• B 39 •

1.4K 60 0
                                        

Setelah 5 jam perjalanan, mereka akhirnya tiba di jeti sebelum bergerak menaiki bot menuju ke Pulau Redang. Yana yang masih menunggu giliran untuk masuk ke dalam bot jelas menunjukkan wajah yang kelihatan risau.Matanya sesekali memandang ke arah bot yang berayun lembut mengikut alunan ombak.

"Fir..I rasa macam tak sedap hati la nak naik bot ni " kata Yana perlahan sambil menggenggam erat tali handbagnya. Matanya tidak lepas daripada memandang ke arah bot yang kelihatan lebih kecil daripada yang dia bayangkan.

Firash yang sedang bersiap untuk mengangkat beg membawa masuk ke dalam bot memandang Yana dengan senyuman sinis.

" Takut ke? " soalnya dengan nada yang sedikit diperlahankan.

Yana menghadiahkan jelingan kearah Firash, jelas kelihatan yang sebenarnya dia cuba menyembunyikan kegelisahannya.

" I tak takut, cuma..bot tu nampak macam tak stable"

Firash ketawa kecil lalu melangkah lebih dekat ataupun kata yang lebih tepat, berdiri betul-betul berhadapan isterinya.

" Bot dah kalau duduknya atas air mana ada yang stable 100% . Kalau tak stable pun, kau ada aku kan?" usik Firash sambil menjongketkan keningnya.

Yana menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk menenangkan diri.

"You ni, I seriusla. I mana pernah naik bot kecil macam ni" memangla pernah waktu dia dalam cubaan untuk keluar daripada kem tu, tapi itupun naik berdua, takla rasa sangat bergerak tu. Ini naik ramai-ramai hum.

Firash menggeleng kepala , tanpa membuang masa tangannya terus dihulur ke arah Yana.

" Come, pegang tangan aku" arah Firash senada.

" You tak lepaskan I kan?"

" Rasa-rasa nak aku pegang tangan kau ke atau kau nak aku dukung bawak naik atas bot ni? " ya sekali lagi, dia boleh pula nak buat loyar buruk waktu-waktu orang ramai macam ni.

"Okay okay fine. I turun" lambat laun yana mengalah juga sebelum tangannya dihulur ke arah tangan Firash berada. Sebelum pakcik ni buat kerja gila yang tiba-tiba kata nak dukung dia, baik amik jalan selamat je senang. Settle pun settle takde nak kena cover malu-malu.

Tersenyum Firash lalu memimpin isterinya perlahan-lahan untuk menaiki bot. Usai meletakkan barang, Firash duduk berlabuh bersebelahan dengan Yana yang berada betul-betul berada di bahagian tepi.

" You.."

" hurm?"

" You tukar tempat duduk dengan I nak? I.. i takutla duduk sini. Pleaseee"

" Apa nak takutnya, tak pernah lagi ada kes orang terjatuh melainkan kau sendiri yang meloncat loncat tak duduk diam dalam bot ni" terang Firash lagi.

"But still ada probability untuk I jatuh kan?"

"Well, probability tu ada tapi probability untuk kau jatuh dulu daripada aku 99% la . Lagi 1% tu baru aku jatuh temankan kau"

"Firash Aayden! I tak main mainla!" gumam Yana kasar. Kita serius boleh pula dia buat main main.

Tidak tahan melihat reaksi cuak si isteri, terus tawa terletus daripada mulut Firash. Puas hatinya mengusik isterinya yang dari tadi asyik takut nak naik benda alah ni.

" Yana.. Yana. Janganla risau, kan aku dah cakap aku ada dengan kau. Bukannya aku tinggalkan kau naik bot ni sorang-sorang.Lagipun, duduk dekat tepila best sebab aku nak kau menikmati betapa indahnya ciptaan Allah di muka bumi ni. Kalau duduk tengah, mana nak nampak semua ni sebab kena halang dengan kepala kepala orang dekat sini."

Terdiam sekejap Yana dibuatnya. Kadang ada betulnya juga apa yang Firash cakap ni.

