" Biar betul?! " terkejut Qhalish sebaik mendengar berita yang baru dikhabarkan oleh sahabatnya.
" Betul memang betul, lepastu sekarang ni kau nak buat apa? Report? Kalau kau report lagi bertambahla masalah kau sebab nanti dah konfem konfem dia akan geledah rumah kau cari bukti orang yang dah masuk sini " terang Zyad pula.
Firasy terdiam sambil otaknya ligat berfikir tentang keadaan Yana.Kalau boleh dia tidak mahu gadis itu dikenakan sebarang hukuman mahupun ditahan oleh orang orang di sini.Sebagai seorang tentera mahupun pegawai yang telah berkhidmat lama di sini pun dia juga tahu cara layanan yang diberikan tidaklah sama seperti layanan terhadap rakyat biasa.
"Dah tak ada cara lain aku kena guna laluan lain"
"Lain?Maksud kau?"
"Setiap pagi Khamis akan ada bot yang hantar makanan basah kan? Mungkin aku boleh seludup dia bawak masuk dalam tu"
"Bot ikan tu?Kau gila ke?! Esoknya kau masih kerja paling paling kalau kau naik bot tu takkan sempat balik untuk lapor diri dekat pejabat macam mana?Nanti apa pula kata Mejar?"
"Aku dah tak ada cara lain Yad.Aku kena minta tolong Lee handle benda ni" noktah.Jika inilah jalannya,dia sanggup ambil dan merisikokan dirinya asalkan keberadaan gadis itu tidak dapat dikesan oleh sesiapa.
"Yash!Yash! Kau nak pergi mana!"
✿
"Jaga kawasan tu?" pertanyaan Lee dibalas dengan anggukan Firash.Beriya si Firash ni menerangkan situasi keadaannya yang sangat kritikal tika ini.
"Hum agak berat kes kau ni."
"Ya aku tau.Tapi apa pilihan yang aku ada?Aku buntu Lee, aku dekat office pun tak boleh nak buat kerja dengan tenang sebab asyik terfikirkan dia dekat rumah aku tu.Mahunya kalau ada orang cuba pecah masuk rumah aku senyap senyap macam semalam lagi macam mana?Nasib baik dia tak apa-apa."
"Urm, apakata kalau kau cadang utk kahwin dengan dia sementara? Aku rasa kalau bab perkahwinan ni kau lagi arif lagipun aku boleh jamin yang pihak SD akan bertimbang rasa dalam hal ni"cadang Lee sambil menghirup airnya.
"Kau gila ke?!Dia student lagi kot, muda lagi.Lagipun aku dah ada tunang, mana boleh rembat orang lain sesuka hati.Lepastu aku tak rasa itu idea yang erm.."
"Tunang kau tu setakat pilihan mak ayah kau kan? Bukannya kau suka dekat dia, kan?" Firash terdiam.Boleh dikatakan apa yang Lee cakap itu semua adalah benar.Tapi cadangan untuk kahwin dengan budak yang beza umur 6 tahun daripadanya memang langsung tidak pernah terlintas dalam otaknya.
"Takpelah.Lupakan apa yang aku cakap tadi.Malam ni aku cuba serve port bot tu untuk kau ea? Make sure datang on time tau.Risau out of plan pulak nanti,aku akan berkawal dari jauh.Okay?"bahu Firash ditepuk tepuk oleh Lee.Semoga rancangannya berjalan dengan lancarla.
"Thank you bro.Nanti dah confem jangan lupa roro aku semula.Aku gerak dulu" belakang tubuh Lee ditepuk perlahan oleh Firash.Kakinya mula berganjak berunsur pulang menuju ke rumahnya.To the next plan!
"I dah boleh balik?!" teruja Yana bersuara.Firash mengangguk kecil.Tangannya lincah memasukkan beberapa kelengkapan yang diperlukan ke dalam beg galas miliknya jika berlaku perkara yang tidak dijangka.
