• B 32 •

1.2K 41 0
                                    

Firash pov

"Apa kau buat dekat sini?" bisikku dengan nada yang agak ditegaskan.

"I cari you"

"Sampai sini? Tak tak..Macam mana boleh tahu aku ada dekat sini"

"Your phone. You pernah pasang tracker fon dekat fon I yang you bagi tu."

"Astaghfirullah" macam mana pulak aku boleh terlupa pasal benda ni.Tak pernah aku terlepas pandang dekat benda seremeh ni.

"You okay? Jadi betulla you kena culik? Diorang ada belasah you ke?Ada sakit dekat mana mana tak?" soal Yana risau sambil tangannya naik memeriksa keadaanku.Habis satu badan aku dibelek depan belakang nak tengok oke ke tak.

"Hey hey shh" tidak pasal pasal tangannya aku tepis perlahan kemudian isyarat untuk diam aku beri.Anggukan kecil turut diberi sebagai tanda yang aku tidak apa apa.Maaf Yana, aku tahu kau tengah risau,tapi dengan keadaan sekarang ni lagi buatkan aku yang risau dengan dianya yang tiba tiba muncul dekat sini.

Tidak menunggu lama, sepasang mataku meliar melihat keadaan sekeliling.Aku rasa cukup dah kot untuk hasil spy harini walaupun sebenarnya baru kerja setengah jalan, yang penting budak ni tak boleh ada dekat sini.Nak taknak, aku kena bawak dia balik.

Figura Ayana yang berada di belakang aku perhati.Agak-agak kalau budak ni aku bawak deal dengan dia boleh masuk serkup sekali tak?Belum cuba belum tahu kan.

"Boleh janji dengan aku?"

"Janji apa?"hairan Yana dibuatnya.Time ceni jugakla tiba tiba dia nak cakap separuh jalan macam tu.

"Boleh tak ni?" soalan aku terus dibalas dengan anggukan.Fuh bagus, tak banyak dalih macam biasa.

Tanpa amaran tubuhku bergerak secara auto untuk merapatinya seolah olah sync sahaja dengan apa yang sedang berada di dalam akal fikiran.

Kemudian, setapak demi setapak aku berganjak mengunci dirinya yang betul betul berada di hujung sudut bangunan.Kenapa? Takut? Tula siapa suruh berani sangat mencari sampai ke sini kan? Tak pasal pasal mission aku terganggu dek kehadiran si dia yang tidak dijangka.

"Just say it Fir, janji apa?" tersengih aku bila nampak muka dia gabra macam ni.Bukan selalu dapat mengusik budak yang selalu cari pasal dengan aku ni kan?

"Percayakan aku walaupun kau rasa aku tengah buat kerja gila" bisikku betul betul di sebelah telinganya yang dicover dengan tudung.

"You nak buat apa?!You-umpp!"

"Shh shh shh. Remember your words.Dah janji kan? Come" terus lengannya itu aku tarik bersama untuk mencari jalan keluar daripada situ dengan selamat.Selamat tak selamat kau kena tengok plan aku dulu.Jadi tak jadi belakang cite, tapi kalau tak jadi bukan Firashla namanya.

Disebalik ukiran dinding separa,kami berdua bersembunyi betul betul tidak jauh dari jalan keluar.Sedang itu aku baru perasan yang beberapa bodyguard sepertinya sedang berkawal dekat area pintu utama.Pelik, macam mana pulak budak ni boleh senang senang masuk sini tanpa ditangkap oleh siapa-siapa.

"Hey" panggilku.

"Hurm?"

"Kita kena gerak cepat, kau boleh lari kan?" pendek namun cukup untuk difahami.Aku tahu, hanya ada satu peluang untuk keluar daripada sini, nak atau tak aku kena bertindak sebelum ada yang lain datang mengerumuni pula.

"Apa plan you? Diorang macam ramai sangat je ni"

Bom asap yang berada di kocek seluar  dikeluarkan.Disebabkan ini hanya misi pengintipan biasa, barang yang dibawa pun hanyalah barang biasa.

