• B 41 •

1.3K 57 4
                                    

I dunnow but waktu I type this chapter sambil play this song agak feeling aa hshshs,, i suggest kalau nak more feeling for this scene bole try play this song sambil baca hihi tengss🫶🏻

Ayana pov

Sedar tak sedar, sekejap sahaja masa berlalu.Rasa macam baru je semalam datang sini, padahal dah 3 hari menginap. Cukupla tiga hari, buat apa nak lama-lama , kang makin lama duduk makin tak waras aku after kena mengusik 24 hour dengan pakcik tu. Aku tersenyum sendirian sambil memikirkan detik dan saat yang indah sewaktu kami berdua meluangkan waktu bersama-sama disini. Tak sangka betapa sempurnanya ketentuan Tuhan dalam perancangan menemukan aku dengan si dia dalam tempoh yang terlalu singkat tetapi cukup membawa makna.

Sebenarnya, kalau nak ikut plan asal tempoh honeymoon ni dalam seminggu macam tu tapi itula, tak sangka waktu-waktu ini ada orang lain yang lebih memerlukan dia. Lately ni baru aku tersedar apa itu erti pengorbanan apabila berkahwin dengan seorang perwira negara. Sedang aku mengelamun berseorangan, tidak semena-mena air mataku jatuh apabila teringat pesanan yang terdapat pada sehelai kertas yang ditinggalkan oleh Firash sebelum dia kembali menjalankan amanahnya.

' Kehadapan cik isteri yg dicintai dan disayangi,

After kau baca this notes im truly sure you aware yang aku tak ada dekat sebelah or your surrounding.First of all sebelum aku teruskan, aku nak minta maaf sebab orang yang kau menanti untuk tenung, lihat dan pandang pada celik pertama selepas bangun tak ada disisi. Im truly sorry sayang, aku tahu ia sepatutnya tak jadi begini sebab inilah masa untuk kita berdua saling mengenali each other as husband and wife but who knows? Perancangan tuhan itu sudah pasti, malah lebih baik daripada apa yang kita rancang. Mahu atau tak aku terpaksa pergi menjalankan tugas walaupun hati ini meronta untuk tidak tinggalkan kau berseorangan di saat saat ikatan percintaan yang baru nak dijalinkan tercipta.

Aku minta maaf, aku bukan sengaja taknak kejutkan kau tapi aku risau kalau aku kejut, aku sendiri tak mampu nak jejakkan kaki keluar meninggalkan kau dekat sini. Aku minta maaf sayang, aku tahu kau mungkin akan kecewa tapi percayalah , hati aku, jiwa aku , akan sentiasa ada menemani hari kau disaat aku tiada. Maybe aku akan pergi agak lama, but please trust me i ll be back as soon as possible after this case complete resolved okay? Aku tahu kau kuat, isteri aku kan tak cengeng macam orang lain, jangan menangis okay? Aku ada tinggalkan baju aku dekat atas meja, kalau rindu just hug it. Mana tahu itu dapat tenangkan sikit rasa rindu tu? Last but not least, aku minta maaf sebab aku bukan seorang yang romantik like others sepanjang kita berhoneymoon ni. Aku cuba untuk jadi seorang suami yang perfect dan sedap mata dipandang tapi aku tak rasa aku dah sampai tahap itu, maaf kalau aku asyik banyak mengusik daripada buat something yang kau suka. Jangan skip makan okay? Jangan tinggal solat tau. Aku ada mintak budak-budak aku tolong bawakkan kau balik rumah semula. Take care sayang, aku percaya Allah akan jagakan kau untuk aku.

Gonna miss you
Your lovely husband'

Baju sweater yang ditinggalkan oleh Firash aku peluk erat. Bau tubuhnya masih kekal melekat seolah olah dia masih ada bersama aku di sini. Tetapi hakikatnya, dia tiada..Ketiadaan dia mencengkam jiwa aku dengan rasa sunyi yang tak terucap seolah-olah separuh daripada diri aku turut hilang bersama pemergiannya.Tersedu-sedan aku menahan esakan tangis yang tiada henti sehinggala aku sendiri terlena bersama bajunya yang masih setia berada dalam dakapan.

