Malam itu , angin laut meniup lembut melintasi tingkap hotel dimana Yana sedang tidur dengan lena selepas seharian menghabiskan masa di pantai bersama dengan Firash.
Firash pov
Aku berdiri dihadapan cermin tandas sambil memandang ke arah refleksi suit dan mask hitam yang baru disarung sebentar tadi. Lama aku merenung wajah sendiri malah kedua dua belah tanganku juga menggenggam erat kabinet sinki menahan rasa amarah. Kenapa mesti nak kacau daun waktu waktu macam ni? Yana baru sahaja lelapkan mata tiba tiba aku ada dapat satu panggilan mustahak daripada Lee . Nafas berat dikeluh perlahan. Satu beg sandang hitam dicapai kemudian mataku meliar mengintai Yana yang masih lena dibuai mimpi.
Jujur aku cakap, serba salah pula jadinya kalau tiba-tiba aku menghilangkan diri dari bilik ni. Sehelai sticky note yang sudah tertulis pesanan padanya aku lekatkan pada cermin meja solek. Harapnya dia tak terjaga awalla.
Jauh dari kawasan penginapan, model kereta berjenama Hyundai berhenti di kawasan bangunan yang agak usang dah sudah lama ditinggalkan. Tidak lama kemudian pintu bersebelahan seat driver dibuka dari luar kemudian kembali ditutup semula.
"Ikut jugak kau ea sampai sini, asal tak inform guna platform biasa" aju Firash kemudian mask mukanya ditanggalkan.
" Aku dapat kesan tracker orang yang kau nak cari tu ada dekat area sini. Kebetulan platform tu tengah dalam servis, takde cara lain melainkan aku kena jumpa kau jugak sebab aku rasa something yang agak tak sedapla bro. Hairan gak aku cane dia bole track kau sampai kesini. Kemana manala senang cite." keluh Lee kecil. Bukan calang-calang punya orang yang target Firash ni.
"Kau pasti?" Lee mengangguk sambil meneguk air mineralnya.
"Ya, sumber aku kata dia sampai dekat area kau tu dua hari awal sebelum kau sampai.Macam.."
"Macam?"
"Macam dirancang. Kau tak rasa ke? Dari sebelum ni lagi, sehari sebelum kejadian kau ada dekat tempat tu, orang tu dah sampai dulu dah. Aku bukannya apa tapi aku rasa dia ada orang dalam tau. Tapi kalau nak kata orang tu antara kita, yang selalu dengan kau pun paling-paling tak aku, wife kaula Yana.Tapi! Aku taknakla buat fitnah ke apa kat si Yana tu tapi kalau bukan dia, siapa lagi orangnya? Kalau kau nak syak aku, buat apa aku bagitahu semua maklumat pasal si dia tu dekat kau pulak kan?"
" Nope, yana tak terlibat langsung dalam hal ni. "
"Kau pasti? Mana kau tahu kesahihannya? " tidak semena-mena aku menghadiahkan renungan tajam ke arah Lee.
" Aku suami dia aku tahula" tak payah cakap orang dalam, nak suruh bukak tin pun minta tolong aku lagi, tayah beranganla nak syak si Yana tu yang buat kerja kerja macam ni.
" Orang sekarang dah tak kira gelaran dah weh. Suami ke isteri ke, dah kalau motif utama dia adalah untuk mengkhianat, semua benda mustahil boleh jadi" sambung Lee lagi.
"Tak, asal kau yang nak beriya sangat syak orang dalam tu wife aku? Ke kau cuba nak sorokkan something ni?" terus Lee membuat muka separa cuak.Cuak dia tu yang membuatkan kadar kepercayaan aku dekat dia boleh jadi 50/50 tau.
" Aku tanya je! Lagipun kan aku dah cakap yang aku tanak syak dia. " bibirku mengukir senyuman sinis.
"Rilekla bro, aku gurau je. Tak sangka naik jugak baran kau tu" Lee..lee. Dari luar nampak je gagah perkasa , sekali diusik terus gabra. Lagipun Lee ni satu satunya assistant aku yang boleh dipercayaila setakat ni. Takkan aku nak syak dia pula.
🌹
" Finally, our spartan is here" sambut Edward dengan nada memerli kearah seorang lelaki yang baru tiba. Tidak lain tidak bukan lelaki yang bergelar Spartan la orangnya.
" Kau lambat" sambungnya lagi. Spartan yang baru tiba hanya berdiri tegak tanpa memberi sebarang reaksi pada Edward yang cuba mengawal suasana.
" Apa berita besar malam ni? Tak sabar aku nak dengar" kata Edward sambil mengeluarkan asap rokok daripada mulutnya.
" Aku dah track budak tu. Atau kata lainnya, dia dah ada dalam genggaman aku"
Bersinar mata Edward dengan rasa puas setelah sekian lama menunggu khabar berita yang satu ini.
"So..our plan boleh dikatakan..hampir berjaya. Once kau dah serahkan dia, aku boleh buat apa yang aku suka, kau pun dah takkan terlibat lagi urusan dengan aku. Senang cerita. So, bila kau nak bawak dia?"
"Jangan buat tindakan terburu-buru, Ed. Aku sendiri yang akan pastikan aku serah dia dekat tangan kau and clean. Aku minta kau kawal dulu nafsu kau tu, beri aku masa" terhambur tawa Edward sebaik mendengar amaran dari Spartan itu.Serius sangat kalau tengok muka dia sekali pandang.
"Dont worryla bro, selang masa yang kau mintak spare ni dah entah keberapa perempuan datang melayan aku. Menunggu untuk mangsa yang lebih berbaloi apa salahnya? Tak gitu?Boleh je aku nak kasi mana-mana pompuan kat sini sebagai reward untuk kau dah tolong aku handle masalah ni." lagi sekali Edward kembali ketawa besar. Tanpa menunggu lama, Spartan meninggalkan Edward bersama anak buahnya bersendirian di dalam pejabat tersorok itu. Mangsa dah ada, tinggal masa untuk serah sahaja.
Kembali semula ke dalam bilik hotel, Firash duduk di tepi katil sambil matanya memandang wajah Yana dengan hati yang penuh resah gelisah. Kata-kata yang diberitahu oleh Lee betul-betul menganggu fikirannya. Nafas ditarik dalam-dalam kemudian tangan Yana aku capai dengan perlahan.
"Maaf Yana, aku terpaksa buat semua ni untuk kau.Kalau aku beritahu sekalipun, aku tak jamin yang kau boleh terima aku seadanya. Maafkan aku sayang"
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN SPECIAL FORCES
Roman d'amourKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...
