Bot apa ni?Cetus tanda tanya pada Yana terhadap dirinya sendiri.Sejak gerak daripada rumah Firash tadi dirinya sering terdetik untuk berasa tidak sedap hati sedangkan setakat ini urusan sepertinya dipermudahkan sahaja.Entah mengapa firasatnya kuat mengatakan bahawa dia seolah tidak dapat keluar daripada kawasan ini pun ada.
"You, kita nak pergi mana?" hujung baju Firash ditarik kemudian digenggam sedikit erat sebaik sahaja mereka berhenti di sebuah kawasan yang agak tersembunyi daripada peronda peronda yang giat berkawal pada waktu ini.
"Kita tunggu Qhalish dengan Zyad sampai.Lepastu baru aku bawak kau naik bot dekat jeti sana"jelas Firash.
Yana menggigit bibirnya sambil sambil matanya meliar melihat kawasan disekelilingnya yang tersangatlah gelap.
"Hey"
"Hurm?"
"Aku nak kau jujur dengan aku"tegas Firash berkata.Anak matanya juga tajam menikam anak mataku yang sedikit bergetar dek risau akan perkara yang buruk bakal berlaku.
"Apa dia?"
"Kau berani tak untuk balik sorang-sorang?"sorang?sekejap.
"You tak ikut ke?"damn.Tadi kata nak hantar aku balik, ni kenapa tiba tiba tanya soalan macam ni pula.Sudahla sekarang ni malam, gelap pula tu.
"Aku akan ikut tapi aku tak boleh keluar jauh-jauh.Maybe half perjalanan aku boleh teman kau tapi selebihnya aku perlu balik semula" ha sudah.Ini yang buat aku nak nangis ni.
"Tapi-"
"Yash! Cepat! Lee dengan Gagak dah cover area sana" sampuk Zyad yang baru tiba.Habis nafasnya tercungap cungap gara-gara Qhalish meninggalkannya berseorangan di luar kereta.Manala dia nak tahu yang si Qhalish tu perlu berkawal juga di area yang sama bersama Lee.Oh by the way,gagak? Yea itu nama panggilan Qhalish daripada dulu lagi.Sebab apa? Sebab boleh dik.Lol.
"Jom" sepintas lalu lenganku dicapai oleh Firash kemudian kami berlari menuju ke arah jeti.Apabila sudah dipstikan tiada orang lain yang turut hadir disini, dengan berhati-hati Firash menyelinap membawa Yana masuk ke dalam bot yang elok terparkir disini.
"Tuan Firash?"
"Astaghfirullah!"Hampir gugur jantung dibuatnya tiba tiba pakcik ni datang menegur entah daripada mana.
"Apa yang tuan buat dekat sini?" soal seorang nelayan yang berada pada separa usia itu.Pelik, tiba tiba pula ada pegawai yang naik botnya.Selalunya mereka akan pantau dari atas jeti sahaja.
"Pak Kasim, saya nak minta tolong boleh?" pinta Firash bersungguh.Dari segi gayanya boleh nampak yang lelaki ini betul-betul nak tolong hantar aku balik semula sekaligus keluar daripada kawasan ini.Aku tahu ianya bukan mudah tetapi mahu atau tidak, jika aku masih terperap disini berkemungkinan ia akan menambahkan beban kepada Firash pula nanti.
"Boleh ya?"sekali lagi Firash menyoal setelah selesai berbincang tentang keadaan dirinya tika ini.
"Boleh tapi macam mana kalau pegawai lain dapat tahu tentang perkara ni? Lagipun pakcik balik ni terus ke kawasan rumah pakcik bukannya bandar utama.Mungkin pakcik boleh bawa tapi kalau ada benda lain berlaku kamu tanggung ya?"
"Jangan risau Pak Kasim.Inshaallah tak ada masalah kalini.Saya akan bertanggungjawab dengan tindakan saya if anyhing happend sepanjang perjalanan kita nanti"
"Urm kalau macam tu,, masukla duduk dekat dalam.Tu adik kamu tu, panggil dia suruh duduk dalam ni.Nanti orang lain perasan bahaya pula"terukir senyuman di bibir Firash.Akhirnya berjaya juga dia nego nego dengan pakcik ini.
Adik?Sekali lagi dia masih menggelarkan diriku sebagai adiknya.
