• B17 : AWARE•

1K 39 2
                                    

Beberapa hari berlalu dengan sangat pantas.Sedar tak sedar aku hanya berbaki lagi sehari untuk membuat keputusan sama ada ingin meneruskan dengan rancangan yang telah diatur oleh atuk dan nenek ataupun aku masih perlu mencari seorang lelaki untuk menggantikan calon serta gelaran suami buat sementara.

Makanan semalam yang berada di atas meja makan aku renung lama .Sejujurnya sejak hari aku buat interview mencari calon suami haritu , aku langsung tiada selera untuk makan.Jangankan makan nak tidur pun tak lena memikirkan prmasalahan yang masih belum selesai ini.

Berat aku pun turunla jugak 4kilo sebab aku hanya mengalas perut dengan roti ataupun dah kalau tak selera sangat memang aku minum air kosong je tau.Macam mana aku boleh tak stress dah kalau aku tengah berada dalam situasi genting macam ni, Si Dzul tu jangan cakap reply, double tick pun tak ada dekat wassap tu.Aku punyala beriya nak jugak dia yang menjadi calon suami untuk aku kenalkan pada semua ahli keluarga tapi sekarang ni apa cerita?Aku call dia pun tak dapat.Ke sebenarnya selama ni cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan je? Sebab tu dia pun tak serius dengan hubungan yang aku cuba pertahankan selama ni.

Akibat terlalu tertekan habis satu papan panadol aku berjaya habiskan tak sampai 4 hari.Sakit? Entahla, aku dah macam redha je dengan apa benda yang nak jadi lepas ni.Mama dengan ayah pun belum tahu tentang ni.Sepanjang hidup aku, aku tak pernah cuba nak cerita masalah aku kepada sesiapa sebabnya aku taknak mama dengan ayah risau tentang aku.Walaupun mereka sering bertanyakan khabar, aku lebih selesa untuk cerita tentang perkara yang positif je selalunya.Aku dah terbiasa untuk pendam masalah sendiri ni sorang-sorang.

Mungkin itu boleh jadi salah satu sebab kenapa aku jadi stress sangat sampai macam ni.Ni memang rezeki je aku masih waras untuk berfikir seperti biasa.Kalau nak diikutkan aku ni boleh didaftarkan sebagai salah seorang ahli dalam hospital sakit jiwa.

Begitulah kehidupan, kalau dulu baru habis spm akan ditanya bila nak sambung belajar.Lepastu dah sambung belajar, ditanya dengan soalan ' bila nak graduate' and its continue sehinggala dah habis belajar..

"Bila nak kahwin?"

Yea thats the hard spot.Aku tahu ini boleh jadi mimpi ngeri kepada manusia manusia yang masih tidak tetap dengan pendirian diri sendiri di luar sana.

Disaat aku sudah bersedia, pihak sebelah sana pula tidak seperti yang disangka.Apabila sudah diberi masa seolah tiada perkembangan ataupun langsung tidak memberi effort yang sepatutnya.Nak pula dapat ahli keluarga yang betul-betul kononnya ingin menjaga keturunan mereka, beginilah padahnya.

Sedang aku leka dengan bebelan yang berlegar diminda, naik satu notifikasi daripada handphone yang berada di atas meja.

Ting!

"Mama dengan ayah dah ada dekat rumah atuk  ni.Petang sikit nanti Nana gerak balik sini ya? Kalau tak boleh balik seorang mama boleh suruh abang Long amik nana dekat sana" -Mama 💖

"Eh takpela mama, nana balik sorang je.Inshaallah lepas asar nana gerak " - Me

Keluhan kecil terbit di bibir.Mungkin memang sudah ditakdirkan untuk aku dijodohkan dengan Si Muaz tu agaknya.

Tapi kenapa mesti dia? Huwa Taknak! Tapi memberontak pun apa yang aku boleh buat? Lari? Tapi nak lari kemana? Atuk tu jangan dibawk main, sampai ke lubang cacing dia akan suruh assistant dia cari aku nanti.Hum redah jela Yana.

Handphone dimatikan sejurus itu aku berjalan menuju ke bilik tidur untuk bersiap sedia menunaikan solat asar.Kalau aku lambat gerak nanti lewat pula sampai sana.

Pada awalnya aku rasa elok je kereta ini meluncur di atas jalan raya sejak aku bertolak lepas solat tadi.Entah mengapa setiap kali lalu jalan yang berbukit kereta yang aku pandu ini seperti semput pun ada.Sekejap mati sekejap hidup semula.Sudahla kawasan ni banyak bukitnya.Jalan pun highway lama mana nak cari bengkel kereta tengah tengah hutan macam ni.

Aku cuba menekan minyak tetapi akhirnya kereta aku tewas juga.Kereta dibawa parkir ke bahu jalan kemudian lampu isyarat segi tiga aku tekan.

'Ya allah, kenapa dengan kereta aku ni.Nak kata tak servis dua bulan lepas baru je servis dekat bengkel'

Kunci kereta aku pulas untuk hidupkan kereta namun hampa.Langsung tak boleh hidup! Haih macam mana pulak ni.

Urm kalau ikut waze lagi 2 jam baru sampai.Nak panggil towing ke ea? Tapi aku tak rasa aku boleh nak dapat towing kereta dalam masa terdekat sebab highway ni aku dah 3 perempat dekat atas jalan,paling-paling aku terpaksa bersidai la kejap dekat sini.

'Macam mana ea, urm patut tak aku call sesiapa'

Tanpa disedari sebenarnya baru aku perasan daripada dashcam kereta belakang yang sepertinya ada dua biji kereta hitam berhenti tepat dibelakang kereta aku.

"Siapa pulak tu? Ada orang nak tolong aku ke?" tidak semena mena jantung aku berdegup dengan laju secara tiba-tiba.Kenapa aku rasa tidak sedap hati pula ni?

Melihat kearah cermin pandang belakang, dua susuk tubuh lelaki berpakaian serba hitam akhirnya keluar daripada kereta mereka.

Jantungku makin lama berdegup dengan makin pantas.Tindakan refleks aku membuatkan habis semua pintu dan tingkap dikunci sebagai langkah berjaga-jaga.Macam mana kalau diorang tu orang jahat? Jangan cakap apa yang abang beritahu haritu adalah salah satu daripada helah mereka.

Macam mana ni! Ya allah bantulah aku, apa aku patut buat ni..

Dan tika itu juga, hanya satu nama yang terlintas dalam pemikiran aku iaitu dia..

Firash! aku tak tahu kenapa tapi naluri hati aku kuat menyebut nama dia.Tekan sahaja button dail dan tidak sampai 3 saat laju sahaja panggilan diangkat.

"You!"laungku separa kuat dalam panghilan.

"Ye Yana, ada apa-"

"I..I tak tahu.Tapi sekarang ni kereta I rosak dekat highway LA3, lepastu..urm..lepastu ada-"

"ada?"

Sedar akan bunyi ketukan tingkap daripada sisi kereta terus aku sembunyikan sedikit telefon ke belakang.Wajah dua orang lelaki yang tidak beberapa familiar aku toleh kearah mereka berdua yang berada di luar kereta.Gayanya seperti menyuruh aku buka tingkap sahaja.

"Sokay Yana, maybe diorang just nak bertanya kot" fikirku positif.Positif tak positif tapi sebenarnya hatiku memberontak juga.Kang kalau tak bukak nanti diorang mengamuk ke apa susah pula.











LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now