Ayana menghenyak tubuhnya di atas sofa. Barula rasa sedikit tenang selepas membuat keputusan untuk keluar mengambil angin bersama rakan karibnya di area Pantai Morib ini. Nasib baik Firash pun memberi green light untuk plan last minit ni, katanya kalau aku terperap je dekat rumah kang ada yang naik gila sebab rindukan dia. Ceh suka suka diaa jee nak kata kita macam tu.
" Rehatla dulu Yana, tenangkan fikiran kau tu dulu. Nanti-nanti petang ke malam baru kita keluar jalan- jalan semula. Aku faham, perasaan bila berjauhan ni memang another level sikit. Nak pula yang pergi tu suami kau, lagila tak senang duduk kita sebagai isteri ni" kata Dhia sambil tangannya giat membuka luggage untuk mengemas peralatan yang dibawa untuk diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Kebetulan hotel yang diduduki ni pun agak besar juga saiznya, bolehla nak menyumbat barang yang dah terlalu padat dalam beg ni.
" Aik, bukan ke kau belum kahwin? " soalku hairan. Minah ni pernah berjauhan dengan siapa pulak yang kata bole komplot sama sama kena tinggal ni.
" Memangla"
" Habistu? "
"Habistu apa?"
" Kau cakap macam orang-orang berpengalaman je" tersenyum Dhia mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabatnya itu.
" Dulu, aku ada abang dua orang. Sorang join TUDM , sorang lagi masuk ATM . Nak pulak beza umur kitorang belasan tahun, jadinya aku sebagai anak bongsu ni selalula rasa ditinggalkan sebab diorang tu satu-satunya adik beradik aku. Yela dah kalau diorang berdua tak ada, memang selalunya aku akan main sorang-sorang. That feeling actually agak tak best jugakla sebenarnya sebab yela kita adik kan? Mesti ada masa nak meluangkan masa dengan abang-abang kita. Tapi itulah, nak buat macam mana, itu dah memang skop kerja diorang, nak tak nak aku kena terimala. Kau patut bersyukur suami kau kerja jauh pun bukan selalu, lain tau skop kerja antara orang business dengan orang yg berkhidmat dekat negara ni." cerita Dhia panjang lebar.
Ya sebenarnya dia pun tak tahu yang suami aku adalah salah seorang pegawai tentera juga sebab Firash sendiri dah beritahu aku untuk menjaga identiti dirinya. Bukan niat ingin menipu tetapi bahaya jika identiti dirinya terbongkar, itupun aku dapat tahu atas sebab yang tidak dijangka. Mana kita nak tahu yang aku sendiri pun boleh pergi sejauh ini kan? Orang yang tak pernah kenal aku, kenal dalam masa beberapa bulan yang asalnya berniat untuk tolong aku tiba-tiba tup tup jadi suami pulak.
" Sekarang ni, abang - abang kau masih berkhidmat dekat tempat yang samala ea?"
" Sorang je. Abang sulung aku meninggal waktu tengah jalankan operasi. Nak pulak time tu aku tengah nak trial SPM, memang down gila weh aku time tu" astaghfirullah, kenapa aku baru tahu benda ni?
"Innalillahiwainnailaihirajiun, sorry Dee aku tak berniat pun nak-"
" Eh takdela aku okay je. Aku dah pun boleh terima benda tu, sejak aku tahu abang-abang aku terlibat dalam organisasi macam ni, aku memang dah sedia maklum pasal risiko yang kena hadap suatu hari nanti sebab dulu pun mak ayah aku ada mention benda ni dekat diorang berdua.Walau apa jua sekalipun, aku tetap bangga sebab ada abang yang sanggup berkorban untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara kita." terjentik pula hatiku sebaik mendengar kisah silam daripada Dee ini.
Teringat pula dekat si encik suami. Baru seminggu kena tinggal pun aku dah rasa serba tak kena, inikan nak kena tinggal berbulan- bulan? Entah macam manala agaknya rupa aku nanti.
🌷
" Wowowo, dah lama aku tak nampak kau Spartan. Ada apa yang tiba-tiba boleh nak muncul dekat sini ni? Hurm? Ada berita baik? " soal seorang lelaki yang sedang duduk di atas sebuah kerusi kulit. Puntung rokok yang berada di mulutnya dikeluarkan.Tidak sabar agaknya untuk mendengar berita terkini. Cite dia kalau dah sampai level spartan ni yang turun menghadap dia sendiri memang ada something special la gayanya.
YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomanceKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...