• B 29 •

1.2K 44 2
                                    

Sinaran matahari yang kian naik pada waktu pagi sedikit sebanyak menganggu lenaku.Sepertinya langsir bilik ini sudah terbuka luas tapi rasanya tadi elok je bilik ni terasa gelap kenapa tiba-tiba cerah pula.

Perlahan-lahan mataku cuba dicelik mencerna keadaan sekeliling.Disebalik sinaran matahari yang berjaya menembus sebahagian ruangan langsir dapatku lihat figura seseorang yang elok berdiri menghadapku.

"Dah bangun?" soal lelaki itu.Siapa lagi kalau bukan suami aku.

"Sekarang dah pukul berapa"tanyaku agak mamai.Rambut yang sedikit serabut aku betulkan.

"Dah nak maghrib dah dik.Dah bangun.Tu sarapan atas meja, aku dah bawakkan" katanya sambil berjalan menuju kearah aku.

"Tepi" sambungnya lagi.

"Apa?"

"Tepi sikit"

"You nak buat apa?" mendengar sahaja pertanyaan aku tidak semena mena tubuhku dicempung olehnya secara tiba tiba.

"Eh ehhhh you apa ni! Turunkan I!"

Aku baru je nak pukul mamat ni sekali terus dia letakkan aku betul betul dekat depan toilet.

" Kau bocor tu.Pergi mandi dulu, aku nak tukar cadar " Katanya jujur.

'Wait. Bocor?!' Dengan pantas kepalaku dipusing menghadap separa belakang kemudian kain seluar ditarik ke kanan sedikit.

SAH! BANYAK PULA TU! Patutla aku sakit belakang pagi tadi.

"Kenapa tak masuk lagi? Nak aku tolong ke?" soal Firash hairan.Tadela mungkin sebab nampak aku termenung lama kot sebab speechless tiba tiba period.

"Ehh ehh issokay! I boleh buat sendiri! Err comforter dengan cadar tu you biar je situ nanti I basuh" malunyaaa alahai. Belum pape dah tak pasal pasal cadar kene tukar baru.Padahal tu cadar baru beli tu.

"Go clean yourself up first, Ayana Naura" tegas Firash menegur.Serentak itu laju sahaja aku masuk ke dalam toilet kemudian pintu aku kunci.Seram.

Sibuk membersihkan diri, sedar tak sedar hampir setengah jam juga aku duduk dalam toilet.Dan tika itulah baru aku tersedar yang aku langsung tiada bawa pakaian untuk salin sewaktu masuk tadi! Ah sudah, dahla ada tuala je ni, takkan aku nak berkemban jalan keluar lalu depan dia kot?! Ish taknak taknak!

Hujung kuku jari telunjuk aku gigit sambil memikirkan langkah yang sewajarnya diambil.Dah jadi habit aku kalau nak berfikir memang akan menggigit ke macam mana aku pun tak tahu.Kaki ni dah jenuh jalan ke kiri, ke kanan dekat area toilet ni.

'Think think think Yana! Macam mana aku nak keluar sekarang ni? Baju tidur aku pun memang dah sah basah sebab aku basuh kesan darah tu tadi, memang bertuala je ni.Aduhhh, takkan nak keluar macam ni '

'Rasa-rasa mamat tu ada lagi tak ea?' dengan pantas telingaku dilekap sedikit dibahagian pintu.Macam ada bunyi, macam tak ada.Tapi macam ada macam takde..

Buk!

'Itu bunyi pintu tertutup kan? Maksudnya dia dah keluarla kan? Kan kan kan? Okay nice! This is our chance! '

Perlahan-lahan pintu bilik air dikuak kemudian wajahku disembul keluar mengintai kelibat lelaki itu kot kot dia msih ada. Kalau ada naye je weh.

'Macam dah takde' bibirku mengukir senyuman lebar.Nasib selamat.Dengan pantas aku bergerak menuju ke almari lalu salah satu pintu almari dibuka untuk mencari pakaian salin.

