• B 22 •

1.1K 36 0
                                    

Football, basketball, tennis, pingpong, archery player? Tak lain tak bukan Muaz Hafiy la orangnya! Argh, tolongla kenapa hensem and serba boleh sangat mamat ni.

Aku merenung ke arah kotak hadiah yang berisi dengan coklat bersama ikatan reben di atas meja.

"Agak-agak dia terima tak ea?" soalku dalam hati.

Bukan nak cakap apa tapi sejujurnya aku dan Muaz boleh dikatakan antara idola kepada para pelajar lelaki dan perempuan bukan setakat asbab rupa wajah yang sempurna seperti Miss Malaysia malah dengan kebolehan dan kebijaksanaan dalam pelajaran juga membuatkan seolah-olah kami berdua agak sepadan untuk bersama.Ceh perasan kan?

Pada awalnya aku tak pernah tanam perasaan untuk suka dekat dia walhal kawan kawan surrounding aku selalu main ship shipkan aku dengan dia.Nak pula aku bersekolah swasta ha lagila pergaulan bebas itu sudah menjadi perkara biasa.Mungkin disebabkan sudah terbiasa, dan akhirnya aku teringin untuk mengambil first step untuk memenuhi hasrat kawan aku yang kononnya sibuk nak kenenkan aku dengan dia.Entahla kenapa aku terfikir nak buat kerja gila cenggitu.

Kebetulan lately ni aku pun banyak berinteraksi dengan si dia apabila kami berdua dilantik menjadi ketua pelajar dan banyak program yang perlu diatur bersama.Tak taula weh, aku rasa something like I thought both of us like each other since dia layan aku pun baik gila.Langsung tak sama macam layanan dengan kawan kawan dia yang lain.

Sedang aku mengelamun seketika, aku tersedar Muaz baru berlalu keluar untuk pergi rehat sebaik loceng kelas berbunyi.And yea! This is the right time!

Dengan pantas aku berjalan menuju ke arah loker kelasnya.Kebetulan semua pelajar sudah berunsur keluar pergi berehat.

' Happy Birthday Muaz ' kad ucapan aku selit diatas penutup bekas dengan reben. Bekas coklat itu aku letak di dalamnya kemudian pintu loker buku aku tutup.Kebetulan pulak loker ni tidak berkunci, senangla kerja aku.

Hari makin hari, aku sedar. Kami berdua boleh dikatakan sedang dilamun cinta cintun monyet pun ada.Semuanya terasa manis sehinggakan kalau pijak semut pun tak matilah nak dijadikan cerita.

Sampaila satu hari..

"Kenapa you nak jumpa I ni? Waktu balik boleh jumpa kan?" aku naik hairan.Urusan apa pula yang perlu dibincangkan sampaikan terdesak sangat nak jumpa aku dekat stor sukan ni. Dahla dah nak dekat waktu balik boleh je kan kalau tunggu jap.

"Yana.."

"Ya?" sedang itu aku perasan pintu stor sukan itu sendiri dikunci oleh si dia.

"K..kenapa you kunci Muaz? You ada cari pasal lagi ke dengan budak budak tu ke?" soalku polos.Bukannya apa, tapi kadang kadang aku perasan Muaz ni sering diusik dan suka mengusik dengan rakan satu batch dia.

"Yana listen.." perlahan lahan Muaz jalan menghampiriku sebelum rambutku yang berikal mayang diusap lembut olehnya.Ya, dulu aku free hair. Asalnya aku memang tidak diajar untuk bertudung dari kecik lagi.

"M..muaz k..kenapa ni?" tangannya yang galak mengusap rambut aku tepis perlahan.Selama aku bercinta dengan dia, dia langsung tak pernah sentuh aku paling-paling pun dia pernah err pegang tangan aku.Tapi sekali je! Itupun tak sengaja.Serius! Agak jahil juga aku pada waktu ni.Korang jangan ikut pula, aku akui ini semua memang salah aku dan ianya perbuatan yang berdosa!

"Yana actually I.." aku perasan something.Sepertinya dia sedang menahan sesuatu.

