• B16 : INTERVIEW •

1.2K 49 0
                                    

"Er..wa..waalaikumussalam"

Pakcik tu?! Apa benda yang dia buat dekat sini?!Takkan dia nampak iklan yang aku buat dekat tiktok dengan ig tu kot?!Nohhh malunya.

"A..apa you buat dekat sini?" soalku separa gagap.

"Aku? Entahla, kebetulan aku cuma gantikan tempat Lee.Dia kata ada tawaran menarik dekat sini.Apa benda yang kau nak bagi?Tak sangka kita dapat jumpa semula"

Wait apa?Takkanla kebetulan lagi?Aishh, tapi dah alang-alang tu kan..apa kata aku straight to the point je?

"You.."

"Hurm?" okay fuh kau kena berani Yana!

"Urm, you nak tak kahwin dengan I?"
pertanyaanku dibalas dengan renungan daripada si Firash.Ah sudah, tolonglaa aku kalau boleh merayu pun aku sanggup duduk melutut.Kempunan dah ni nak cari laki.

"Pft, apa? Kahwin dengan kau? Itu ke tawarannya?" aku menggeleng kemudian aku tukar untuk mengangguk semula.Mana satu ni, aku pon pening.Yeyeje si Lee tu kata interview ni aku nak tawar benda baik.

Firash diam seketika.Kedua dua tangannya naik memeluk tubuh sambil iris matanya stick melihat aku.

"Apa benda yang kau buat sampaikan dah terdesak sangat nak cari lelaki dengan cara macam ni?" terhambur tawa Firash sebaik berjaya dapat tangkap motif utama sesi interview yang aku buat kalini.

"Haih, panjang ceritanya.Tapi nak dipendekkan cerita, jom kahwin dengan I? Nak tak?" dengan selamba ye aku berkata.

Dan lagi sekali Firash mentertawakan aku sambil menepuk meja.Mungkin aku nampak kelakar agaknya sebab buat benda pelik macam ni.

"Kau serius? Boleh aku tahu sekarang ni aku dah orang keberapa yang kau dah interview?"

"Kelima dan yang pasti yang terakhir"

Firash mengangguk tanda faham.Mungkin adala tu benda yang dia boleh agak objektif yang aku cuba nak capai.

"Kalau macam tu aku panggil Lee balikla duduk sini.Kau interview dia ea? Lagipun dia memang tengah mencari girlfriend jugak tu"

"Ehh ehhh you nak pergi mana"

"Aku ada kerja sebenarnya.Tapi tak sangka pulak boleh terserempak dengan kau kat sini. Aku gerak dulu la ea" ehhh dah nak pergi ke?! Jawapan pun tak bagi lagi!

Tak boleh jadi ni! Peluang dah ada depan mata tak boleh dilepaskan!Dengan segera handbag aku capai lalu kaki berlari mengekori gerak geri Firash yang berjalan keluar daripada cafe itu.

"You! You nanti!" pakcik ni laju-laju nak pergi mana.

Akhirnya aku berjaya berlari mendahuluinya kemudian kedua dua tanganku didepa menghalang laluannya.

"Woi, tepi sikit" tegur Firash senada.

"Tak boleh! You kena setuju untuk kahwin dengan I dulu baru I bagi you jalan"

"Ouh yea?" sekali noh boleh dia rempuh aku dari side kanan bahu aku!

Buk!

Sakit la bang!

"Ishh Firash! Pleaseee" tak cukup dengan itu habis lengan bajunya aku tarik kuat.

"Lepaskan aku Yana"

"Please, kahwin dengan I Firash.I taknak kahwin dengan calon pilihan atuk I, I takut dia buat benda yang sama dekat I lagi.Bolehla pleasee"

"Ish taknakla, lagipun itu masalah kau kan kenapa perlu libatkan aku sekali dalam hal ni."

"Sebab you je harapan yang I ada"

"Apa?"