"Pergi packing baju-baju kau masuk dalam beg.Lepas isyak kita gerak"arah Firash senada.Wajahnya tetap dikekalkan wajah serius, namun dalam hatinya berasa sedikit gusar.Dia tidak beberapa suka menghantar orang lain dengan cara sebegini, kalau boleh dilakukan dengan lebih formal dia lagi sanggup menghantar budak itu sendiri daripada menyuruhnya mencari jalan balik semula sendiri sewaktu sudah tiba di jeti nanti.
"Tapi, you macam mana? Bos you tak marah ke kalau you bawak I keluar daripada sini?" bukan apa tapi dia risau juga kalau kalau pakcik ini ditahan sebab telah buat kesalahan menyeludup orang luar.
"Takyah risau, itu dah memang kerja aku.Dah cepat,lepas dah settle kemas dengan solat terus turun bawah.Kita makan sekali."terasa seperti arahan daripada seorang abang pun ada.Cumanya he's not my brother.
"Urm..okay" berat mulut berkata lagi berat kaki mahu melangkah mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.Memangla gembira sebab dapat balik juga akhirnya, tapi apa pula orang akan kata dekat pakcik tu jika perkara ini terbongkar juga satu masa nanti?
Selesai mengemas beberapa peralatan, Firash berjalan menuju ke arah dapur.Beberapa bahan masakan dikeluarkan daripada peti sejuk.Daripada memotong bawang sehinggala sentuhan terakhir dengan meletakkan daun sup di dalam masakan yang bakal dihidangkan buat kali terakhir.Ya, Firash hanya akan masak makan malam sekiranya ada tetamu atau kawan kawannya datang melepak sahaja.Jikalau mahu diikutkan dia tidak beberapa gemar untuk makan pada waktu malam.Mungkin itu menjadi salah satu asbab dia masih boleh kekal fit sehingga hari ini?
✿
"Sedapnya! Pandai you masak"puji Yana.Boleh dikatakan hampir setiap hari dia duduk sini semua makanan selalunya akan dimasak sendiri oleh tuan rumah ni.Sudunya yang masih berada ditangan digoyang goyangkan sebagai tnda menikmati hidangan.
Tidak berhenti disitu, Yana turut mengambil beberapa biji sambal kentang yang ada di atas pinggannya lalu disuap ke dalam mulut dengan penuh selera.Habes penuh mulut hang.
"Sedap?"
"Sedap!Macam mama I masak.Mana you belajar resipi ni?"
"Aku campak campak je.Tak tahu pulak sedap" elehhh yeyelatu.Ada resepi tapi tanak bagitahu la tu.Ceyh kedekut.
"You tak nak makan?Dari tadi you asyik tengok I makan je, tak lapar ke?"
"Kau makan tak baca doa ea?"
"Huh?"
"Aku perati je kot kot kalau kau berhenti makan sebab nak baca doa ke apa.Ouhni lagi satu, kau belum basuh tangan kan?Nanti sakit perut aku tanak tanggung ea"
"I baca doala!"
"Bila?"
"Tadi!"
"Aku tak nampak pon"
"Ish sibuk je nak tengok.Orang baca dalam hati jela.Hurh, tupun nak kecoh"
"Kecohla, nanti tak pasal pasal syaitan join kita makan dekat sini kang.Ada yang jadi pelanduk dua serupa baru tau" ha tengok tu tengok.Mulut tu kalau boleh bisingla lagi.
"Welk" lidah dijelir sambil sebelah mata ditarik.Puas pulak rasa bila dapat buat macam tu setelah sekian lama HAHAHHAA.
Act fool Yana,anggap je macam takde pape.Suapan demi suapan diteruskan.Malasla nak bergaduh dengan pakcik ni pasal makanan.Lagipun tak elok bergaduh depan rezeki ni.Baik aku sambung je makan sampai habis licin.Bila je nak dapat makanan free kan?
For real, hidup student ini keras ye.Dapat makanan free pun dah cukup bahagia dah untuk aku sebagai seorang mahasiswi.
YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomanceKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...