' Eh, mana pulak baju ni.Rasa macam baru je lipat takkan dah guna semua?' nok, habis aku selongkar almari aku mencari baju tahu dok.Ko jangan, aku dahla tengah emo ni haa, time ni jugak kau nak hilang.Baju feveret aku tu!'

"Cari apa?" tegur seseorang.

Mendengar sahaja suara si dia tidak semena mena kepalaku secara automatik bergerak menoleh ke arah si empunya suara.

"Y..you!" MISSION FAILED! BILA MASA PULAK DIA ADA DEKAT SINI?!

Dapatku lihat kedua dua belah kening milik Firash dinaikkan sebagai tanda tanya.Mungkin pelik sebab tiba tiba aku tertinggikan suara.

"Bila masa you masuk sini?!" marahku senada sambil kedua dua tangan disilang.

"Aku dari tadi memang ada dekat sini"

"Ehh?! Bilanya?! I tak nampak pun!" tidak puas hati punya pasal,Firash menaikkan jari telunjuknya menunjukkan satu side almari yang agak tersorok dekat area sini.Dan itu...membuatkan aku...lagi speechless.Sumpah aku tak perasan!

"Apa tengok-tengok! Sengajala tu nak cuci mata kan! Pandang sana!" habis naik merah padam ko tau muka aku.Sumpah malu gila wey!

"Ehem! Sorry.." tangan kanan Firash naik mengusap belakang lehernya.Tahula aku sign lelaki dah kalau buat macam tu.

"Anyway, ni baju kau kan? Mama bagi aku tadi.Katanya termasuk sekali dalam lipatan your mom." katanya sambil melarikan anak mata ke arah lain.

Tanpa berlengah huluran baju itu aku ambil dengan laju.Belum sempat kaki nak melangkah kembali semula ke dalam toilet lenganku pula ditahan olehnya.

'Alahai dia ni, nak apa lagi.Aku dah segan habis dah ni'

"Kenapa?" soalku lagi.

"Kau pakai towel budak-budak ea? Sengaja nak goda aku ke macam mana?" bisiknya.

Sedang itu sempat pula mamat ni menghadiahkan senyuman sinis sebelum berjalan keluar daripada bilik meninggalkan aku bersendirian.

Towel budak budak?!EYYY GATALNYA! APA MASALAH LELAKI NI SEBENARNYA?! ARGHH MALU MALU TAK SUKAA!

Hairan Puan Mastura dibuatnya.Dari tadi asyik nampak pasangan baru suami isteri ni seperti ada saja yang tak kena.Bergaduh ke? Tapi takde pulak dengar diorang bertengkar ke apa.

"I boleh basuhla, apa? you ingat rumah I ada maid so I memang tak buat kerja rumah ke? Excuse me, tengok sikit kaki ea"

"Kaki? Pendek je aku tengok.Lately ni ada meninggi ke? Humm.." terus tangan Firash naik buat buat mengukur paras kepala Yana yang berada pada paras lehernya.

"Sama je.Makin rendah adala kut"

" You memang sengaja kan nak kacau I?"

" Tak, betulla. Ketinggian kau berkurang 0.00001 cm. Ni mesti waktu ukur dekat klinik haritu kau ada menjengket kan?"

"Hey!"

***

"Tepi sikit" arah Firash senada.

"Banyak lagi kan tempat dekat ruang tamu ni? Kenapa mesti sebelah I jugak you nak menyelit"

"Tau tak apa hukum kalau melawan arahan suami"

"You-" tak pasai pasai mulut Yana kene sumbat dengan roti yang turut dimakan oleh Firash.

"Makan jangan bercakap, dah jangan bising, movie dh nak start ni"

"Umph!" geram Yana dibuatnya.Suka hati dia jek pergi sumbat makanan dalam mulut orang!





LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now