• B 26 •

1.2K 47 1
                                    

Sebaik aku tiba di koridor hospital, dapat aku perhati mama dengan ayah sepertinya sedang menunggu di kerusi luar.Tidak mahu mengejut, aku perlahan-lahan berjalan ke arah mereka berdua.

"Mama..ayah" tegurku senada.

"Nana.." belum sempat apa-apa tubuhku dipeluk erat oleh mama.Erat.Erat sangat.

"Abang..abang kenapa mama? Doktor cakap apa? "

Senyap.Langsung tiada balasan dari mama.Tapi yang pasti, esakan mama makin kuat malah air matanya juga jatuh membasahi bajuku.

Sedang ralit berpelukan, aku perasan kelibat seseorang yang amat aku kenali datang menghampiri bersama seorang doktor disisinya.

'Firash?'

"Ni ahli keluarga kepada Yusuf ya?" soalan doktor itu dibalas dengan anggukan kami bertiga.

" Setakat ni pembedahan berjalan dengan lancar dan alhamdulillah kecederaan yang dialami tidak sampai melibatkan pendarahan yang teruk.Cumanya, dia masih lagi dalam fasa bius jdinya kami jangka maybe pagi esok dia sepatutnya dah sedar.Mohon bawa bersabar ya?" pesan doktor separuh usia itu.

Alhamdulillah syukur Ya Allah.Walaupun puncanya aku masih belum diberitahu, aku masih perlu mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana mempermudahkan segala urusan abang aku.

"Baik, terima kasih ya" sambung aku pula.

Tubuh mama aku bawa untuk duduk di sebelah ayah, kemudian aku? Aku perasan Firash ada memberi isyarat sepertinya mahu bercakap dengannya secara personal.Yang pasti bukan dekat sini.Maybe dia ada penjelasan untuk segala apa yang berlaku?

" Apa jadi sebenarnya?" soalku meluru pada Firash.Kebetulan ruangan tangga ini jarang digunakan, tak perasan sangatla kalau ada orang lalu pun.

"Pagi tadi, abang kau kena serang hendap waktu nak keluar dari kereta.Aku syak orang yang sama yang cuba nak culik kau sebelum ni punya kerja"

Serang hendap?!

"Astaghfirullahhalazim." tanganku naik meraup muka.Maksudnya betulla tekaan aku?

"Dont blame yourself Yana.Kita tak boleh ramal apa benda yang nak jadi.Buat sementara waktu ni, aku sarankan parents kau stay dulu dekat rumah dan kurangkan aktiviti di luar.Aku tak rasa diorang akan berhenti selagi belum capai target"

"Macam mana you boleh ada dekat sini? Bukan you sepatutnya kena ada dekat camp ke?" tidak semena-mena persoalan aku dibiar sepi.Firash hanya menggeleng kepala kemudian tangannya naik mengeluarkan sesuatu daripada poket bajunya.

"Amik ni"

"Kunci? Kunci apa ni?"

"Rumah aku.Aku dah lama tak duduk sana, lagipun rumah ni dekat area sini je. Bolehla duduk sementara, ajak parents kau sekali. Kalau nak ulang-alik hospital dari rumah kau agak makan masa jugak, kesian diorang nanti "

Aku mengangguk faham.Oke kut kalau aku ajak mama dengan ayah tinggal kat sana sementara kan?

"Tapi you nak tinggal mana-"

"Aku duduk rumah kembar aku tu je nanti. Ouhni lagi satu, barang dapur petang nanti aku belikan. Yang lain semua inshaallah ada kat rumah tu.Tapi yang pasti jangan masuk bilik aku."

Ehem.Aku nak masuk bilik dia? Memang lambert lagila weh.Ada yang mengamok kang tak pasal pasal je nanti.

"Guest room semua ada dekat bawah.Kalau ada masalah terus direct call aku.Faham?" aku mengangguk mengiyakan.Cara cakap dah macam memberi arahan kepada para tentera pula mamat ni.