"Yang duduk sebelah aku ni pun indah jugak hasil dari ciptaan Tuhan, tapi apa salahnya kita menikmati keindahan yang ada di depan mata dan apa yang ada disekeliling kita?" tidak semena-mena pipi Ayana naik merona kemerah-merahan menahan malu. Firash ni kan, sumpah dia suka sangat buat orang blushing tak tentu pasal tau. Kadang benda random je itupun dia boleh ulas dan pusing habis untuk berpatah semula dekat aku.

"Kenapa diam? Blushing ea?"

"Mm..Mana ada!" astaghfirullahhalazim, bawak mengucap Yana bawak mengucap. Suami kau ni pun memang tak menyempat kerjanya asyik nak mengusikk aje.

🌹

Bot mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan jeti serta meluncur laju di atas permukaan air yang tenang . Yana yang duduk bersebelahan dengan Firash sesekali mengemam bibir sambil memandang ke arah air yang melingkari bot dengan penuh waspada.

" You.." tidak dapat menahan rasa takut, akhirnya Yana menarik sedikit baju Firash sambil kedua dua matanya ditutup rapat.

" Kenapa?"

" Lama lagi ke?"

" Kita baru je gerak Yana, kejap lagi sampaila pulau tu"

" I takut..I nak cepat sampai tapi pakcik ni bawak laju sangat" eh, eh ,Ehhhhhh. Apa yang budak ni fikir ni, macam pelik je ayatnya. Nak cepat sampai betulla kena bawak laju laju en?

Tak pasal pasal untuk harini sahaja, Firash banyak ketawa sebab melihat perangai tak smenggah cik isteri. Alahai.. yana yana..Tanpa membazir masa, Firash menaikkan tangannya untuk memeluk pinggang cik isteri yang masih duduk berpaling menghadapnya. Tidak lupa wajahnya juga turut mendarat pada bahu Ayana lalu berbisik sesuatu kepadanya.

" No worries, i got you. Open your eyes" bisik Firash perlahan tapi cukup untuk didengari.

Yana menarik nafas dalam-dalam sebelum matanya dibuka secara perlahan-lahan. Dan apa? Absolutely pemandangan indah laut biru yang terbentang luas dihadapan mereka terasa lebih tenang apabila Firash berada di sisinya. Walaupun masih ada sedikit rasa gementar, Yana tidak dapat menahan diri daripada mengukir senyuman kecil. Tak tahu nak gambarkan bagaimana, sungguh cantik ciptaan Tuhan yang berada di hadapan matanya sekarang ini, Subhanallah.

Dari ekor mata, Firash perasan akhirnya Yana berani untuk melawan rasa takutnya setelah dipujuk. Budak ni cara dia, tak paksa, kena cakap elok-elok je senang cerita.

" Cantik kan?" bisik Firash lembut ke telinga Yana.

Yana mengangguk perlahan. Kini senyuman lebar mula menghiasi bibirnya.

"Cantik. Cantik sangat" entah mengapa lagi sekali idea untuk mengusik tiba di benak fikiran seorang lelaki bernama Firash Aayden itu.Dia macam.. random pun ada.

"Cantik dia macam orang yang aku tengah pelukla sekarang ni" Yana terus tersentak kecil , wajahnya pula serta merta naik merah-kemerahan buat kali keberapa semata mata menahan pujian Firash yang tidak putus-putus dari awal masuk kereta tadi. Tak, kenapa sejak dua menjak ni Firash makin sakan nak mengusik dia ea? Memang perangai asal dia macam ni ke sebenarnya? Waktu jumpa awal awal helok je muka tegas apa semua. Tak reti pulak mengusik sampai macam ni.

Balik-balik Firash kembali menghamburkan tawa sebaik tidak mendapat respons daripada si isteri.Macam tak puas agaknya asyik nak tengok isteri dia blushing setiap masa. Mungkin penangan sebab dah lama tak jumpa?

LEFTENAN SPECIAL FORCESTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang