Pantulan wajah di muka hadapan cermin aku tenung lama.Jikalau mahu diikutkan, inilah perkara yang paling aku idamkan sejak 5 tahun yang lepas. Tangguh punya tangguh siapa sangka genap tarikh 10 February akhirnya aku diijab kabul bersama seorang lelaki yang bernama Firash Aayden merangkap memegang status sebagai seorang suami kepada Ayana Naura.
Dia bukan lelaki yang pernah aku cintai tetapi satu-satunya lelaki kiriman tuhan yang aku langsung tak pernah dek jangka untuk menjadi pasangan sehidup semati.Betulla kata orang, manusia hanya mampu merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang dalam apa-apa urusan sekalipun.
Cincin yang elok tersarung di jari manis aku belek perlahan.Mungkin rasa macam tak percaya pun ada, rasa macam sekelip mata je, tau tau dah jadi isteri orang. Cepat betul masa berlalu.Cakap pasal masa, mana pulak si Firash ni dari tadi tak munculkan diri. Aku bukannya apa, memang mama suruh naik dulu untuk aku berehat tapi itulah, nak bukak perhiasan kat atas kepala ni memerlukan bantuan orang lain hiks hiks.
Belum sempat aku meneruskan lamunan, tiba tiba pintu bilikku dikuak dari luar.Akhirnya, orang yang baru dimention sampai juga.
"Kenapa tak salin baju lagi?" soal Firash hairan.Dapatku lihat lengan baju melayunya yang sudah disinsing sehingga ke siku membawa maksud yang dia turut ada bantu untuk mengemas barang-barang di bawah tadi.Nampak hensemla pulak laki aku ni aduyai,,i is kennotlaa lelaki malaya yang macam ni.
"Err..I..I tak boleh nak bukak this crown..tu yang-"
"Come" arahnya lalu memusingkan badanku menghadap tubuh sasanya.
Tangan kekarnya terus naik mencabut satu persatu jarum yang tertanam elok dekat tudung aku.Aku rasa boleh jadi puluhan jarum dekat atas kepala aku ni tau.
Tanpa ku sedari, jarak yang memisahkan antara aku dengan dia tersangatlah sedikit.Benda ni yang aku paling tak suka, sebab apa? Sebab tak pasal-pasal entah kenapa jantung aku berdegup kuat gila and aku dapat rasakan yang Firash maybe boleh dengar degupan jantung aku yang berdegup dengan laju yang teramat mashaallah.Malunya!
Disebabkan rasa malu kian menggunung, aku menundukkan sedikit wajahku menghadap ke arah lantai.Malu.Sangat.Please.
Tidak semena-mena ibu jari bersama jari telunjuk miliknya naik mengangkat sedikit daguku menghadap dirinya.
"Jangan menunduk sangat,payah nak cabut nanti.Kalau segan tengok je baju aku.No need to look at me.I know your husband is too handsome to handle with, betul tak?" usiknya selamba.
NORH PERASANNYA! Euwww kenapaa perasan sangat pakcik ni!
"Banyakla! M..mana ada segan.." dalihku.
"Betul tak segan?"
"B..betulla"
Tidak menunggu lama terus pinggang rampingku ditarik merapat dengan tubuhnya.
"Y..you..a..apa ni" gugup itu pasti.Apasal mamat ni ea?! Gila ke tiba tiba pergi tarik aku dekat dekat dengan dia?!
"Segan tak kalau macam ni?" bisiknya perlahan.
Astaghfirullahalazim, cukup-cukuplaa menjadi ujian berat untuk jantung aku ni bang.Nak aku dapat heart attack awal-awal ke macam mana.
"Ishh! Apa you ni!" malas nak menahan degupan jantung yang kian berdegup dgn laju, terus kedua dua tanganku naik menolak dada bidang miliknya separa kuat.
Firash tidak marah malah dia hanya mentertawakan aku dengan lebih galak.
"Sorry, saje nak test.Strong jugak wife aku ni orangnya ya?" usiknya lagi.
Aku? Aku ni memang dah pasrah dah weh, lantakla muka aku blushing ke merah macam tomato ke aku tak kisah dah. Aku tahu yang mamat ni mesti dari dulu lagi memang tak menyabo nak menyakat aku kan sebenarnya?
"Kot ye pun nak merajuk sambung nantila ea? Kalau aku tak cabut balance jarum tu ada yang tido bersarung tudung kang nanti.Sini"
"Taknak, I reti cabut sendirila. Apa? You ingat I tak reti ke?" balasku ego.
"Aku tau benda tu Ayana Naura.But still, let me help you to do with.Dah sini, duduk diam diam" belum sempat aku nak berbalas lengannya terlebih dahulu mencapai lenganku menarik untuk duduk berhadapan dengannya di atas katil.
Selesai sesi cabut mencabut, aku baru terfikir satu perkara.
"You nak tidur mana nanti?" soalku polos.
"Mana lagi, sinila"
"Sini? Bilik I ke? Tapi I dah tidur dekat katil."
"Jadinya?"
"Habistu you nak tidur dekat mana"
"Sebelah kaula" sebelah aku?! Tak boleh weh!
"Nooo noo noo ! A big NO"bentakku habis-habisan.
"Kenapa pulak, kita dah kahwin kan?"
"For your information, katil I literally dah penuh dengan bantal peluk I.So full already."
"Boleh je letak tempat lain bantal peluk kau tu" balas Firash taknak kalah.
"Mana boleh! Habistu I nak peluk apa waktu tidur nanti?"
"Habistu, apa function aku sebagai suami kau dekat sini? Hurm? Tunggul? Boleh je kan nak peluk aku? aku tak ada larang pun kan? Lagi sedap peluk adala.Pahala bertambah pun iye jugak"
"Eyy gatalnya!" terus kedua dua tanganku naik menyilang malah kakiku sedikit mengesot kebelakang.
Lagi giat aku mengesot lagi lebar senyuman yang ditarik oleh jejaka bernama Firash Aayden.Selangkah aku bergerak kebelakang dua langkah pula dia mara mengunci kedua dua belah tanganku.
"Kau okay je kan? Hurm?" bisiknya lagi sambil menyelitkan helaian rambutku yang berjaya menutupi sebahagian wajah.
"I..i.."Ya allah mengucap Yana! Aku ni memang hidup tak lama ni rasanya,, Eh astaghfirullah.
Makin Firash galak cuba mendekatkan wajahnya dengan wajahku, satu perkara je yang terlintas dekat kepala aku sekarang.Tenaga dia terlalu kuat untuk aku lawan, apa nak jadi, jadila. Yang pasti aku taknak ingat dah lepasni! Habis kedua-dua mataku dipejam rapat.
Namun lain pula apabila lama lama aku rasa pegangan tangannya padaku kian melonggar.Sekali, mamat ni dah turun pergi capai tuala untuk membersihkan diri.Dan aku? Mengucap rasa syukur sebab tidak diapa apakan , tolongla kena usik sikit sampai jantung pun taknak duduk diam ni, kuat betul penangan dia.

YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomantikKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...