"Apa pulak masalah kali ni?" soal seorang lelaki yang berada di pertengahan usia. Wajahnya dari tadi berkerut sebaik mendengar perkhabaran yang tidak baik sering berlaku pada waktu hujung tahun sebegini.Sudahla syarikatnya sudah lama mengekalkan standard untuk berada di tangga teratas dalam persaingan pasaran saham terbesar secara global.
" Wisma Zayn paksa untuk kita batalkan kontrak dengan dia tuan.Katanya demi menjaga reputasi, dia terpaksa menarik semula pelaburan yang dibuat dalam syarikat kita." terang seorang pembantu yang setia berada di sisinya itu.
Ahli lembaga pengarah pun sudah dikumpulkan.Nampakla ada yang sedikit tegang, muka tidak puas hati, dan yang paling pasti akan ada salah seorang daripada mereka sendiri yang cuba mensabotaj company sendiri.
" Suruh media tarik balik kenyataan tu."
"Maaf tapi rasanya macam dah terlambat tuan, sebab benda ini pun sudah tersebar-"
"Aku suruh tarik balik tu tarik jela! Apa yang susah sangat?! Ya betul, artikel itu sudah tersebar tapi selagi kita tak padam punca utama, benda ini akan menjadi bualan para pelabur luar! " gertaknya.Habis bergegar meja panjang itu selepas dihentak oleh lelaki tadi.
Sedang berada dalam suasana tegang itu datang beberapa orang bersuit hitam mengelilingi lelaki tersebut.Terlihat salah seorang daripadanya seperti sedang berbisik sesuatu.Nampak macam urgent.
"We end our meeting at here.Will continue tomorrow.Shah, tolong handle mana case yang belum settle" ujarnya sebelum bergerak bersama sama sekumpulan lelaki yang baru tiba tadi.Dan tika itu jugalah, bibirku tersenyum nipis.Dengan langkah yang perlahan, aku menyelinap keluar daripada situ.
"Ingat, make sure hapuskan semua bukti.Aku taknak case yang pernah jadi dulu berulang lagi. Benda melibatkan orang dalam macam tu boleh membahayakan nyawa kita kalau tersilap langkah.Do it properly kalau taknak kepala kau jadi bahan dalam sup waktu sembelih nanti"
"Baik tuan" ketika beberapa pemuda itu hendak bergerak keluar, aku menyorok di celah pintu antara pintu masuk tandas utama dan pintu tandas lelaki.
' Diorang ni dah macam bijak sangat,, kot ye pun nak berbincang dalam toilet , dah macam tak ada tempat lain' bebelku sendirian.
Usai memastikan kawasan di situ agak lengang, aku berjalan sambil menukar seragam dengan berpakaian serba hitam.Suit tadi? Aku dah letak semua dalam beg ni.
' Benda kecik pun kau boleh pandang remeh, inikan kau nak sembunyikan benda yang besar? Memang salah orang kau akan berhadapan nanti. Aku tetap akan cari bukti yang sudah lama aku pendam untuk bongkarkan isinya nanti '
✿
Iphone yang berada di atas tangan aku tenung lama.Kalau nak ikut jejak lokasi fon mamat tu, dah sah sah ia menunjukkan dekat sini.Tapi..
Apa yang dia buat dekat kawasan terpencil ni? Sudahla berada di hujung dunia, laluan keluar masuk pun seolah ada tiada sahaja.Inipun aku parkir kereta sedikit jauh daripada sebuah bangunan yang agak tinggi tetapi berada dekat kawasan yang macam ni.Macam pelik je.Kedai apa takde, tiba tiba ada bangunan office kat sini, tak ke macam..er..seram pun ada.Seram tak seram tah tah! Dia kena culik?! Sebab tu ada dekat kawasan sini!Omaygad! Cerdiknya aku!
Sekali lagi, aku cuba mendail nombor fon dia namun masih tidak angkat.Dahla dah pukul 12.30 pagi, aku tak tahu dari mana aku dapat keberanian drive malam sorang-sorang lepastu datang pulak tempat macam ni.Tapi yang pasti kalau suami atau ahli keluarga kau hilang, takkan kau duduk diam kot?
Enjin kereta dimatikan, kemudian aku membuat keputusan untuk turun daripada kereta.Takkan fon tracker ni nak menipu aku pulak kan, sebab before ni aku guna pun dapat cari weh.
YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomanceKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...