Beberapa minggu berlalu dengan sangat pantas. Sedar tak sedar sudah mahu masuk 4 bulan la jugak Firash direhatkan dekat rumah. Padahal 2 bulan pun dah memadai sebenarnya tapi entah kenapa kalini Firash dapat cuti lama pula. Kadang aku yang naik hairan, nak kata sakit lagi dah sihat walafiat dah sekarang ni. Bila ditanya, dia cuma kata dia direhatkan daripada menyertai sebarang misi untuk kalini. Bukan nak menghalau tapi itula, pelik je sebab tiba-tiba Firash ada banyak masa untuk luangkan dengan aku.
Buku catatan diary harian aku simpan semula ke dalam laci. Cukupla untuk cerita sampai harini. Selebihnya aku akan sambung nanti. Tubuhku dibawa berdiri berjalan menuju ke arah pintu kamar tidur milik aku dan Firash. Dah nak dekat waktu tengahari, kejap lagi mesti Firash dengan Lee balik dalam kelaparan gara-gara pergi hiking kemana entah. Dahla tinggalkan aku sorang-sorang. Katanya ada urusan pentingla apala, tapi takkan urusan time hiking kot?
' Astaghfirullah, apa yang emo sangat aku ni Ayana Naura. Bawak mengucap yana, bawak mengucap'
Aku berjalan menuju ke arah dapur kemudian peti sejuk aku buka. Niat asalnya nak cari bahan untuk masak lauk, tapi apakan daya, aku lupa barang-barang basah semua dah habis semalam. Daymnn gurl. Aku pun bijak sangat gi lupa nak cakap dekat Firash untuk tolong belikan.
"Keluar rumah pergi beli barang kejap takpe kan?" betul tadi Firash ada pesan untuk stay dekat rumah tapi dah kalau cenggini, nak tak nak kenala keluar jugak.
"Kunci kereta, purse, beg shopping..apa lagi ea" ohye, fon! Alamak tapi, time cengginilaa dia nak habis battery. Ah takpela, kejap je bukannya lama.
Tanpa berlengah enjin kereta dipanaskan kemudian aku bergerak meninggalkan kawasan perumahan. Sepanjang perjalanan menuju ke arah kedai berhampiran, aku terpandang ke arah beberapa signboard tepi jalan. Entah kenapa, firasat aku sepertinya mengatakan sesuatu terhadap paparan iklan yang tertera pada board besar itu.
' Women and Children specialist clinic'
Tidak semena-mena aku teringat akan pregnancy test yang aku ada buat malam tadi. Betul ke result test kit itu boleh dipercayai? Aku tak tahu kenapa tapi serius aku macam blur. Nak kata percaya macam tak sangat. Nak kata tak percaya macam pelik sebab aku rasa macam ada simptom simptom luar biasa lately ni. Kalau aku cakap result pregnancy test aku... positive? Korang rasa apa?
Urghh, yeyeje aku positive. Habis kepala digeleng menidakkan, macam tak percaya pun ada. Tapi memang result dia double line kiranya..
" Relax Yana relax. Kalau betul aku nak buktikan yang test kit tu tak scam aku, better aku kena pergi jumpa doktor la kan?" takotnyaaa! Tapi serius, aku langsung tak ada cakap apa-apa dengan Firash pasal benda ni sebab aku takut benda tu tipu aku.
Akhirnya, disebabkan hasrat aku sudah lama terpendam, terpaksala jugak aku buat. Kan? Tapi apa-apa pun, kena beli barang dulu. Nasib baik area kedai barang barang nak beli ni berhampiran dengan beberapa klinik swasta. Tadela nak kena merantau jauh sangat.
🌼
"Kau pasti?" aju Lee senada. Keningnya turut dijungkit sebaik mendengar keputusan drastik daripada Firash .
" Sampai bila aku nak kena tipu dia Lee? Sebelum dia dapat tahu sendiri benda ni, lebih baik aku yang beritahu dia dulu"
" Kau dah bersedia untuk rasa dipinggarkan lagi ke weh? Tak boleh ke kalau benda ni berlaku secara natural je? I mean, no need to tell everything since itu kejadian yang dah lepas dah pun. Dah jadi sejarah dah, lagipun itu memang kehendak kau, apa yang perlu untuk rasa serba salahnya?"
