Sedang Yana ralit membuka balutan pada tubuh suaminya, Firash perasan riak wajah isterinya seperti sedang mengelamun jauh daripada dunia realiti. Bukan harini je, malah hari yang sebelum ni pun begitu juga.
" Kenapa monyok je ni? Hurm?" Aju Firash sambil jemarinya menyentuh sedikit dagu licin milik isterinya itu.
Sesaat Yana dan Firash bertentang mata tanpa sengaja.Cepat-cepat Yana menepis perlahan tangan suaminya sambil mengukir senyuman tipis.
"Tak ada apa-apa" perlahan Yana menjawab. Tangannya kembali membuka balutan malah matanya turut difokuskan menghadap ke bawah tanpa melihat ke arah suaminya.
"I dont think so, taknak cerita ke?" soal Firash lagi.
"I okay serius. You janganla risau-"
"Abang" cantas Firash senada.
"Apa?"
" Call me 'abang' instead of using 'you' " sambung Firash lagi. Yana yang mendengar arahan suaminya cuba menahan rasa untuk tidak menunjukkan reaksi yang terlalu terkejut atau lebih kepada terpana?
"T..tapi i tak selesa" segan Yana dibuatnya. Sudahla dia belum rasa nak berbaik dengan suaminya lagi sekarang ni.
"Kalau tak selesa, aku bagi pilihan. Nak panggil aku hubby ke baby? Ke papa?"
Nok, habis mata Yana hampir-hampir sahaja mencerlung keluar mendengar gelaran-gelaran yang dicadangkan oleh Firash ni tau. Ini bukan takat tak selesa, silap hari bulan aku sendiri boleh rasa cringe bila cakap macam tu.
"Apa you ni, mana aci buat macam tu" bibir Yana diketap menahan geram. Suka-suka diaa jee.
" Aci ni zaman budak-budak je main, cuba cakap abang"
"Taknak"
"Senang je wahai Cik Ayana Naura. Satu perkataan je bukannya kena bina ayat pun"
" Apa ni you-"
"Nope, its a..bang. Simple je, cepatla aku nak dengar ni" geram Yana dibuatnya bila si Firash ni makin suka menyakat dirinya.Entah mimpi apa suami dia ni tiba tiba nak tukar gelaran pulak ni.
"Tak dengar cakap suami berdosa tau" Yana terus menghadiahkan jelingan sebaik ayat itu terpacul keluar daripda mulut Firash yang terlebih rajin harini.
" Cepatlaa, say it" malas nak berbalah akhirnya Yana hanya ikutkan sahaja.
"Abang.."
" Ye sayang?" sejurus itu terus tanpa sengaja dan entah macam mana Yana dan Firash boleh bertentang mata buat kali kedua pada tempoh beberapa saat. Lamala jugak.Maybe dari side Yana, dia terkejutla kut, tapi tak untuk sudut Firash, dalam diam ada hati yang perlu dia jaga dan cari cara untuk curi semula perhatian si isteri yang asyik terganggu dengan masalah harian.
Dan sekali lagi pipi Yana naik merona kemerah-merahan. Sudahla kulitnya putih, lagi jelas menampakkan yang dia tengah blushing adala. Daser suami suka menyakat tak kira tempat, hurh!
Tidak cukup dengan itu, wajah Yana yang cuba untuk berpaling ditarik semula untuk kekal statik menghadap wajah si encik suami.
"Malu ke?" sinis Firash menegur.
" Enough Firash Aayden, kalau you cuba sakat lagi, you balut luka you sendiri" balas Yana cuba untuk mengugut si dia.
"Ouh yea? Kalau macam tu, if sayang panggil abang you lagi, i will kiss you directly. Sorry to say, it must be fair my wifey. " sumpah Firash taknak mengalah! Kalau Yana ni ego, sekali kepalala si Firash ni naik dengan keegoan dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomanceKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...
