• B20 : SURPRISE •

1.5K 55 1
                                    

" Assalamualaikum"

Firash?! Kenapa dia masuk?! Apa benda pulak kat tangan budak bertiga belakang dia tu?!

"Waalaikumussalam" jawab mama yang berada dekat dengan aku.Aku boleh cakap hampir semua cousin aku termasuklah makcik aku habis terpana melihat aura ketampanan yang dimiliki oleh mereka berempat.Ya aku pun tidak dapat menafikan yang mereka nampak sangat bergaya mengenakan pakaian ini.

"Err..maaf lambat.Saya ada terlepas apa-apa ke?" soal Firash dengan nada yang berbeza.Ini dia ke? Sejak bila suara dia boleh bertukar jadi sopan pula ni? Lagi satu, mana datang baju tuxedo yang dia pakai tu!

"Urm..kami baru nak mula.Maaf nak tanya kamu bertiga siapa ya?" soal mama lagi.Ya allah habisla aku habis!Diorang ni kenapa tak cakap yang diorang pun nak masuk dalam rumah.

Pantas aku bangun mendekati mereka kemudian aku pusing menghadap semua ahli keluargaku dengan senyuman yang agak janggal.

"Err, maaf semua.Nana..urm..nana lupa nak bagitahu yang kebetulan kawan nana saje nak ikut sebab-" belum sempat aku nak habiskan ayat terus bahuku ditepuk oleh Firash.

"Maaf buat semua orang terkejut tapi saya selaku Firash Aayden nak minta izin untuk masuk meminang anak Puan Mastura dan Encik Zahhar malam ni." jelas Firash berkata.Mendengar sahaja ayat itu tidak semena mena beberapa cousin aku menjerit jerit macam orang nampak artis pun ada.Besela jakun tak pernah nampak orang hensem.

Wait apa?! Dia nak masuk minang aku?! Biar betul pakcik ni?!

"Apa yang you merepek ni? Bukan you dah reject I ke?" bisikku perlahan namun masih tegas padanya.

"Kau yang cakap due date untuk bawa calon suami hari ni kan? Yea so betulla apa yang aku buat.Aku masih belum terlambat untuk approach kau kan?Lagipun bukan kau ke yang nak sangat aku jadi suami kau?"

Sekejap.Aku pun jadi terpana.Ianya langsung tidak terdetik dalam hati aku yang pakcik ni tiba tiba boleh buat keputusan last minit untuk jadi calon suami aku.Sumpah weh ini real!

"Sekejap sekejap, maksudnya nana yang setuju la ni untuk disatukan dengan lelaki pilihan nana sendiri dan bukannya muaz?" soal mama kepadaku.

"Err itu.."

"Pstt nak dalih apa lagi Yana, dah dapat alpha man depan mata, bukan selalu dia ni nak buat keputusan yang gila last minit macam ni" bisik Qhalish yang berada disebelahku.

Mataku melirik ke arah Firash kemudian beralih semula kearah Muaz.Tanpa menunggu lama aku mengangguk mengiyakan.

"Nana setuju." serentak aku berkata macam tu, aku perasan mood Muaz macam terganggu.Rasanya baran dia dah nak keluar pun ada.

"Alhamdulillah.Kalau macam tu, bolehla kita teruskan rancangan kita ya?" sambung ayah pula.

Kemudian pelbagai plan yang dirancang mengenai tarikh kahwin, majlis bersanding bla bla bla semuala.Adala jugak sambil sambil tu mereka berborak dengan Firash bertanya trntang latar belakangnya.Malas aku nak amik tahu sebab diorang bincang sampai pukul 1 malam mat.Aku ni yang rasa dah nak tertido silap hari bulan bila bila je aku boleh landing dekat ruang tamu ni.Yang si Firash tu pula tekun mendengar setiap perancangan yang disusun oleh mereka, ya allah dia ni dahla drive lama tadi lepastu sambung dengan perbincangan ini pula.Tak penat ke bang.

Entah mana ralitnya aku pun tak sedar tiba tiba tanganku ditarik sebelum dibawa keluar menuju ke halaman rumah yang sedikit gelap oleh seseorang.

"Apa main tarik-tarik ni!Lepaslah!"

"Hey, sejak bila pulak kau berjaya dapat cekau mamat tu? Huh?Kenapa tak bagitahu aku!" wait what?

Kenapa aku kena bagitahu dia pula?Dia yang confident sangat yang dia boleh dapat aku kan?