Aku lebih memilih untuk berdiam diri.Cukupla deria penglihatan aku sahaja yang menemani aku untuk apa yang berlaku malam ni.Walaupun aku sepatutnya rasa gembira entah mengapa aku tidak rasa begitu teruja untuk pulang ke rumah.Kenapa ea?Selesai berurusan, enjin bot tersebut dihidupkan lalu terus bergerak menjauhi kawasan jeti.Dapatku lihat Firash agak sibuk dengan walkie talkie miliknya bersama beberapa kertas yang dibawa.Sepertinya macam pelan cadangan pun ada.
"Hey"mataku beralih kepada si empunya suara.
"Kau kenapa ni? Okay tak?"soalnya risau.Risau?Mana tak risau dah kalau aku diam je sepanjang bot ni bergerak tadi.
Kepalaku tidak diangguk malah tidak juga menggeleng.Teringat akan kata-katanya yang aku perlu balik berseorangan tanpa ditemani olehnya.Sejujurnya aku nampak je berani dan lantang sewaktu berbicara tapi sebenarnya itu hanya sekadar lakonan.Aku juga ada rasa takut dan gementar untuk berhadapan dengan situasi sebegini.
"Ambik ni" barang huluran Firash aku perhati lama.Handphone?
"Kejap lagi aku akan hantar kau untuk naik bot satu lagi.Rayyan yang akan bawak kau balik tapi dia boleh hantar sampai jeti je.Selebihnya kau perlu uruskan sendiri.Handphone ni kau bawakla dulu.Senang kalau nak order grab atau tengok maps untuk balik nanti.Nanti dah sampai mesej aku." iphone itu didaratkan di atas tanganku bersama beberapa jumlah wang saku.
"Kenapa you tak boleh tapi rayyan boleh untuk hantar I sampai sana?"
"Esok aku kena melapor diri dekat pejabat macam biasa.Kalau aku ikut hantar kau sekali mungkin tak sempat untuk aku balik semula.Kebetulan Rayyan memang cuti esok.Sebab tu dia boleh bawakkan kau balik ke sana" aku mengeluh sendirian di dalam hati.Bukannya aku tak percaya Rayyan tapi aku lebih selesa jika Firash sendiri yang bawa aku pulang.
Setelah hampir 1 jam berbual kosong, akhirnya destinasi yang dituju sampai juga.Bot khas bewarna kelabu hitam elok berhenti betul-betul disebelah bot empunya Pak Kasim.
"Ian,tolong jagakan dia untuk aku.Kalau ada apa-apa call lah ea? Aku akan standby dekat bot satu lagi."Rayyan mengangguk kemudian enjin bot terus dihidupkan.
Pandangan mata dikalihkan melihat Yana yang masih setia berada dihadapannya bersama tangannya yang menggenggam erat hujung lengan bajuku.
"You memang tak ikut ke" bergetar suara aku bertanya.
Firash tersenyum kemudian melepaskan tanganku daripadanya.
"Jangan risau, selagi kau tak sampai sana selagi tu aku akan tunggu dekat sini.Nanti dah sampai jangan lupa call aku.Okay?Sampai sana study elok-elok kalau ada benda nak tanya wassap je.Kalau aku free aku reply."pesan Firash.Nampak seperti abang sedang memberi nasihat pada si adik pula mereka berdua ni.
Akhirnya aku terpaksa mengangguk dan berjalan berpindah ke dalam satu bot yang diduduki okeh Rayyan.Mungkin cukuplah untuk beberapa hari aku terpaksa stay di dalam kem itu sebagai kenangan mahal mungkin.Makin lama aku duduk di sana makin membebankan Firash pula.Dia tak ada kata apa-apa pun tapi yang pasti setiap malam selalunya akan ada Qhalish ,Rayyan atau Sufi yang akan berkawal dekat rumah dia semata-mata nak jaga keselamatan aku.
"Thank you sebab jaga I before ni.You pun, jaga diri.Jangan kerja berat sangat nanti" Firash mengangguk dengan sedikit pesanan yang diselit dalam tutur kataku.Cukup Yana.Aku kena sedar diri yang ini bukan tempat aku.Ni kalau drag masa kang ada yang terserempak dengan orang lain baru tahu.Akhirnya bot yang dinaiki oleh kami berdua bergerak menjauhi perkarangan itu.Semoga perjalanan ini baik-baik sahaja.
![](https://img.wattpad.com/cover/360672383-288-k710852.jpg)
YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomanceKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...