• B 34 •

1.1K 34 2
                                    

" Aku dah cek, orang yang follow kau tadi tu tak ada kena mengena dengan kes yang kau baru bukak ni. Aku rasa ni geng yang pakat nak culik bini kau tula Fir. Berkemungkinan , diorang ni cuba nak hapuskan bukti waktu kau terbawak Yana balik sekali tu" terang Lee ketika mereka bertemu di kawasan yang agak tertutup itu.

Beberapa gambar yang dibawa oleh Lee aku teliti. Ya, logo ini sama seperti barang yang tertinggal di dalam bonet aku sewaktu mereka cuba nak pindahkan Yana. Dan yang pasti, logo ini juga sama dengan logo yang ada dekat barang tu cumanya masih belum tahu siapa pelakunya.

" Ni, kau punya barang yang kau mintak haritu" hulur Lee sepucuk surat yang tertera nama diatasnya bukanlah salah seorang daripada mereka.Tersenyum Firash dibuatnya, nasib baik sahabatnya ini ingat, kalau tidak jenuhla juga nak kena ulang-alik sejak kerap keluar kem ni.

" Fir, kau kalau rasa perlukan apa-apa terus bagitahu aku. Aku bukan apa weh, sampai bila kau nak handle kes ni secara rahsia macam ni? Tengok macam tadi, nasib baik memang kebetulan aku memang ada nak jumpa kau kalau tak? Atleast kalau benda macam tadi berulang lagi, kau ada backup weh. Bahaya kau bertindak sorang-sorang ni, ni pun pegawai atasan tak tahu tau? Kalau diorang tahu memang naye kau nanti" habis panjang nasihat serta leteran yang diberi oleh Lee.

Walaupun Firash itu jawatannya lebih tinggi daripada dia, namun sebagai kawan kadang ada masa kita perlu saling menasihati juga.

" Kau tayah risaula Lee, aku tahu apa yang aku buat. Lagipun aku taknak libatkan korang buat kerja belakang pengetahuan orang atasan ni. Nanti disebabkan aku korang semua kena hadap pula."

" Fir, kau pernah tak dengar istilah berat sama dipikul ringan sama dijinjing? Even one day benda ni pihak atasan dapat tahu, atleast hukuman dia kita lalui sama-sama. Aku dan yang lain sendiri yang bersetuju nak tolong kau, sumpah weh ni memang atas sebab kawan je takde sebab lain" tersengih Firash dibuatnya. Pandai betul taktik rakan-rakannya ini cuba untuk memujuk dia.

" Tengoklah macam mana , aku pun tak rasa yang aku akan kene hadap pihak atasan je nanti" kendur sahaja suara Firash. Matanya terus beralih ke arah Yana yang sudah tertidur di dalam kereta dek kejadian tadi yang nak sangat tunggu Firash sampai situ.

" Maksud kau?" Firash menggeleng sambil bibirnya mengukir senyuman perit. Belum masanya lagi untuk beritahu perkara sebenar. Siasatan masih perlu dijalankan, masih banyak bukti yang aku perlu kumpulkan.

" Okaylah bro, aku ingat nak gerak dulu. Kesian Yana tertidur dalam kereta tu dari tadi menunggu kau. Kalau ada apa-apa roje roje jela aku ea? Kalau aku free aku bantu kau" anggukan diberi kemudian tidak lama selepas itu bayang Lee mula hilang dari radar.

Yang penting sekarang ni, aku kena jumpa jugak orang tu walaupun prosesnya agak payah. Sebelum fail dan surat ini dilupuskan, aku perlu kumpulkannya sebanyak yang mungkin.Surat yang dibawa oleh Lee tadi aku simpan di dalam jaket hitam kemudian seat pemandu di dalam mereta aku tuju.

🌷

" Yanaa.. Ayana Naura waykee waykee" samar samar suara itu datang menembusi gegendang telingaku. Siapa pula yang kacau aku tidur ni. Dari arah sumber suara itu hadir aku cuba menepisnya jauh-jauh. Tubuh yang tadinya baring menghadap siling atas kini berubah kepada posisi baring mengiring. Tangan yang meraba-raba mencari bantal peluk kini selamat dipeluk seeratnya.

Sedang rasa tiada gangguan yang hadir seperti tadi, tiba-tiba aku terasa rambutku dielus dengan lembut.Siapa pula usik aku ni? Akhirnya aku membuat keputusan untuk mencelikkan mata sedikit.Terpampang wajah Firash yang sudah lengkap berpakaian kerjanya sedang membaca sebuah buku sambil mengelus rambutku.

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now