• B 23 •

1.4K 50 1
                                    

"Kenapa tak bagitahu saya?" soal seorang gadis sebaik sahaja pintu kereta ditutup dengan rapat.Lengan sasa milik Firash kembali dipeluk dengan erat seolah tidak mahu dilepas.

"Cinta hati abang ni, suka sangat berangan kan? " tersenyum Firash mendengar persoalan itu.Nampak sangat dia ni malas nak scroll noti dekat wassap tu.

"Apa pulak, abang langsung tak ada inform apa-apa pun pasal benda ni dekat saya." terhentak-hentak kasut Nayli diatas jalan raya.Nasib baik sekarang ni still dekat tempat parking.Kalau tak malu orang lain menengok aksi dramatik tak berbayar kat sini.

"Lah kenapa pulak, kalau abang nak kahwin kena minta persetujuan daripada Nay dulu ke?"

"Mestila kena! " aduh naik hairan Firash jadinya.

"Nay kenala tahu calon isteri abang tu helok ke tak, pandai masak ke tak, rajin ke, malas ke , suka lawan cakap abang ke ha kan penting tu. Kalau abang pilih calon isteri yang tak boleh ngam dengan Nay macam mana? Dengan siapa Nay nak bergossip nanti" terhambur tawa Firash mendengar alasan yang direka oleh adik kembarnya.Ya kembar.Firash dan Nayli adalah kembar seiras, cumanya jantinala yang berbeza.

"Okay okay abang minta maaf. Sepatutnya abang memang dah rancang nak inform face to face dengan family kita tapi Nay faham kan abang busy lately ni? Sebab tu abang boleh inform dalam group je dulu tak sangka Nay tak baca mesej abang tu."

Nayli membuat muka cemberut.Sudahla abangnya tiba tiba cakap nak kahwin, dah tak pasal-pasal rakan gosip aka rakan akrab sepermainannya dirampas oleh orang lain pula.

" Aloo tanakla merajuk. Ni abang nak bawak Nay pergi jumpa dia la ni " Nayli ni disebabkan hanya mereka berdua sahaja selaku anak kepada keluarga Encik Yusoff boleh dikatakan dia seorang yang sangat manja. Even sekecil perkara sekalipun dia akan tengok dari skop yang besar tau.Nak pula insting sebagai adik beradik kembar ha lagila jangan memain.

Lengan yang masih setia dirangkul oleh Nayli dibawa berjalan menuju ke arah shopping mall.Ni sekali pandang dah macam pasangan couple pun ado ni kalau tengok dari jarak jauh.Kemain berkepit si Nayli tu.

Iris mata dikecilkan sambil mata difokuskan mencari kelibat insan yang katanya sudah tiba dari tadi.

"Firash" tegur satu suara dari belakang.Kedua dua figura adik beradik ini serentak berpusing menghadap dari arah punca suara hadir.

Dapatku lihat wajah Yana yang agak tegang sebaik melihat aku bukanlah datang berseorangan tetapi berdua.

"There you are, lama dah ke sampai?"

Persoalanku tidak dijawab olehnya malah lagi galak pula si Yana ni merenung insan yang berada di sebelah aku ini.

"You siapa? " tegas Yana menyoal.Matanya tajam menghala kearah gadis yang berdiri bersebelahan dengan Firash.

"Ouhni..kenalkan Nayli this is Yana. Yana this is Nayli my-"

"your girlfriend?"

"apa?" melihat sahaja wajah perempuan yang berada disebelah Firash sudah cukup nak buatkan Yana ni naik menyinsing lengan baju.Panas mungkin.

"Ouh sekarang ni tiba-tiba you berubah fikiran pulak la ea? Hurm?" aju Yana sambil kedua dua tangannya berpeluk tubuh.Kini matanya beralih ke arah Firash yang masih setia berdiri tanpa berbuat apa-apa.

"Yana dengar dulu apa yang aku nak cakap"

"No need. Owh macam ni rasanya ya, hum? Jadinya inila orang yang dah cop you dulu tu? Whats your name again? Nayli right?" Yana menghamburkan tawa sinis.

"Ou wow. Tak sangka dia lagi cepat buat kerja daripada I." ha sudah.Cuba dengar dulu apa aku nak cakap.Ni lagi sorang nak emo jugak aduila.