"Aku gerak dulu"

"You nanti.." tidak semena mena langkah Firash terhenti.

"Ada apa?"

"You..urm..you marah I ke?" soalku sedikit gugup.

Kening Firash bertaut seketika.Marah? Dah kenapa pula tiba-tiba dia nak marah? Tubuh sasa yang elok berdiri kini dibawa bersandar rapat ke dinding sambil kedua dua belah tangan disilangkan.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Erm..you tak reply text I pun.I ingat you serabut dengan I-"

"Astaghfirullah.Aku lupa pulak nak bagitahu.Fon aku hilang seminggu lepas.Tak sempat nak beli baru lagi, tu yang aku tak reply.Sorry" jelas Firash panjang lebor.

"O..ouh..yeke."Lahhh fon hilang rupanyaa.Padanla dia tak reply pape.Even double tick pun tak.Punyala beriya aku ingat dia block aku.

"Nanti aku dah beli baru, aku contact kau semula.Okay? Fon yang aku ada bagi kau before ni ada lagi tak?"

"Ada! You nak guna ke? Kalau nak I boleh-"

"No no no, keep it for yours.Ingat, hati-hati kalau ada nak pergi mana-mana.Aku pergi dulu, assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" balasku sambil mata melirik menghantar pemergian dirinya.

Keluhan kecil akhirnya terlepas juga.Alhamdulillah lega rasanya bila dapat jumpa dia.Eh?! Tak tak aku cuma nak tahu je dia marahkan aku atau tak, bukan sebab rindu ke apa! Ish, kesitu pula otak ni licik menghubungkan saraf sampai kesitu.

3 month later

Berat mata memandang, rupa-rupanya mengantuk.Jenuh aku menguap dari tadi semata-mata nak habiskan episod korean drama ni je tau.Padahal mata dah tinggal 2% je boleh bertahan ni.Sedang aku leka berkhayal di dunia sendiri tiba tiba kedua dua bahuku disentuh oleh seseorang.

"Nana tak tidur lagi?" tegur mama kemudian dirinya turut berlabuh bersebelahan denganku di atas sofa.

"Mata belum nak terpejam, kenapa mama?" soalku semula kepadanya.

Dapatku lihat mama hanya tersenyum sambil tangannya naik mengusap tangan kananku.

"Ni susah nak tidur sebab terfikir pasal wedding kamu ke? Hurm?" alamak kesitu pulak mama ni alahai.

"Eh takdela ma, nana okay jela"

"Yeke? mama tengok lately ni kamu banyak berdiam aje.Kenapa? Bergaduh dengan Firash ea?" tebak mama.

"Ya allah mama, jauh sangat tu.Serius! Nana okey je dengan Fir tu.Cuma.."

"Cuma?"

"Nana teringat dekat abang Yusuf.Dia baru je sembuh, lepastu nana pun kurang bersembang dengan dia lately ni.Nanti dah kahwin, makin jarangla nana nak borak dengan dia.Itu je..tak ada apa apa pun.Lepastu, nana risau kalau orang-orang jahat tu datang semula" keluhku.

"Firash kan dah cakap yang diorang semua dah kena tangkap? Apa yang kamu nak risau lagi?"

Dah kena tangkap?! Seriously?! Kenapa aku tak tahu??

"M..macam mana mama tahu? Nana tak tahu apa apa pun"

"Firash yang beritahu mama dengan ayah haritu.Lupa pula mama nak beritahu dekat kamu"terang mama.

Alhamdulillah, lega rasanya.

"Dahh, jangan nak risau -risau.Kamu tu lagi 2 minggu nak jadi bini orang dah. Taknak tidur lambat lambat macam ni" adeh ye tak ye jugak.

"Tidur ya, mama masuk tidur dulu" dahiku dikucup sekilas.Terus mama membolos masuk semula ke dalam bilik.Dan aku? Masih dlm fasa burung hantu agaknya.

*Tenkiuuu sudi tunggu😭



























LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now