingat kan benda ni?Aku pernah cerita dekat pakcik tu dalam chapter waktu awal-awal aku terperangkap kat sana.
I think this is important to do.Lagila ayah aku tu kadang boleh dikatakan setiap 3 hari dia akan call untuk bertanya khabar.Inikan hampir dua minggula jugak tak boleh nak contact aku ha lagila.
Pintu agam besar itu terbuka dari dalam.Terpacul muka seseorang dicelahan ruang yang terbuka.Guess who?
"Nana!Mama Ayah, Nana dah balik!" suara garau itu akhirnya berjaya memecahkan suasana yang agak sunyi dihalaman rumah.Tak lain tak bukan sudah pastila dia abang kedua aku.
Tanpa amaran tubuh kecil ini dipeluk erat olehnya.Aku boleh agak sebenarnya kenapa dia berperlakuan macam ni.
"Kau pergi mana na?!Puas aku dengan bang long cari kau dekat kampus tau.Dahla aku call kau semua tak dapat."bibirku mengukir sengihan rasa sebersalah.
"Err.."bagitahu benda sebenar?Tak kot.Cukup kalau aku cakap aku tercicir fon je boleh tak?Aku taknak diorang pula yang risau pasal aku.
"Nana? Ya Allah bang, anak kita akhirnya balik jugak" tidak cukup dengan abangku, mama turut memelukku erat sambil diselangi dengan tangisan air matanya.
Aku rasa macam aku ni anak yang hilang tanpa dapat dijejak pula.Punyala aku nampak dari air muka mama sepertinya rasa sangat bersyukur sebab nampak aku balik sini.Fuh kemain penangan kalau anak setakat tak angkat call ni.Lagila im the only one daughter, ofourse diorang ada hak untuk tahu dan care pasal aku.Ya aku tahu perkara tu, sekarang ni tak pasal pasal aku dah timbulkan kerisauan pada semua orang.
"Sorry mama, abang, ayah.Nana tak sengaja terhilangkan fon waktu dekat fakulti haritu.Sebab tu tak dapat nak contact siapa-siapa beberapa minggu ni."
"Bukan ke kau hafal nom fon aku? Asal tak call guna fon kawan?Atleast boleh bagitahu yang fon kau hilang."hairan Yusuf.
Ha sudah.Betul tak betul jugak ea.
"Dah dah, nana dah ada depan mata ni pun mama bersyukur sangat dah.Alhamdulillah kamu tak apa-apa"
Apa maksud mama? Macam ada something wrong je ni.Aku cuba memberi isyarat pada abangku tanda mempersoalkan ayat yang terpacul dari mama.Namun dia hanya menggeleng seolah tiada apa-apa.Haih boleh jadi sangsi aku kalau macam ni.
Sebaik aku dapat pastikan mama dengan ayah tiada berdekatan, dengan pantas aku berlabuh bersebelahan dengan abang Yusuf yang sedang khusyuk membuat kertas kerja di ruang tamu.Mungkin dia ada tugasan untuk membuat projek terbarunya di kolej?Boleh jadi,kan?
"Pst abang"
"Hum"
"Urm, kenapa mama dengan ayah macam tengah risaukan sesuatu je?Nana ada terlepas apa-apa ke?"
Yusuf yang tadinya sedang menulis terus memberhentikan gerak gerinya.Tubuh lelaki itu dipusing 90 darjah menghadap aku dengan muka yang sedikit err blur mungkin.
"Sebenarnya.."
"Sebenarnya?"yusuf mengeluh perlahan lalu matanya bergerak meninjau sekeliling.
"Pak ngah ada call ayah semalam, katanya diorang ada dapat mesej pelik daripada seseorang.I dunnow who but it might be someone who harbors a grudge against our family.Nak pulak sehari lepastu ayah dengan mama call dengan chat nana pulak tak berbalas lagila diorang risau"
Alamak! Jangan cakap apa yang berlaku semua ni ada kaitan dengan kes aku beberapa hari lepas?
"O..ouh.." aku termangku seketika.Patut ke aku beritahu? Tapi kakau aku beritahu perkara sebenar, silap hari bulan aku boleh terbocorkan identiti pakcik yang tolong aku tu pulak.Kang satu lagi masalah datang nanti lagi susah.
"Kau ada sorok apa-apa daripada aku ke na?" tebak Yusuf.Mungkin perasan akan riak wajah aku.
"Eh eh! Ahahah! Sorok apa? M..mana ada..err Nana nak naik atas dulu tau, abang sambungla buat kerja sorry ganggu hehe." sebelum abang aku ni soal siasat macam polis dekat penjara tu baik aku lari dulu.Larii!
Yusuf menggeleng kepalanya kecil.Ada - ada sahaja adik bongsunya ini bertanya perkara yang dirahsiakan daripada pengetahuannya.Semoga ianya baik-baik jela macam yang dikata.
✿
Sebaik sahaja aku naik ke bilik, tubuhku kerap bermundar mandir sambil hujung jari digigit sedikit memikirkan permasalahan yang baru muncul tanpa disangka.
'Aduh, macam mana ni.Apa patut aku buat? Kalau penjahat-penjahat tu cuba datang untuk apa-apakan aku lagi macam mana? Dahla kalini aku tak boleh nak bagitahu dekat sesiapa.Argh stress!'
Aku mendarat di atas katil sambil rambut diserabutkan sedikit.Gatal tak gatal yang pasti aku tengah serabut.Takkan aku nak report polis pula kan? Sedangkan pakcik itu sendiri pegawai dalam sektor pertahanan gitu.Yeke? Macam ye macam tak.Tapi nampakla pegawai khas untuk mission ii penting tu.Tapi apa functionnya pula?Takkan aku nak mintak pakcik tu untuk jaga aku?Dia pun ada kerja dia sendiri wey, huwa!Aku yang terpaksa menumpang rumah dia pun dah rasa membebankan dia, inikan nak minta permintaan lain pulak.
How about Dzul? Mungkin kalau aku boleh cepatkan tarikh untuk dia masuk minang aku atleast adala orang yang boleh jaga aku.Betul tak? Kenapa aku tak terfikir ea? Hum, boleh jugak try.Lagipun ayah memang dah mendesak aku untuk bawak balik calon suami.Kalau gitu, esok aku try tanya dia.Fighting Yana!
YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomansKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...