"Firash, you pun tahu I takkan buat kerja gila selagi mana I masih waras.Dan sekarang you nampak kan I tengah terdesak mencari calon suami.I merayu sangat-sangat"tolongla boleh tolongla.

"Kenapa kau confident sangat boleh setuju nak kahwin dengan aku? Macam mana kalau aku orang jahat? Tak takut ke?"sinis Firash bertanya.

"You bukan orang jahat.Kalau jahat mesti dah lama you apa-apakan I waktu I stay dekat rumah you tu"

"Kau baru kenal aku tak sampai sebulan Yana.Biar betul kau ni? Kau ni demam lagi ke atau terhantuk dengan benda keras sampai jadi tak waras macam ni?"

Makin lama Firash menyoal terasa makin panas pula tubir di mata.Tidak semena-mena air mataku jatuh dihadapannya buat kali kedua.Aku terus duduk sambil lutut dirapatkan ke dada.Tangan pula naik menutup wajah yang kian dibanjiri dengan air mata yang tidak henti berjurai dari tadi.

"Mesti I nampak bod*h kan buat macam ni" kataku sambil diselit seduan akibat menangis.Sudahla duduk ditengah jalan, nasib baik aje time macam ni tak ramai orang kat sini.

"Hey janganla menangis, aku-"

"Tak, bukan salah you pun.Tsk.." stress.Lepas satu satu benda muncul untuk sakitkan kepala aku.

"I penat..susahnya hidup sendiri pun diatur oleh orang lain.I cuma nak nikmati masa masa I masih bernafas ni dengan tenang je bukannya nak kacau sesiapa pun" makin aku meluahkan perasaan yang terpendam makin menjadi jadi seduan aku.

Akhirnya Firash mengambil keputusan untuk duduk bersebelahan dengan aku.

"Kau ada nak luahkan apa-apa lagi ke?Kalau ada aku sudi untuk mendengar" perlahan Firash bertanya.

Dan dari situ terus macam-macam aku cerita daripada A sampaila Z.Sampaikan si Firash ni pula yang risau tangisan aku makin menjadi-jadi.

"Sokay at the end bukan salah kau pun.Semoga kau dapat jumpa jodoh yang lebih baik daripada aku.Sorry to say tapi aku terpaksa menolak tawaran kau.Aku dah ada orang lain Yana.Maaf  kalau itu bukan jawapan yang kau nak dengar" crack.Kalau tadi aku reject orang kalini aku pula yang direject.

Nampaknya harapanku punah begitu sahaja.Mungkin aku yang terlalu beriya untuk mencari calon suami.Jadinya betulla yang khabar aku dengar sewaktu menetap di sana yang Firash sudah berpunya?

"Tapi kalau kau rasa perlukan seseorang to talk with, boleh je kalau nak call aku.Macam yang aku pernah pesan, kalau aku tak busy aku angkat"

Kalau Firash sendiri sudah mengaku yang dia sudah berpunya, memang tidakla untuk aku kacau dia lagi.Kalau aku selaku wanita yang lucky untuk dipadankan bersama Firash pun tak akan suka kalau tengok dia bermesra dengan perempuan lain.Nampak sangatla yang aku hanya mementingkan diri sendiri sekarang ni.

Tiba tiba sehelai sapu tangan dihulur daripadanya.

"Lap air mata kau tu.Nanti orang lain nampak apa pulak diorang kata" hulurannya aku sambut.Nampaknya aku perlu fikirkan rancangan lain ataupun aku terpaksa terima sahaja cadangan atuk untuk kahwinkan aku dengan si Muaz tu.

"Kereta kau dekat mana? Aku teman hantar kau sampai sana" kepalaku menggeleng laju.

"Sokay sokay.I boleh pergi sendiri.Thank you sudi dengar luahan hati I" Tubuh kembali bangkit semula kemudian aku terus berjalan menuju ke arah tempat kereta diparkir.

Apa nak jadi, jadila.Aku dah terlalu penat untuk berfikir.










LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now