"Kau tahu function bom asap ni kan? Lepas aku lempar, follow me tight and dont you ever look what is happening behind you understood?"

Tidak menunggu lama, dengan laju Ayana mengangguk bersetuju.

" In count of three,..one..two.."

"Three!" bom asap dilambung jauh mengenai kawasan yang dipenuhi dengan pengawal. Sejurus itu, asap tebal mula memenuhi kawasan itu sehingga menyebabkan kekecohan di kalangan mereka.

Di dalam kesempatan itu, kami berdua berlari menuju ke arah pintu utama.Sebaik berjaya melarikan diri jauh sedikit daripada kawasan tersebut, aku baru perasan yang budak ni datang mesti dengan kereta kan?

" Yana " panggilku dengan suara yang sedikit ditegaskan.Tangannya juga aku tarik daripada meneruskan larian.

"Kenapa?"

"Kau drive, aku follow dari belakang"

Dengar sahaja arahan itu dengan pantas Yana menggeleng kepala laju.Seagak-agak kelajuan kereta F1? tapi ada slow motion sikit.Nampakla taknak tu.

"Taknak, I ...I takut" pulok dah.

"Tadi kau datang sini cari aku tak takut pulak?" habis bercekak pinggang aku dibuatnya.Gila tak gila? Boleh tetibe kata takut nak drive balik rumah, padahal dia sendiri gerak sorang datang sini tu.

"Hello, siapa yang patut berterima kasih dekat siapa ni.You dahla tiba tiba menghilang , langsung tak inform dekat I. Lepastu I call you pun tak angkat, I message pun you tak reply.You nak I tunggu you sampai pagi pagi buta dengan hati yang tenang ke macam mana? Suami I hilang kot, tahu tahu kena culik dekat sini.Nasib baik I datang tau, kalau tak?" bebel Yana tidak puas hati.

"Kalau tak apa?Hurm?" aku menjungkit kening sambil menyilangkan tangan ke dada.Tidak lupa senyuman sinis turut terukir di bibir sambil aku melangkah perlahan mendekatinya.

"F..fir"

"Bukan kau lagi suka ke kalau aku tak ada? Kalau aku ada sekalipun, sanggup ke kau nak melayan perangai tak semenggah aku?"

"You- Arghh!!!" belum sempat dia bersuara, dengan pantas tubuhnya aku angkat lalu didaratkan di atas bahu.

"You! Turunkan I! Fir!" jerit Yana sambil meronta-ronta malah tangannya memukul-mukul belakang aku.

"Ha jeritla lagi, jerit.Kalau rasa nak duduk dengan penculik-penculik tu jerit kuat kuat lagi." provokku sambil kaki melangkah menuju ke arah kereta.Dah provok pun nak meronta lagi, ada yang kena culik betul betul baru tahu.

Sampai sahaja di kereta, pintu di sebelah tempat memandu dibuka kemudian tubuhnya aku daratkan pada tempat duduk. Dalam kekalutan si Yana dari tadi asyik nak meronta-ronta, terus bahunya aku tolak bersandar sedikit kemudian tali pinggang keledar dipasang.

" Kalau kau taknak kena cium dengan aku , baik kau ikut je apa yang aku suruh" ugutku malah iris mata mencerlung tajam ke arahnya. Tidak semena-mena Yana menekup mulutnya rapat. Takut la tu.

" Listen , if anything happen terus drive balik rumah dan jangan tunggu aku.Faham?"

" Tapi- "

" Dont worry, aku ada untuk backup kau atau lain katanya aku takkan benarkan sesiapa untuk cuba mengapa-apakan isteri aku.Hati -hati okay?" secara terpaksa akhirnya Yana terpaksa mengangguk juga.

Dah kalau dengan jarak antara aku dengan dia yang sangat rapat sebegini, mana mahunya nak stay lama-lama.

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now