Lama kelima-lima antara mereka mendiamkan diri sebaik melihat berita yang agak gempak berjaya mengejutkan diri.Sebahagian daripadanya mungkin terkejut sebab tak expect rupa-rupanya penceroboh yang dimaksudkan itu adalah orang lain dan yang paling tidak disangka masih ada orang luar cumanya disembunyikan oleh rakannya sendiri.Dan sebahagian lagi mungkin sudah mati kata apabila perkara ini makin tersebar sehingga ke pengetahuan orang lain.Nasib baik rakan baiknya juga aka teammates la.
"Yash, cuba kau cerita. Apa benda yang dah berlaku sebenarnya ni?" soal Qhalish yang duduk bersebelahan dengan Firash yang masih memicit pelipis dahinya.Stress barangkali.
Kebetulan boleh pula si Qhalish, Sufi dengan Rayyan ni pun datang menjenguk Firash pada waktu lapang begini.Ni semua gara-gara kerja dah settle terus datang nak melepak la jawabnya.
"Sebenarnya..." dan akhirnya Firash terpaksa juga membuka cerita dari A to Z buat kali kedua selepas bercerita pada si Zyad tadi.Itupun banyak naw pertelingkahan antara si Zyad dengan budak ni, haih.
Selesai bercerita ketiga-tiga daripada mereka mengangguk faham dengan situasi ini.Nasibla member tak banyak soalan macam si Zyad tu, kalau tak mahu letih aku nak jawab soalan dia satu-satu.
"Okay so now, lets make it simple" kata Ayana kemudian berdiri secara tiba-tiba.
"Apa kata awak semua yang bawak I keluar daripada kawasan camp ni. After that, biar I yang cari jalan sendiri untuk balik ke tempat I semula.How was it?"cadang Yana sambil kakinya berjalan jalan di sekitar ruang tamu.
"Mustahil" sampuk Firash yang sedang menyandarkan dirinya pada dinding sambil berpeluk tubuh.
"Kenapa pulak?"
"Yash, biar jela dia.Dah dia degil sangat nak keluar kan ? Biar dia rasa macam mana rasanya kene tembak dari jauh daripada sniper sniper terhandal yang kita ada " sampuk Zyad selamba.
Tetapi wajahnya tidak dapat bertahan lama sebaik sahaja Yana memilih untuk menghadiahkan jelingan padanya.
"Ehem!"
"Sebenarnya waktu Left.Firash masuk malam tu, kebetulan dekat kawasan masuk tu tak ada bekalan elektrik sebab baru lepas hujan ribut petir. Sebab tu pengawal kat depan tu tak perasan sebab certain ada yang pergi uruskan laporan gangguan bekalan elektrik.Thats why you lepas.Tapi sekarang diorang dah baiki semula, so you dah tak boleh lalu sana." terang Qhalish panjang benderang.
"Tapi you semua kan askar? Special forces right? Ini kan you punya area?"
dalih Ayana lagi."Kitorang baru lepas habis mission selama 5 month dekat outpost line and baru dapat balik sini semula petang semalam.Jadinya kitorang tak boleh pergi ke sana semula untuk beberapa minggu" sambung Firash pula.
"Jangan cakap macam benda ni mustahil. Cuba datangkan idea yang lain? Mana tahu ada cara jugak untuk bawa I keluar?" pertanyaan Ayana berjaya membuatkan hampir semua manusia yang berada di dalam rumah itu terdiam.Dan sekali lagi, Yana mengeluh kecil.
"Takkan tak ada protokol kalau ada orang termasuk sini secara tak sengaja? Keee ini kes pertama yang pernah berlaku? Maksud I secara tak sengaja?"
"Paling-paling kau akan disoal siasat dengan State Security Department" jelas Firash lagi.
"Kalau macam tu, apa kata bawak I pergi sana? Tapi kenapa you tak bawak I terus waktu pertama kali you jumpa I?" soal Yana sinis.Bibirnya mengukir senyuman yang agak sinis sepertinya dapat mengagak sebab lelaki itu tidak berbuat sedemikian rupa terhadapnya.
"Kau gila ke? Dengan condition kau yang tak mengizinkan lagi, memang takla aku nak bawak pergi sana.Aku belum pernah lagi tergamak biar orang dalam kesakitan tanpa diberikan sebarang bantuan." entah pape jela budak ni cuba nak buktikan.