"Yana-"

"Shut. I tak jelous pun.I tahu semua yang you cakap dekat rumah atuk I tu setakat untuk cover I je kan? Thank you sebab willing tolong I haritu. Dah sekarang I dah faham. I harap ini last time I jumpa you Fir." actually kalau aku jadi Yana pun aku akn buat benda yang sama cumanya Yana ni terlalu buat conclusion and action awal.Benda bole bawak bincang bang jangan kabot.Baru sahaja Yana mahu berunsur pulang aku cuba menyampuk sekali lagi.

"She's my twin" dengar je perkataan itu terus! Terus terpaku lalu terciduk seorang insan yang bernama Ayana Naura di situ.HAHAHA

Ayana pov

Wait, apa? Twin? Kejap kejap apa ni?

"Dia kembar aku Yana, adik aku. Jangan salah faham pula" adik?Kembar?!

OMAGAD

"you punya adik?" tidak menunggu lama Firash terus mengangguk.Aku pula sudah ternganga besar tidak percaya.No no no kalau kembar maksudnya diorang ni sebaya.Silap hari bulan dah sah sah adik dia lagi tua daripda aku! Apa benda calon bini pon dah buat hal sebelum kahwin ni aduuuuu masak aku!

"Err.." Haa sudoh.Shik shak shok aku jadinya dekat sini termangku dengan perbuatan aku yang tidak sopan itu tadi.

"Tch, ini ke calon isteri abang tu? Biadapnya"

Literally my soul already left my body right now.No comment at all.Sumpah malu gila dah kena judge dengan bakal kakak ipar.Aku rasa nak pengsan sekarang jugak boleh tak? Kenapa aku terlalu obses bila nampak laki ni dengan pompuan lain.Lepastu seloroh je menuduhnya mashaallah.

Firash tertawa perlahan dengan komen yang diberikan oleh adik kembarnya.Memang padanla sebab aku pakai tibai je tuduh dia ni girlfriend si Firash tu.

Dia tak cakap pulak yang dia nak bawak adik dia datang sekali!Tapi memang salah aku juga sebab tak perati awal-awal.Ni baru perasan muka diorang ada rupa paras yang sama.Sama-sama cantik dan hesmes.

"M..maaf..saya tak perasan.Maaf sangat-sangat." tertunduk malu aku menghadap ke arah adik kembarnya itu.

"Ini nak buat calon bini? Tak payahla bang, ramai lagi yang sopan dan beradab berbanding calon pilihan abang ni" seraya Nayli berkata.Memang tak bertapis dah ni, ini memang kasi kaw kaw punya perlian.

"Maaf Nay- eh mksud saya kak Nayli" periiitttnya hidup.Rasa nak terjun masuk kolah.Janganla gitu kak, saya ni pon dah terdesak mencari bakal suami.Janganla tetibe nak cancel pulak, saya akui ini salah sayaaaa huwaa mana nak cekau lagi laki lain waktu singkat macam ni.

"Nay nak balik la bang.Rasa macam nak listkan pula kawan-kawan Nay yang lebih layak untuk dijodohkan dengan abang"kecik besar kecik besar jee si Nayli ni tengok Yana.

Helep, benci betul ni.Mak nak nangesss.Sumpah aku dah macam banduan yang sedang menyesali perbuatan sebelum dimasukkan ke dalam penjara ye.

"Aipp apa pulak cakap macam tu.Abang yang decide untuk kahwin dengan dia janganla tiba-tiba paksa abang untuk batalkan pula.Setiap orang ada baik dan buruknya.Mana yang tersilap abang perlu betulkan dan bukannya kekal untuk tak suka disebabkan perkara yang sama.Semua manusia pernah buat silap Nay.Abang akan terima dan perbaiki jika terdapat kekurangan yang ada pada bakal isteri abang ni.Kita kawan balik boleh? " pesan Firash lembut sambil cuba menenangkan adiknya itu.

Aku cuba menoleh ke arah Nayli dengan membuat muka seposen.Siyes weh seposen ke dua posen ke aku sanggup.Bakal kakak ipar kenela berbaik kan.Nayli menoleh ke arah aku kemudian mengeluh nafas kecil.

"Okay fine" fuh alhamdulillah lega hati aku ya allah.

"Ni sebab awak ni bakal isteri abang saya je tau.Ni kalau stranger ni dah lama saya humban masuk dalam kandang kambing tu.After this please be careful with your words, okay "

Ha kan dah kena ceramah.Sape suh lantang sangat bercakap.Tapela weh, kadang Allah hadirkan orang untuk tegur kita tu supaya kita tak ulang kesilapan yang sama.Alhamdulillah.

"Okay kak hehe" end up aku masih taleh move on dengan rasa malu.

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now