Selesai sahaja urusan di butik sebentar tadi, aku terus meminta Firash untuk hantar aku di mana mana stesen keretapi yang berhampiran.Bila disoal aku memilih untuk berdalih dan memberi alasan yang lain dariapda tujuan asal.
Kenapa? Sebab waktu kitorang dekat butik tu, aku ada dapat mesej daripada Muaz.Dan perkara yang paling mendesak aku untuk pergi jugak berjumpa dengan si dia adalah tak lain tak bukan sebab ugutan.Clishe kan, tapi kalau kau ada kat tempat aku pun kau akan rasa benda yang sama.
Apa masalah si Muaz ni sebenarnya? Entah bila pula dia macam terlampau obses nak jugak untuk kahwin dengan aku sedangkan dah terang-terangan aku tolak lamaran dia.
"Kau pasti ke nak aku hantar sampai sini je? " aju Firash.
"Ehhh takpee I boleh pergi sendiri, lagipun you bawak kak Nayli kan? Kesian pulak dia duduk lama dalam kereta nanti"dalihku.
"You sure?"
To be honest ini dah kali keempat aku mengangguk mengiyakan tau.Nampakla riak wajah Firash sedikit berubah bila macam tak selesa mungkin turunkan aku dekat stesen yang agak sunyi ni.
"Tapi dah petang ni, bahaya perempuan jalan sorang-sorang"katanya lagi.
"Aii, macamlaa I tak biasa. Sokay sokay you balikla dulu. Sementara nak tunggu train sampai ni I boleh duduk dekat bangku sana-"
"Tunggu jap" belum sempat aku membebel dia dah potong line.Tingkap kereta dinaikkan semula kemudian beberapa minit lepas tu aku nampak Firash keluar daripada seat driver.Nohh,siap pakai spek hitam dia pulak tu.
"Ehh kenapa you keluar ni?" ha sudoh.
"Come, aku teman kau dulu"
"Ehh Firashh tayahlaa, kesian kembar you tuu tunggu nanti.Next train pun macam setengah jam lagi.You balikla dulu.I okayy jee serius"
"Kalau aku yang tak oke macam mana?" eh lah cam tibe je.
"Macam mana apa pulak, macam tula" dia ni paham bahasa ke tak.Aduhh payoh laa aku nak pergi jumpa si Muaz tu kalau gini.
"Kau ada cuba nak sorok something daripada aku ea?" tebak Firash sambil menyandarkan tubuhnya pada kereta.
"T..tak m..mana ada! Serius I ada hal-"
"Tipu"
"Firash.."
"Habistu? Kenapa gugup? Takut? Takut rasa serba salah sebab dah tipu aku? Macam tu ke?" setapak Firash mara berdiri betul betul berhadapan denganku.Aku perasan bibirnya sempat mengukir senyuman sinis dek persis seolah olah tahu aje aku ni cuba nak mengelak daripada disoal siasat daripada dia.
"B..b..bukan macam tula.." adulahaii.Aku dah macam dekat bilik suspek ditahan aje ni gayanya.
"Yana, aku ni dah jumpa beratus jenis orang tau.Dari cara kau cakap pun aku dah boleh teka yang kau cuba nak sorok sesuatu daripada aku.Kan? Betul tak? " provok Firash beriya.
Akhirnya, aku terdiam seribu kata.Mungkin reaksi aku terlalu ketara sehinggakan senang betul mamat ni nak tebak.Aku bukannya apa tapi tula..
"Sokay, aku faham.Aku tahu kau takkan buat benda buruk belakang aku, kan? Tapi apa apa pun tolong hati-hati okay? Nanti dah sampai bagitahu aku."
"O..ouh..okay"
"Pft, lurus jugak kau ni orangnya ea.Aku gurau jela, jangan ditarik sangat reaksi muka tu. Okayla aku gerak dulu.Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"perlahan lahan Firash akhirnya berunsur pulang meninggalkan aku ha dah aku yang nak sangat dia balik kan, kenapa nak kena rasa gusar pulak.
Kaki mula membuka langkah menuju ke arah salah satu bangku yang terdapat di situ.Nasib baik ada bangku kosong, dapatla duduk jap.
"Boleh saya duduk dekat sebelah akak tak?" soal seorang gadis yang tampaknya macam sedikit muda daripada aku.
"Ouh boleh boleh" tuturku.Sambil sambil itu aku turut berganjak ketepi sikit untuk memberi ruang kepadanya.Nampaknya macam budak ni datang bukan berseorangan.
"Adrian, awak dudukla dekat sana.Lama lagi train nak sampai ni"
"Sokay Fel.Saya boleh tunggu sambil berdiri"
"Ish, kalau penat jangan merungut ea" kejap.Diorang ni..adik beradik ke? Nampak gaya berbual macam mesra aje orangnya.
"Akak sorang je ke?" soalan gadis itu aku balas dengan anggukan.
"Ouhh, bestnyaa boleh travel pergi mana-mana sorang sorang" keluhnya lagi.
"Err Ahahaha takdelah best mana sebenarnya" tawaku perlahan.Actually memang best tapi agak seram kalau bergerak berseorangan.Lagila dengan kes lately ni yang macam-macam.Inipun terpaksa tau.
"Kalau akak nak tau kan, ini kali pertama saya nak naik public transport.Before ni saya selalu naik kereta je kalau nak pergi tempat lain.Lepastu Adrian kata bahaya untuk orang macam saya gerak sorang sorang.Bosannya"
Ouhlaa.Takpe dik,aku faham perasaan kau.Dulu aku sebaya kau pun ada perasaan macam tu.Tapi bila dah makin meningkat dewasa ni baru aku faham erti nasihat dan larangan yang mama dan ayah selalu cakap dekat aku.
"Sokayy, akak pun takla berani sangat nak pergi sorang-sorang.Akak lagi prefer kalau ada orang yang kita kenal untuk temankan, yela kita perempuan kan?" ceyh pandai pulak aku berkata-kata.
"Fel betul ke taknak naik kereta je? Macam lama lagi je train ni.Kalau naik kereta inshaallah kita boleh sampai lebih awal.Lagipun-"
"Aipp, awak dah janji kan nak bawak saya jalan-jalan naik train" monyok si dia.Alahai comel je tengok diorang berdua ni. Leka tak leka, aku tidak sedar sebenarnya ada seseorang sedang galak memerhatikan aku daripada belakang.
"Ha!Tengok tu! Train dah nak sampai adrian jomm" belum sempat gadis itu berjalan menonong kehadapan, lengannya sempat ditarik oleh Adrian terlebih dahulu.
"Kenapa?"
"Haih, tak nampak ke train tengah laju tu? Tunggu dia berhenti dulu, bahaya kalau awak berjalan terus macam tadi.Tengok ni, ada yellow line kan? Ha tunggu belakang sikit daripada garisan tu" ha kan dah kena ceramah.Adrian bukannya apa, dia tahu ini kali pertama dia membawa Felysia menaiki pengangkutan awam, nak pula dengan sifat keterujaan yang tidak bertempat gadis dihadapannya itu lagi menambahkan gusar sahaja.
"Ouh yeke..kenapa tak cakap awal-awal" kepala Adrian digeleng perlahan.Tak sempat nak beritahu dia sudah gerak dulu macam mana.
Aku menghamburkan tawa perlahan.Sepadan betul diorang berdua ni.
MAAF LAMBAT UPDATE,,BRU FREE KIT 😬😭
YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomanceKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...