"Ish suka hati I la! Apa kena mengena dengan you? "

"Kau tipu semua orang kan sebenarnya? Tah tah kau just upah mamat tu untuk dijadikan bahan eksperimen malam ni untuk kau jadikan alasan tak pilih aku kan?"

Bahan eksperimen?Hello aku pun tak tahu ea yang si Firash tu boleh buat decision last minit untuk masuk minang aku.

"Enoughla muaz! You sendiri pun dah nampak yang I berjaya bawak lelaki pilihan I untuk jumpa dengan atuk dan nenek kan? I ada buat salah ke? Tak kan? Diorang pun dah setuju untuk terima dia sebagai calon suami I, bukannya boleh buat apa-apa." hish geramla cakap dengan orang tak faham bahasa ni.

"Aku nak kau tarik balik apa yang kau cakap!" marah Muaz kemudian kedua dua lenganku dicengkam kasar olehnya.

"Muaz sakit! Lepaslah!"habis aku meronta ronta diminta untuk dilepaskan.Sudahla kukunya tajam.

"Tarik balik Ayana!Kau kena kahwin dengan aku dan bukannya lelaki tu! I deserves better than him!" dalam masa yang sama aku agak terkejut.Kenapa tiba-tiba si Muaz ni boleh jadi obses pula dengan aku.

"Bro, you already reach the limit" tiba tiba Firash muncul untuk meleraikan antara si Muaz dengan aku.Lenganku ditarik untuk berdiri dibelakangnya sebelum dia menghadiahkan jelingan pada mamat yang tak reti bahasa ni.

"Kau..kau memang sengaja kan! Kau sengaja nak sabotaj aku kan?" soal Muaz baran.

"Aku penatla nak explain lagi.Kau sendiri dah dengar yang aku dah approach si Yana ni tadi kan? Apa masalah kau ni? Huh? Tak puas hati?"

"Kau dengar sini ea, aku takkan berdiam diri dengan apa yang dah jadi malam ni.Kau tunggu, kau tunggu Yana.Aku akan buat kau menyesal kali kedua pula lepasni" habis kereta Audi miliknya sendiri menjadi mangsa tendangan oleh si Muaz ni.

Dan aku?

"Hey, kau okay?"

BUK!

Habis terdorong Firash kebelakang apabila aku tiba tiba menumbuk dadanya.

"Auuu, kenapa ni?"

"Kenapa you tiba tiba setuju untuk terima I pulak? You tak cakap dengan I pula tu.You ingat I suka ke you buat surprise macam ni?"Firash tersenyum nipis sambil mengusap usap dadanya yang sedikit pedih akibat ditumbuk oleh aku tadi.

"Kenapa? Kau tiba-tiba terdetik untuk disatukan dengan mamat baran tu pulak ke?"

"I serius Firash.You sendiri nampak kan apa yang berlaku.Kenapa you tak bagitahu I awal- awal? Kejadian tempoh hari yang you reject I tu apa pulak?" urgh rasa nak maghoh tau tak.

"Kau kena faham satu benda Yana.Untuk berkahwin bukan boleh buat decision dalam masa 2 atau 3 minit.Sometimes it takes a month.Aku sebagai lelaki perlu merancang dan berfikir sama ada aku mampu atau tak untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami.You already  know that husband scope is too wide right? Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, lagila dengan aku yang mempunyai skop kerja macam sekarang ni.Its not easy actually.Waktu kau approach aku tu aku minta maaf sebab aku terpaksa menolak.Aku belum cukup sedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.Tapi apabila difikirkan semula, aku pun ada buat solat istikharah, alhamdulillah semuanya dipermudahkan.Thats why I came to you."

Oyemjie, maksudnya tempoh masa yang berbaki after aku buat interview tu dia masih memikirkan permasalahan inila jadinya ya.Haih nampak sangat aku yang salahnya desperate nak cari lelaki.

"Urm sorry.I tak terfikir pula sampai kesitu" tertunduk wajah aku menekur ke arah jalan yang berbatu.

"Sokay, aku faham. Ni lengan kau okay? Ke nak kena berbalut macam lengan aku jugak lepas kena kacau dengan mamat tu tadi" aku tertawa perlahan.Nak perli aku ke apa ni.

"Pedih sikit tapi okay kot.Ouhni urm dah settle ke bincang apa semua kat dalam tu?"

"Mentang-mentang aku yang nak dijadikan ketua keluarga habis semua kau serahkan bulat bulat dekat aku ea? Bijak betul" Yana yana, patutnya dua duala kena fokus untuk buat susun atur majlis apa semua tu.Ini dah macam rela aje haihla.

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now