• B 28 •

996 32 0
                                    

Sinaran matahari yang terlalu terik menyapa penglihatanku buat seketika. Aku dekat mana ni?Selang beberapa detik, kini pandangan mataku dihiasi pula dengan suasana yang secara tiba-tiba sahaja berubah menjadi gelap gelita.

Dan tika itu, dapatku lihat lampu sorot bergerak menghala tepat ke arah figura seseorang yang betul betul berdiri dihadapanku berukuran jarak 2 meter.

"You?" tegurku.Apa yang Firash tiba-tiba buat dekat sini?

Aku cuba bergerak mendekatinya namun alangkah terkejutnya aku apabila sepucuk pistol cuba dihala kearahku daripada si dia.

"F..firash..k..kenapa ni?" dah kenapa pula dia halakan pistol itu ke arah aku?! Aku rasa puas aku cuba pujuk dia untuk meletakkan senjata api itu tetapi semakin aku cuba semakin itu juga dia makin galak maju serta menarik picu.

"Fir! Sedar fir! Kenapa dengan you ni?!" Ya Allah apa dah jadi ni.Aku ada buat salah ke sampai dia nak tembak isteri dia sendiri?!

"Sampai hati kau kan?" tuturnya kasar sambil kakinya bergerak menghampiri aku.

"A..apa?"

"Kau dah cakap yang kau akan setia dengan aku, tapi sekarang apa? Huh?" kata Firash lagi.Kini tubuhnya betul betul berada berhadapan dengan aku.Tidak lupa juga muncung pistol yang sudah bersedia di tepi kepala kira kira hanya menunggu masa untuk dilepaskan sahaja.

"A..apa you cakap ni, I..i tak faham"

Seloroh mendengar jawapan aku, Firash menghamburkan tawa sinis.Matanya juga tajam menikam iris mataku seolah sudah lama dia memendam rasa dendamnya.

"Wow, berani kau kan pura-pura tak ingat? Lepas kau dah tinggalkan aku, kau bawak lari anak kita, gara gara kau sibuk terkejarkan sangat mamat tu kan?!" jerkah Firash kemudian tangannya naik mencekik leherku.

"Uhuk..F..Firash..l..lepas" apa ni?! Aku tinggalkan dia? Anak? Mamat mana pula ni?! Melihat perubahan drastik yang berlaku pada Firash tidak semena mena air mataku gugur membasahi pipi.

"Sanggup kau lebih percayakan orang lain berbanding suami kau sendiri?Huh? Jawab Ayana Naura!" kepalaku laju menggeleng menidakkan.

"L..lepas Firash..s..sakit" kataku sambil menepuk nepuk tangannya yang masih galak mencekik leherku.

"Orang macam kau ni, memang layak dihukum mati" sejurus itu pistol miliknya makin ditekan mengenai sisi kepalaku.

"Jangan Fir..tsk..jangan..jangan!"

"Hey hey hey! Yana! Bangun!"

Laju sahaja roh aku seolah masuk ke dalam badan semula apabila aku dapat rasakan yang tubuhku sedikit digoncang daripada luar.

Sebaik sahaja mataku dicelik kecil, serta merta wajah tampan milik Firash yang sedikit risau memenuhi segenap ruangan pemandanganku.

"Y..you.." aku terpana.Bila terfikir semula apa yang berlaku tadi, aku terasa seperti berada dalam realiti pun ada walau hakikatnya ianya hanyalah permainan mimpi.

"Ye aku ni, kau okay tak ni?" soalnya gusar sambil tangan kanannya naik mengusap lembut wajahku yang sedikit berpeluh.

Ya Allah, petanda apakah yang ada dalam mimpi aku tadi.Seandainya ianya sekadar mainan tidur, hilangkanlah memori ini, kenapa aku diperlakukan sangat kejam dalam situasi itu.Jauhkanlah aku daripada perkara perkara buruk ya Allah.

Tanpa berfikir panjang, tanganku dengan pantas merangkul leher milik Firash kemudian wajahku disembam pada bahu kanannya.Perlahan-lahan esakan aku juga mula didengari.Tolong, jauhkan kami daripada perkara yang sedemikian rupa.Aku tak sanggup nak hadapinya ya allah.

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now