🌹

" Kau okay?" soal Zyad risau.Sepanjang perjalanan jemput Yana balik tadi, dia perasan yang Yana lebih banyak berdiam diri dan duduk berseorangan. Memang bukan macam diri Yana yang pernah dia kenal dulula cerita dia.

Yana tidak memberi sebarang jawapan malahan hanya bibirnya sahaja yang mengukir senyuman tipis. Matanya nampakla agak bengkak seperti baru lepas menangis pun ada. Yang lagi hairannya kan, Yana ni dah tahu yang diorang berempat ni anak buah Firash tapi langsung! Langsung dia tak ada nak tanya yang Firash pergi mana or else like thatla. Should be dah kalau alang-alang diorang ni rapat, atleast dia tahula suami dia pergi mana tapi tak wey! Dia senyapp je dari tadi, orang tanya dia balas dengan senyum je takpun menidakkan benda yang sepatutnya betul.

" Betul ke taknak bagitahu dia pasal Left Firash? Kesian pulak aku tengok dia macam tu" bisik Zyad pada Qhalish. Kebetulan tempat duduk dekat bot untuk pulang daripada pulau itu, seat diorang berempat memang agak berselang aa sebab katanya yang Yana nak duduk sorang-sorang. Taknak diganggu mungkin.

"Ish kau gila ke, Tuan firash dah suruh kita kunci mulut kan pasal ni" balas Qhalish sedikit tegas. Bukannya apa, amanah tetap amanah.

"Aduh itu aku taula, tapi takkan kau nak tengok budak ni kemurungan setiap hari. Kita pun tak tahu entah apa hukuman yang bakal dijatuhkan dekat dia. Dahla mamat tu tak kasi kita masuk campur, lepastu takkan aku nak biarkan yang kat sini macam ni? Parah weh, setitik air mata tu berharga kau tau tak" tayah berselindung, jujur jela cakap yang sebenarnya si Zyad ni memang kalah gila kalau nampak orang perempuan menangis. Tu dia beriya sangat cuba nak cari solusi dekat Yana ni. Muka nampak je ganas tapi dalam hati siapa yang tahu?

"Weh yad aku nak minta tolong sangat, aku tahu benda tu, tapi please jangan mention benda ni depan budak tu? Kalau dia tahu yang Firash terpaksa tinggalkan dia atas sebab kena tahan untuk kes before ni memang mati mat. Kau tak tahu dia punya keras kepala macam mana, silap haribulan kita yang dipaksa untuk bawak dia jumpa dengan Tuan Firash nanti. Ha kang nanti lagi besar masalah yang Tuan Firash kena cover. Dahla kes yang kita turut bersubahat tu pun dia yang nak tanggung seorang, sekarang kau nak cakap apa? Kalau kau nak ajak aku untuk balik kem aku sanggup untuk hadap sama sama salah kita depan pihak atasan tapi budak ni siapa nak jaga ? Kau pun tahu enemy family dia follow rapat dekat budak ni kan?" haa tu dia. Dah tak pasal-pasal kena ceramah waktu tengah hari yang terik ni.

Akhirnya, Zyad memilih untuk berdiam diri. Ada betulnya juga apa yang si Qhalish ni beritahu. Nasib baik bot yang diorang naik ni pun hanya menempatkan untuk mereka berlima sahaja, tiada pengunjung lain, tiada orang luar. Even pemandu bot itu sendiri adalah salah seorang daripada pegawai special forces yang diarah oleh Firash untuk bawa mereka pulang dengan selamat.

Aku bukan nak cakap apa, tapi dari awal perjalanan diorang berempat ni sampai untuk jemput Yana dekat tempat dia menginap, semuanya sendiri sudah diatur dengan teliti oleh Firash sebelum malam kejadian beberapa pegawai pihak atasan datang menyerbu kawasan ini. Even jalan balik pun, perlu mengikut seperti apa yang telah dirancang oleh Firash untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang luar biasa daripada berlaku. Itulah dia, seorang jejaka bernama Firash Aayden, benar kemalangan boleh terjadi pada bila- bila masa tapi sebagai seorang suami, siapa je yang sanggup membiarkan isteri dibiarkan tanpa sebarang pengawasan.

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now