• B 30 •

1.1K 40 1
                                    

" Betul ke apa yang kamu ada beritahu mama haritu Fir?" aju Puan Mastura kepada menantu lelakinya.Terlalu sibuk dengan urusan sehinggakan lupa pula tentang keadaan menantunya itu.

"Jadi mama. Kebetulan pulak business partner Fir tu ada jugak urusan dekat sana, tu yang alang-alang ingatnya nak settle sana je terus"

"Ouh..macam tu ya.Nana tahu tak pasal ni?" firash menggeleng menidakkan.Sebenarnya diorang berdua ni macam tengah saling merajuk antara satu sama lain pun ada.Ala tapi bukan serius pun, saje nak bergurau.

"Mama bukannya apa tapi kamu berdua kan baru je kahwin.Honeymoon pun belum lagi, tak boleh extend ke meeting kamu tu?"

"Sebenarnya,haritu Fir dah pernah bincang benda ni dengan dia cumanya bila nak pergi tu yang belum tahu lagi sebab Fir ingat ada nak buat surprise sikit dekat dia.Nak minta tolong mama jangan beritahu dia boleh?" Puan Mastura tertawa.

Ada ada sahaja mereka ni.Teringat waktu zaman muda muda dulu si encik suami pun suka sangat buat kejutan senyap senyap.Tahu-tahu benda dah ada depan mata. Alahai anak anak..

"Yelah kalau macam tu.Tak lama pun kan?"

"Fir cuba siapkan secepat yang mungkin.Dah settle nanti Fir terus call mama.Fir pergi dulu ya?"

"Taknak tunggu Nana balik dulu?Nanti rindu pulak nak tengok muka dia" tidak semena mena bibir Firash mengukir senyuman lebar.Faham je bila ibu mertuanya kata sebegitu, yelah dah jadi isteri kan, mana boleh sangat kadang nak berjauhan dengan si suami ni.Tapi tak tahula pula yang sorang lagi tu.

"Takpela ma, dia pun tengah seronok keluar jalan-jalan dengan bang yusuf tu. Kang ada yang keluar drama air mata tak sampai pulak hati saya nak pergi sana" amboi ayatt kemainnn eh kau Firash.HAHAHAHA.

"Yelah yelah.Hati-hati naik flight nanti ya? Nanti dah sampai sana pun beritahu mama" anggukan diberi kemudian tangannya itu aku salam.

"Fir pergi dulu, Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

' Eh, mana kereta pakcik tu?' pelik. Waktu aku keluar dengan abang yusuf elok je ada kereta Firash tu parking kat garaj.

"Bang"

"Hum?"

"Firash ada keluar pergi mana-mana ke?"

"Eh asal tanya abang pulak.Suami nana kan, tanyala dia.Manala abang nak tahu" ha pulak dah.Kemana pulak laki aku ni pergi.

Ish apesal pulak aku nak kena kesah pasal dia.Hurh, padahal dia yang seronok sangat nak mengacau aku kan dua tiga hari ni.Dah dah dah taknak ingat pasal dia! Biarlah dia nak hilang ke kena culik ke apa.

Sebaik kereta diparkir aku berjalan keluar menuju ke arah pintu utama rumah.Pintu dibuka seloroh aku berlari di kawasan sekeliling rumah mencari kelibat si dia.

"Nana cari apa?" soal Puan Mastura.Dari gerak hati pun sudah boleh mengagak anaknya sedang mencari siapa.

"Ma, suami nana ada keluar tak?"

"Firash? Tak adala pulak dia cakap dekat mama.Kenapa? " boek ah mak mertua Firash ni.Boleh pakat untuk next plan pulakla lepasni.

' YES! Dia tak ada! Bebas aku harini daripada asyik kena ganggu dengan dia!'

"Nothingg, okayy nana nak naik atass duluu, bye motherr" yeas boleh enjoy harini! Akhirnya setelah sekian lama berpura pura merajuk, penat juga rupanya.

"Apa yang seronok sangat anak awak tu?" tegur Encik Zahhar.

"Haih entahla bang.Saya pun pelik tengok si nana tu.Kot ye pun saya ingat dia tu nak tanyala khabar pasal suami dia, ini tak.Makin seronok adala haih.."

"Bila Firash bertolak?"

"Pagi tadi bang.Ouhye lupa pulak saya, tadi dia kirim salam katanya nak kena gerak awal takut terlepas flight" Encik Zahhar mengangguk kecil.Kebetulan pagi tadi ada kuliah subuh dekat surau tu yang tak sempat nak berjumpa tu.

"Tuan pasti ke nak uruskan kes ni sendiri? Saya bukannya apa tapi dengan jumlah orang yang ada dekat kawasan tu terlalu ramai untuk tuan pergi berseorangan"

"Aku dah explain benda ni dekat korang kan? Kenapa nak kena dibangkitkan lagi isu ni" berkerut dahi Firash dibuatnya.

"Ya betul itu kami faham.Tapi tuan macam mana kalau tiba tiba tuan perlukan backup? Atleast kami ada-"

"Enough Pi. Kes ni melibatkan urusan aku sendiri dan sepatutnya tidak boleh melibatkan orang lain.Kalau boleh aku taknak pihak atasan tahu pasal perkara ni.Banyak kali peluang muncul tapi tiap kali itula ada pada waktu aku berada di luar kawasan.Tapi kalini tak, mahu atau tak aku kena pergi siasat."

Terdiam empat sekawan itu mendengar leteran daripada si abang ketua.Jenuh diorang pujuk,memang langsung tak makan saman dia ni.

Suit tuxedo bersarungkan blazer hitam ditilik pada pantulan cermin.Gaya penampilannya yang boleh digambarkan sebagai salah seorang bodyguard kini terasa sempurna.Ya, suit penyamarannya setiap kali melakukan misi.Cermin mata hitam turut dipakai kemudian sebuah beg kulit diambil dari sisi dalam kereta.

Nak kata apa?Hero remaja? Pelakon?Full time Bodyguard ? atau seorang usahawan yang berjaya?

Semestinya semua itu tidak tepat.Setelah dilatih hampir 4 tahun, Aku, memegang jawatan merangkap seorang Leftenan Special Forces,  rolling out for a critical mission.

Jam yang elok tergantung di dinding tepat menunjukkan pukul 11.30 malam.Kenapa aku tengok jam? Entahla, tiba tiba hati aku jadi resah gelisah.Kenapa mamat tu tak balik-balik dari pagi tadi? Takkan keluar sampai tak ingat jalan nak balik kot.

Handphone yang berada di tangan aku perati.Sudahla message pun tidak ditinggalkan lepastu tahu tahu hilang.Takkanlah! Secara tidak langsung tanganku naik menekup mulut sendiri.

'Jangan cakap mulut aku yang masin sangat siang tadi?! Takkan dia betul-betul kena culik? Lelaki segagah dia bukan mudah untuk diculik'

Ha sudah apa dah jadi ni? Nak call? Atau takyah? Tapi dah lewat sangat ni, macam mana kalau ada something wrong jadi dekat dia?

Akhirnya ego aku direndahkan kemudian nombor telefon Firash didail.Hampir sepuluh kali jugala masuk voice mail.Makin lama menunggu makin laju degupan jantung aku.

Tak boleh.Aku kena cari dia!






LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now