" Kau tak faham Lee. Yana tu aku kenal sangat dia macam mana orangnya. Bertambah teruk kalau dia dapat tahu daripada orang lain selain aku nanti"
"Okay okay, kalau itu keputusan kau, cuba cakap dengan aku. Macam mana kau nak explain dekat dia pasal benda ni? Kau diupah untuk mengancam nyawa dia semata-mata nak balas dendam lama kau tu? Nope aku silap, bukan diupah tapi kau sengaja. Macam tu?"
"Aku..aku tak tahu" serabut Firash jadinya. Habis mukanya diraup kasar memikirkan satu lagi permasalahan yang masih belum dapat diselesaikan.
"See? Kau sendiri pun tak tahu nak explain macam mana sebab kau dah mula sayangkan dia? Kan? " Firash kekal berdiam diri. Matanya merenung ke arah tanah merah yang sedikit berlecak.
Ya, kalau kau nak tahu apa yang jadi sebelum ni daripada kejadian Yana dicederakan, diculik, dibawa balik ke kem, dan semua ancaman yang berlaku terhadapnya merupakan salah satu daripada rancangan aku yang sudah terbuku sekian lama. Dan! Aku tak expect yang aku akan mudah jatuh hati dengan dia! Betul isu perkahwinan itu juga turut ada dalam plan aku tapi bukan untuk ada perasaan saling sayang antara satu sama lain!
Aku berani jujur untuk bagitahu apa yang berlaku selama ni hanyalah sekadar lakonan semata-mata. Motif utama aku tak lain tak bukan adalah untuk membalas dendam terhadap keluarga dia yang pernah merampas kebahagiaan aku suatu masa dahulu. Aku kehilangan kedua orang tuaku dalam sebuah accident kereta yang disengajakan . Dan pelaku kes ini sendiri melibatkan keluarga sebelah Yana.
Aku mahu dia rasa terseksa, aku mahu dia rasa betapa perit dan pedihnya apabila kehilangan orang tersayang dihadapan mata kau sendiri. Antara sebab aku aim Yana daripada ahli keluarga dia tak lain tak bukan, aku nak buktikan selain merasa sakit pada diri mereka sendiri, apakata kalau aku cuba test pada salah seorang daripada mereka. Dan aku rasa, dengan pendekatan aku berkahwin dengan dia, lagi mudah untuk aku masuk ke dalam keluarganya dan lunaskan semua kemahuan yang masih tertunda.
Aku tahu, kalau mengikut logik akalnya, apa salah seorang gadis bernama Ayana Naura? Kenapa perlu libatkan dia sedangkan pelakunya adalah orang lain dan bukannya dia. Please, dont ask me why. Aku rasa waktu tu otak aku bercelaru dan aku akan cuba mencari setiap ruang yang boleh diselit untuk memanfaatkan setiap peluang yang ada.
Cumanya apa yang dapat disimpulkan disini, aku seolah olah masuk ke dalam jerat sendiri. Lee pernah beri amaran tapi aku tetap berdegil untuk teruskan. End up, aku dibelenggu dengan perasaan yang bercelaru either aku pilih untuk batalkan atau teruskan.
"Kalau kau nak teruskan, better kau ceraikan dia. Atleast kau dah tak duduk sekali dan perasaan tu lama lama hilanglah nanti" sekali dengar kadang apa yang Lee cadangkan ni ada bagus dan buruknya. Tapi..
"Cuba bagitahu aku Lee. Macam mana aku nak benci dia? Bagitahu aku macam mana untuk berhenti daripada cintakan dia?" jujur aku dah terlalu sayang sehinggakan takut untuk kehilangan dia apatah lagi bercerai?
Tapi itulah, bisikan yang sebelah kiri ni pun kuat mendesak beritahu yang usaha aku selama ini akan menjadi sia-sia dan aku hanya sekadar membazirkan masa sahaja.
🌼
Kepingan ultrasound scan aku tatap lama sambil bibir mengukir senyuman lebar. Mengalir air mataku sebaik dapat mengesahkan dengan doktor yang aku sedang mengandung dua bulan tadi.
'Alhamdulillah, syukur Ya Allah.'
Tak sangka segembira ini rasanya apabila dapat tahu yang tidak lama lagi kami akan jalani kehidupan bertiga. Tangan dinaikkan lalu didaratkan pada bahagian perut untuk diusap perlahan.
' Kejap lagi mama bagitahu papa ya baby, mesti your dad akan terkejut kalau mama beritahu dia pasal ni'

YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomanceKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...