• B 25 •

1.2K 43 2
                                    

"Nak apa" soalku malas.Handbag diletakkan di atas meja kemudian tangan turut bersilang memerhati figura yang dari tadi asyik merenung aku.

"Batalkan perkahwinan kau, dan kahwin dengan aku" arah Muaz senada.Batal? Ya Allah apa masalah dia ni ea? Memang tak faham bahasa ni.

"Tch, apa yang you merepek ni? Tak cukup-cukup lagi ke dengan kes haritu? You sebenarnya kalau kahwin dengan I pun bukan sebab you suka dekat I kan? Ini semua sebab harta je kan? Come on la, you ingat I ni bod*h sangat ke sampai tak boleh beza apa yang you nak sangat sebenarnya daripada family I"

"Wowowo, kau ingat aku tak tahu? Hurm? Mamat yang acah poyo nak masuk minang kau haritu sebenarnya sekadar lakonan antara korang je kan."

Aku tergamam seketika. Memang nampak obvious sangat ke yang aku dengan Firash nampak macam tak rapat sangat haritu.Tapi Firash sendiri dah tegaskan benda ni depan Muaz kan, apa lagi yang dia nak.

"You kan, kerja you memang tak habis habis asyik nak provok orang ea? Kenapa? Jelous? Jelous sebab I pilih dia daripada pilih you? Muaz tolongla, berapa puluh kali I nak kena explain yang I ni secara terang benderang dah tolak lamaran you dulu"

"Habistu? Kau percaya sangatla dengan mamat tu? Hurm? Dah seratus percent pasti yang dia sebenarnya orang yang tepat untuk kau?Pft, Hahahaha! Yana yana..aku rasa kalau kau tahu apa dark side mamat tu sebenarnya, silap hari bulan nanti kau yang merayu rayu nak mintak cerai dengan dia"

Dark side?

"A..apa maksud you."

"See? Baru sekarang kau teringin nak dengar benda baru pasal dia?"

"Cukup Muaz.You sengaja nak mereka reka cerita pasal dia kan? I taknak dengar-"

"Aku gerenti kau akan menyesal gila bila dapat tahu benda ni.Serius taknak tahu dulu?"

"I ni bakal isteri dia.Kalau ada rahsia sebesar bulan sekalipun, biar I sendiri yang dengar daripada mulut dia dan bukannya orang lain yang suka putar belitkan cerita.Enough Muaz, I tetap dengan keputusan I untuk kahwin dengan dia.I pergi dulu"baru beberapa tapak melangkah menjauhi si dia tiba-tiba Muaz berkata sesuatu.

"Walaupun dia seorang pembunuh?"

Mendengar sahaja perkataan pembunuh sudah berjaya menghentikan langkah aku.Tidak semena mena jantung aku berdegup dengan laju.

Pembunuh? Kenapa tiba-tiba Muaz berkata sebegitu pula? Kalau nak diikutkan tiada sesiapa yang tahu Firash bekerja sebagai seorang leftenan special force since identiti dia pun dirahsiakan daripada pengetahuan semua orang kecuali aku.Jika benar sekalipun, dia membunuh atas misi dan ianya bukanlah satu kesalahan.Tapi..kenapa aku macam rasa tidak sedap hati.

"Berfikir dengan bijak Yana.Takkan kau nak mendirikan rumah tangga dengan seorang suami yang mempunyai status pembunuh upahan ? Pft..pandai pandaila kau fikir ya? Kalau rasa berubah hati, aku sentiasa terbuka untuk terima kehadiran kau dalam hidup aku" kemudian, Muaz pula beransur keluar meninggalkan aku sendirian.

Kenapa..Kenapa aku rasa macam ni.Betul ke keputusan yang aku buat ni..

Badanku dari tadi bergolek ke kanan ke kiri di atas katil yang tak beberapa nak empuk ni.Selera makan aku pun makin lama makin hilang rasanya, entah kenapa lepas aku jumpa dengan Muaz seminggu yang lepas, aku langsung tak ada terima mesej ataupun call daripada Firash.Dia busy sangat ke sampaikan chat yang aku hantar pun tak berbalas.

Aish tak baikla kau ni Yana, cuba husnuzon sikit.Kepalaku diketuk ketuk cuba memastikan segala saraf ni dapat berfungsi dengan baik.Tulaa lain kali mulut kena jaga, kang apa yang terlepas kat mulut ni kena balik kat diri sendiri baru tahu.

Selang beberapa minit baru aku tersedar yang dari tadi handphone aku bergegar diminta untuk diangkat.

"Helo? Siapa ni ya?" sapaku dihujung talian.Lama aku tunggu sampaikan nak dekat 3 kali jugaklah aku ulang alik letak telefon kat telinga smbil tengok siapa yang call.

"Helo? Ada orang tak ni?"selang beberapa saat aku terdengar bunyi deheman seseorang di dalam talian.Ha sudah, nampak gaya macam suara lelaki je.Dahla nombor tak kenal, tiba tiba je call.

"Maaf, nak tanya..ini cik Ayana Naura ke?"

"Ya saya, ada apa ya?" tiba tiba sahaja jantung aku berdegup laju.Otak pula sudah menerawang memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Seketika kemudian lelaki itu mula memberi penjelasan.Tidak semena-mena aku menjadi mati kata sebaik mendengar perkhabaran yang baru dimaklumkan sebentar tadi.Telefon yang aku pegang akhirnya terlepas daripada pegangan.Aku tak tahu, kenapa tiba-tiba aku boleh leka dengan orang jahat yang masih memburu aku haritu.Leka dengan hiburan dunia sehinggakan aku terlupa! Aku terlupa yang sebenarnya aku sudah menjeratkan masalah ini sehingga melibatkan nyawa ahli keluarga aku sendiri dalam bahaya.

Air mata yang sudah mengalir aku kesat laju.Tubuh dibawa berlari mencapai tudung beserta cardigan labuh untuk disarung pada tubuh.Aku taknak kehilangan sesiapa lagi disebabkan aku.Cukuplah seorang dan tiada tambahan.

"Ya Allah, bantulah aku dengan mempermudahkan urusan aku ya Allah"


Hyee! Sorry lama x update sbb still dlm fasa busy and dpt buat pendek je for this chapter😭,, i kena habiskan final exam i smpai 28 hribulan ni duluu bru bolee continue utk next chapter okayy,, sorry ssgt buat korg trtunggu.By the way, tenkiu sudi baca and tunggu smpai sejauh ni 💕

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now