"Huh?"

"I want you so bad gorgeous." aku terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh Muaz.

"A..apa you merepek ni muaz" tubuh aku perlahan lahan terdorong ke belakang.Takut.Risau.Gusar sekiranya lelaki ini membuat perkara yang pelik-pelik dekat aku.

Tanpa amaran kedua dua tangannya naik mencengkam kedua dua belah lenganku sambil matanya tajam menikam iris mata aku.

"Please, Yana?"

"M..muaz..tak..Sedar muaz sedar! Ini bukan Muaz yang I kenal" aku menggeleng kepala beberapa kali.Air mata pula hanya tunggu masa untuk jatuh apabila jarak tubuhku dengannya tersangatla dekat!

Aku terdetik untuk melihat kawasan sekeliling.Dekat kawasan hujung aku macam perasan ada satu beg plastik bersama air mineral.Dekat atas lantai pula aku perasan ada dua papan ubat pil yang agak bersepah.

Jangan cakap yang-

"Y..you makan ubat tu ke?"

"Yana.."

"I tanya ni Muaz! You sengaja makan atau ada orang yang sengaja buat you macam ni!"

Muaz menggeleng sambil kepalanya tertunduk tunduk.

"Budak - budak tu yang buat you jadi macam ni ke? Huh? "

Aku dah agak! Ni mesti kawan-kawan dia sengaja nak perangkap aku dengan dia

Tanpa aku sedar Muaz mula bertindak agresif.Aku cuba meleraikan pegangannya namun hampa seolàh olah aku sendiri dikawal oleh dirinya!

"Lepas!Lepas! Muaz lepaskan I! Tolong! Sesiapa tolong!" aku meronta ronta.Muaz pula sudah galak cuba untuk melawan rontaan aku.

"Aku sayangkan kau Yana! " gertak Muaz sehinggakan habis wajah aku ditampar olehnya.

Pak!

"You dah gila Muaz! Lepaskan I lah! You dah janji you takkan apa-apakan I kan! Lepaslah!"

Pak!

Sekali lagi aku ditampar olehnya sehinggala aku menangis merayu namun langsung tidak dipedulikan oleh si dia.

Hari itu, merupakan sejarah paling gelap sepanjang aku hidup dekat atas bumi ni.Aku terkilan.Tidak semena-mena aku hampir diperkosa begitu sahaja oleh si dia.Sejak kejadian yang menimpa aku hari tu, aku decide untuk pindah sekolah dan kalau boleh tak nak tengok muka dia lagi.Since this case hanya abang aku je yang tahu, thats why mama dengan ayah tidak rasa apa-apa sewaktu atuk bercadang untuk kahwinkan aku dengan si dia.Sebab aku tak pernah buka cerita sebab aku tahu, kalau aku buka cerita, orang lain akan mula caci dan maki mak ayah aku.Cukuplah hanya aku yang tahu tentang kejadian itu.

Kau nak tau sangat kan sebab kenapa aku benci dia? Ya sebab inilah.Inila sebab utama aku sangat anti untuk dekat dengan dia.Dah kalau dulu dia pernah buat macam tu, berkemungkinan benda yang sama dia akan mengulanginya kembali.

Aku tahu manusia boleh berubah, tapi cukupla dengan kehadiran dia hanya akan buat aku trauma dan mendatangkan semula kisah gelap aku sewaktu bercinta dengan dia.Cukuplah ini buat pengajaran untuk diri aku sendiri dan semua pembaca untuk sentiasa berhati-hati.Aku pun silap, penampilan aku di sekolah swasta hanya setakat berpakaian kemeja dan skirt pendek.Langsung tidak terfikir akan akibat berpakaian tidak sopan macam tu.

Sejak hari itu, aku berubah.Aku mula memakai tudung, baju pun aku cari baju yang labuh dan kadang-kadang aku pakai skirt dengan blouse yang labuh untuk menjaga maruah diri aku yang sepatutnya dikhaskan untuk bakal suami aku sahaja.

Sekian diary si comel - Ayana Naura





LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now