"Ke you takut? Takut dipersalahkan sebab terbawa pendatang asing atas kelalaian sendiri kan? Betul tak?" pedas betul ayat si Yana ni.Ada aje ayat yang sengaja mahu membakar kesabaran lelaki lelaki yang ada disini.
Firash sudah meneguk liur.Memang betul itu salahnya, tapi bukannya dia sengaja!
"Sebab itula I nak minta tolong daripada you ni. I tahu you akan cuba untuk menolak tapi sekarang ni both of us dalam situasi yang sama.I tak sengaja ada dalam kereta you and you pun tak sengaja terbawak I sampai sini" bersungguh Yana menegakkan kebenaran tentang situasi semasa.
Tiba-tiba Qhalish mengangkat tangannya seperti hendak berkata sesuatu.
"Apa kata kalau left. guna laluan lama?"cadang Qhalish.
"laluan lama?"
"Haah.Sebelum wujud jalan masuk yang baru tu, kitorang memang guna jalan lama cumanya jalan tu dah lama ditutup dan agak terbiar.Selalunya agak banyak penyamun guna laluan tu dan agak berbahaya.Tapi setakat ni aku boleh cadangkan jalan tu jela."
"Okay nice! Agak agak jauh tak dari sini sampai nak keluar daripada area camp ni?"
"Jauh jugak, sebab jalan lama kan? Lagipun selalunya akan ada pegawai yang jaga laluan tu ikut jadual masa.Katanya untuk kurangkan kadar kemasukan pendatang asing daripada jalan tu."
"Ouh pulak dah"keluh Yana buat kali ketiga pula.Apehal yang banyak sangat guardian dekat kawasan sini ni, haih.
"Okay look.Since this is a coincidence case, you need to choose" cadang Firash setelah lama berfikir memikirkan idea yang boleh dilakukan buat sementara waktu.
"Choose what?"
"First, kalau kau nak, aku boleh ekskort kau pergi State Security Department. Berkemungkinan diorang boleh bawak kau balik semula."
"Yash!"
"Tapi tuan!"
Serentak keempat empat daripada mereka berkata seolah menidakkan.
"Dan berkemungkinan juga diorang tak boleh bawak I balik semula kan?" tanya Yana sepertinya tahu sahaja akan perkataan ' mungkin' itu.
"Itu..aku tak boleh janji"
"Apa pilihan yang lain?"mendengar saja pertanyaan daripada Yana, Firash menarik nafas dalam kemudian dihembuskan dengan perlahan.
"Tak ada cara lain kau kena ikut arahan kitorang."
"Contohnya?"
"Kau tak boleh tinggalkan rumah ni tanpa sebarang keizinan dan pantauan daripada aku sepanjang kau berada di sini.Lepastu, jangan cuba nak berbual perkara kosong sesama kitorang even sekecil perkara pun."
"Tapi-"
"Then, once kau dah balik semula ke tempat asal kau, dont you ever tell the situation that was going on at here to anyone either they close or not to you.Understood?"
"Okay then, kalau macam tu I pun ada permintaan jugak"
Firash melihat ke arah Yana kemudian kepalanya diangguk tanda untuk meneruskan.
"You kena bagi I pinjam dan guna semua barang yang ada dekat rumah you since I pun akan menetap di sini.If I need something, nak taknak you kena tolong belikanla untuk I but dont worry, I janji I akan bayar semula.And one more thing, you tak boleh duduk serumah dengan I kecuali waktu siang sebab I tahu you mesti akan keluar kan? So mahu atau tak you kena cari tempat tidur yang lain instead you perlukan barang daripada rumah ni.Itu I izinkan tapi tak boleh lama.Lagipun ini untuk kebaikan kita jugak sebab you ajnabi dengan I.You faham kan?"
Setelah lama berhujah dan memberi pendapat akhirnya barulah mereka dapat memberi kata sepakat.Walaupun apabila dilihat secara kasarnya tampak seperti Yana pula pemilik rumah ni sedangkan ini rumah Firash.Nak buat macam mana, ini aje caranya untuk sementara waktu sebelum membawa dia keluar daripada sini.
"Okay deal" balas Firash setelah lama berfikir dan bersetuju dengan ikatan perjanjian yang telah dibuat demi menjaga kesejahteraan masing-masing.
✿
YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
Lãng mạnKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...