Kerusi roda disorong dengan perlahan di kawasan taman rekreasi. Cukup dua minggu berehat di rumah, Firash sudah dibenarkan untuk keluar bersiar-siar dengan syarat tidak bergerak dengan terlalu aktif. Bayangkanla duduk rumah dua minggu tapi langsung tak keluar pergi mana-mana, silap hari bulan boleh jadi tak waras dia sebab berkurung terlalu lama.
Yana pula, setiap hari dia yang menjaga Firash, maka setiap hari la jugak dia ada bertengkar dengan kawan baik suami dia tu. Tak habis-habis asyik nak halang yana ni nak bawak Firash keluar jalan-jalan. Jangankan keluar pergi tempat lain, keluar daripada rumah sendiri pun mamat tu tak kasi. Bukannya apa, dia pun faham erti terperap terlalu lama dalam rumah rasa dia macam mana, tu yang ingat nak bawak Firash keluar dah alang-alang Firash pun ada mengadu yang dia teringin nak keluar. Betul-betul strict si Lee tu jaga keselamatan diorang berdua kalini. Takut Firash kena tangkap mengejut macam before ni la kut.
"Jom naik basikal tu nak tak?" ajak Firash sambil tangannya dihala kearah basikal yang mempunyai dua seat penunggang.
" Abang gila ke? Naknye si kawan abang tu nampak ada yang kepala kena penggal nanti" teringat pula yana waktu diorang bergaduh teruk haritu. Fuhh parahh.
" Tak, apa masalah you ni? I dah mintak maaf kan pasal Firash tu, takkan sampai sekarang you nak berdendam dengan I lagi?"
" Senang je kau cakap kan? Kawan aku tu, merana dalam sel tahanan tu sebab kau tau. Ada kau nak tanya khabar pasal dia? Dia call kau pun kau tak angkat kan? Sampai hati kau kan? Kau ingat kesan birat dekat semua badan dia tu boleh diganti dengan perkataan maaf ke?" sorry bro. Lee kalau ada orang usik pasal member rapat dia memang menempas nahasla kau kiranya.Tak kira kau family ke, adik ke even wife sekalipun, jangan ingat dia boleh lepaskan dengan senang je.
"Itu..itu kan I dah mintak maaf! Apa yang-"
"Tak berguna kalau kau mintak maaf atas salah kau tu dekat aku. Yang tanggungnya Firash bukan aku. Kenapa? Kau takut nak cakap dengan dia? Sebab kau dah salah faham pasal perempuan tu kan?" ya betulla apa yang Firash kata. Ianya merupakan salah faham dan sepatutnya aku tak boleh terus percaya orang luar berbanding suami aku sendiri. Malahan, Firash pula tang terlebih dahulu meminta maaf dekat aku sebab tak semena mena aku terpaksa hadap fitnah yang disebarkan oleh orang entah siapa siapa.
"Urm.. awak" panggil Yana perlahan sambil tangannya mengenggam kemas tangan kekar milik Firash. Tubuhnya turut didaratkan dalam keadaan melutut bersebelahan dengan kerusi roda miliknya.
"Yes?"
" Kalau saya nak minta maaf, boleh?" terhambur tawa Firash mendengar ayat yang keluar daripada mulut isterinya.
" Kenapa sayang tanya macam tu?"
"Err..saya..saya"
"Saya?"
Melihat suasana sekeliling yang agak sepi tanpa kehadiran orang lain makin membuatkan Yana nervous untuk meneruskan ayatnya.
'Its okay Yana, just say it'
" Saya tahu banyak salah saya dekat abang. Saya takut..takut kalau abang tak maafkan saya, nanti saya jadi isteri derhaka. Macam mana saya nak teruskan hidup kalau abang sendiri benci dekat saya. Saya takut..saya takut kalau abang tinggalkan saya. Saya tahu saya bukan isteri yang baik untuk abang tapi percayala saya sayang sangat dekat abang. Jahat mana pun saya ni, saya tak pernah lupakan abang daripada hidup saya . Saya minta maaf sangat-sangat sebab pernah tak ambil berat pasal abang sebelum ni..tsk..saya biar abang menderita sorang-sorang, saya palau abang, saya bersangka buruk dekat suami saya sendiri sedangkan abang langsung tak pernah layan saya macam tu..tsk" akhirnya Yana kalah dalam perang tangisan air mata yang ditahan. Terlalu banyak silapnya untuk diungkapkan pada suaminya ini.
Sedang ralit dalam tangisan, tangan kanan Firash naik mengusap lembut kepala isterinya yang bersarung dengan tudung. Bibirnya mengukir senyuman tipis melihat si isteri yang tersedu sedan mengalirkan air mata dihadapannya.
" Issokay sayang, abang tak pernah ambil hati pun. Sayang langsung tak pernah buat salah dekat abang, trust me."
"Tak abang tipu tsk.."
" Ya Allah serius! Jujur abang langsung tak pernah terdetik untuk benci dekat sayang even tinggalkan sayang sorang-sorang pun. Apa yang berlaku semua ni semuanya takdir. Ada sebab atas setiap perkara yang jadi dalam rumah tangga kita. Tugas abang dengan sayang tak lain tak bukan adalah untuk mempertahankan rumah tangga yang kita baru nak bina ni. Suka, duka, perit, semuanya kita perlu hadap bersama-sama. Sayang jangan rasa bersalah sampai macam ni, sebab memang ini dah jadi tanggungjawab abang untuk jaga keselamatan isteri abang, and ofcourse i will do anything as long as you re safe even without me"
Firash tahu, isterinya ini agak payah juga kalau nak dipujuk. Tak lain tak bukan ni mesti Lee ada cakap sesuatu pada isterinya sewaktu nak keluar daripada rumah tadi. Haih, Lee..Lee. Tak pasal-pasal nak happy terus jadi macam ni.
"Yana tak sayang abang ea?"
"Apa abang ni! Mestila saya sayang!"
"Kalau sayang , cuba berhenti menangis. Abang tak suka tengok sayang menangis" tutur Firash senada. Tangannya juga turut naik menyeka air mata isterinya yang tidak henti mengalir dari tadi.
"Abang maafkan saya tak?" sayu sahaja Yana bersuara.
" Ya abang maafkan, dah janganla menangis lagi. Pelik nanti orang lain nampak sayang menangis, kang dia ingat abang pulak buli sayang dekat sini" alahai Yana Yana, persis budak-budak menangis dekat tempat umum macam ni. Nasib baik comel.
"Ni mesti Lee yang ungkit semua benda dekat sayang kan?" soalan itu dibalas dengan anggukan.Sahla kerja kawannya yang suka menyakat orang lain tak tentu pasal ni.
"Memang habis balik nanti abang kerjakan si dia tu, ada ke suka-suka nak menyakat isteri aku sampai dia menangis teruk macam ni.. haih" habisla ko Lee. Pepandaila survive kalau si Firash ni naik menyinga nanti.
Sorry dh lama x update😭

YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomanceKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...