• B8 : OVERTHINKING •

1.4K 54 0
                                    

Seketika figura yang tidak beberapa tinggi ini berdiri dihadapan cermin sambil mata menilik pakaian yang tersarung elok pada diri sendiri.

"Lawanya blouse soft pink ni, saiz pun muat-muat.Tak ketat tak longgar sangat.Just nice! Pandai pakcik tu pilih" tersengih sengih Yana dihadapan cermin sambil memusingkan dirinya kejap ke kanan dan kiri untuk melihat sisi pakaian yang baru dibeli ini.Biasela pompuan kan.Kebetulan harini sudah kira 4 hari aku menetap disini tanpa pergi memana-mana.

Sedang leka mengelamun dengan diri sendiri, baru dia perasan yang dalam paper beg tu adala jugak dalam 3, 4 pasang baju tidur dengan baju siang.Serius bila aku dapat je balik tempat asal nanti aku akan pulangkan semula duit-duit yang dia dah belanjakan untuk aku.

Puas menilik diri sendiri dihadapan cermin aku berjalan turun menuju ke ruang tamu.Langsir diselak kemudian sliding door dibuka dengan luas.Kaki pula menyarung selipar jepun yang tersedia ada di rumah ini lalu dibawa berjalan ke halaman rumah.Selipar besar ni tak lain tak bukan mestila pakcik tu punya.Mana ada orang lain dah yang tinggal dekat sini.Ouh cakap pasal dia, aku lupa pulak nak tanya nama dia.

Apa eh? Yash? Tuan? Apa nama full dia, aduhai boleh pula aku tak kenal nama orang yang dah selamatkan dan bantu aku dekat sini.Buat malu aku je lahai Yana..Yana.

Seketika aku terdengar bunyi kekecohan suara yang berlaku diluar pagar.Ada apa pulak tu? Ada artis datang masuk camp ni ke sampai kecoh semacam.Maka, secara tidak sengaja aku telahpun berjaya menjejakkan kaki keluar daripada pagar utama rumah untuk meninjau keadaan.Yela kalau ada retis datang nak jugak aku mintak sign.

Dan sekarang baru je aku berjalan 4 langkah semua mata sudah tertumpu kearah aku.Liur diteguk kasar malah seluruh badan terasa kaku untuk bergerak ke mana-mana.

" Awak siapa?" soal salah seorang gadis di situ.Kalau dilihat dari segi wajahnya aku boleh teka yang dia ni lebih kurang sebaya aku je.

"Macam mana awak boleh keluar daripada rumah Abang Firash?" soal lagi seorang perempuan.

Ehhhh abang? Alamak aku tersalah langkah ke ni.Jangan cakap diorang ni semua fans pakcik tu.Habisla aku, memang habis.

Belum sempat aku nak berkata apa-apa pergelangan tanganku ditarik oleh seseorang.

"Cakap cepat! Awak buat apa dalam rumah tuan Firash?!" alamak macam mana ni.

"Saya..saya.." come on Yana! Takkan kau nak biar diri sendiri dibuli oleh orang yang sebaya atau lagi muda dari kau sendiri! Tidak semena mena seorang lagi datang menyoal perkara yang sama sambil menolak nolak bahuku dengan jarinya.

"Kau sengaja nak mengintai dia ea?"

"T..tak! Saya..urm" macam ni ke rasanya bila kena serang dengan peminat orang lain.Seramnya, rasa nak nangis pun ada.Aku bukan tak boleh nak melawan tapi kalau aku melawan kang kesian pakcik tu pulak kena hadap peminat dia yang ekstravagance ni.

Tiba-tiba tanpa sebarang amaran lenganku ditarik oleh tangan kekar milik seseorang kemudian tubuhku dirapatkan untuk berada di belakangnya.

"Maaf,tapi dia adik saya" tegas suara seseorang menegur.Pengakuan itu,sepertinya aku kenal nada suara ini.

Pakcik ni?!Habis terbeliak kedua dua mata aku apabila mendengar sahaja dia mengaku yang aku ini adalah adiknya sedangkan aku bukanlah siapa siapa.Omagad apa aku dah buat ni! Lepastu sejak bila pula dia ada di sini?!

Aku yang kekal berada di belakangnya hanya mampu mengunci mulut tanpa mengeluarkan sebarang kata kata.Aku dah buat salah terbesar,orang akan mula kenal aku.

Lengan kananku yang berlapik juga masih berada dalam genggaman tangannya.Habisla kau Yana,sumpah balik ni mesti aku kena marah.

"Adik tuan?! Alamak, err..maafkan kami!" aku lihat beberapa gadis yang mengugut aku tadi menunduk meminta maaf pada Firash dan wajah mereka err..agak kesal maybe sebab kacau aku.

Firash ada berkata sesuatu pada mereka tetapi aku hanya memekakkan telinga.Otak pula sudah ligat berfikir macam mana aku nak kena hadap bila kena marah dengan pakcik ni nanti.Ha itula baru sekarang nak menyesal,huhu.

Tatkala itu aku dapat lihat semua bunyi kecoh-kecoh yang berlaku dekat luar pagar rumah ni tadi memang menunggu ketibaan pakcik ni rupanya.Selesai kena ceramah dengan Firash terus mereka semua pulang ke rumah masing-masing ataupun ada yang malu dan terus berlari entah ke mana aku pun tak tahu.

Dan tika itu jugala Firash sudah merenung tajam kearahku.

Gulp.Mama nak balik!

"Masuk kereta" arah Firash tegas kearahku kemudian lenganku dilepaskan.

Kejap, apa? Masuk kereta? Bukan masuk rumah ke?

"Kereta?" Firash tidak marah tetapi mukanya hanya mengangguk mengiyakan.Dah kalau dia suruh kenala ikut je kan.Sebelum ada yang dia mengamuk baik aku masuk.

Tidak lama kemudian Firash turut memasuki ruangan pemandu lalu kereta dipandu menuju ke suatu tempat.Lama kami berdua mendiamkan diri.Pakcik ni tanak marah ke ataupun dia marah sangat dekat aku sampaikan tak boleh nak cakap apa-apa?

"You..urm..sorry" tuturku perlahan sambil kepala tertunduk merenung seluar yang dipakai.

Tetapi tidak pula dengar lelaki ini bersuara untuk membalas permohonan maaf daripada aku.

"You..tak nak marah I ke?" soalku takut-takut.Aku rasa aku layak untuk kena marah sebab memang salah aku pun tadi tu.

"Kau nak kena marah dengan aku ke?" soal Firash kembali.Nadanya masih sama, marahkan akula tu.

Kini, aku tidak berani untuk menjawab.Sejujurnya muka lelaki ni nampak sangat garang bila berlaku situasi tidak dijangka seperti tadi,lagi satu, aku ni hati tisu.Even nampak aku suka melawan cakap orang, hati aku mudah tersentuh setiap kali orang datang menegur aku.Even my mistake sekalipun, aku boleh terima if ada orang tegur cumanya itula akan berlaku drama air mata dulu.

Akhirnya terdengar bunyi keluhan daripada si dia.

"Kalau ikutkan aku boleh je nak marah kau, tapi bila difikirkan semula aku penyebab utama semua ni berlaku eventhough ianya secara kebetulan.Dan memang kau masih perlu mematuhi arahan yang aku dah jelaskan tapi aku tak ada hak untuk kongkong hidup kau untuk terperap dalam rumah je setiap masa."

"T..tapi tadi memang salah I.I yang sengaja nak keluar kejap untuk tengok luar sebab-"

"Sokay, just forget about it.Aku pun lupa nak bagitahu kau pasal perkara tu" terang Firash dengan jelas.

Yana kembali mendiamkan diri.Dia melihat pemandangan luar dari sisi tingkap kereta.Ini kalau kena dekat Dzul ni dah sah-sah aku kena soal siasat add on kena marah dengan dia.Kemana pula pakcik ni nak bawa dia ni.

"You nak bawak I pergi mana?"soal Yana hairan.Besar juga camp ni, tak sangka ianya dah jadi macam suatu kwasan penempatan bandar khas untuk pegawai yang berkhidmat disini.

"Aku tahu kau bosan duduk rumah kan? Harini biar aku bawak kau jalan-jalan sekeliling ni sementara berbaki masa beberapa hari sebelum aku hantar kau balik semula.Dah alang-alang tu bolehla tambah pengalaman dapat meronda di kawasan sini.Lagi lagi student macam kau ni.Bukan semua orang dapat tau.Paling-paling pun diorang boleh tengok aset-aset kenderaan kitorang waktu sambutan hari kemerdekaan.Sekali itu jela kiranya."

Yana sudah membuat muka teruja.Akhirnya! Antara salah satu impiannya adalah melihat perarakan tentera di dataran merdeka tetapi setakat ini dia langsung tidak berpeluang.Siapa sangka harini dia dapat melihat semuanya secara sekelip mata?Menariknya!



LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now