Sepanjang sesi perbincangan yang diadakan di dalam cafe ini, aku terasa objektif ataupun motif utama yang perlu dibincangkan sepertinya sudah lari jauh terpesong ke arah selatan daripada utara.Asalnya aku memang berniat untuk berbincang tentang isu pinangan keluarga Dzul untuk aku tapi entah mana silapnya , aku pun boleh tak perasan yang sebenarnya Dzul seolah berjaya membincangkan topik yang langsung tidak ada kaitan dengan motif utama untuk perjumpaan kali ini.
Apa kena mengena nak masuk minang dengan study pula?Bukan ke sebelum ni dia okay je tapi klini tiba-tiba bukak topik yang kononnya si Dzul ni nak sambung belajar dekat UK for several years gitula.And apa yang kau expect bila dia dh cakap macam tu? Ofcourse kita expect dia pun setuju untuk cepatkan tarikh pinangan sebab dengar cerita yang dia dah settle kumpul duit untuk masuk minang aku apa semuala but its not!Sekarang ni macam dia pula yang selalu berdalih untuk memulakan langkah seterusnya.
Dia kata duit yang dia kumpul selama 5 tahun tu nak guna tampung perbelanjaan dia dekat UK, habistu aku ni? Kau tau tak aku ni seolah patung yang boleh ditarik ke sana dan ke sini? Kalau betul nak sambung study beritahu jela awal-awal mungkin atleast aku bolehla consider kan? Tapi tak weh!
Dia punyala bagi harapan dekat aku yang after five years dia akan terus proceed untuk nikah and further than that la.But just now know know baru dia nak bukak mulut pasal offer letter utk sambung master dekat oversea.Aku dah cakap dah yang aku betul-betul serius dengan hubungan ni tapi entah kenapa dia sepertinya macam main -main dan langsung tak amik serius!
"Dzul, I serius tau untuk kahwin dengan you.Kenapa baru sekarang you baru nak open table pasal offer letter you untuk sambung master dekat sana?Habistu I ni macam mana?You memang taknak kahwin dengan I ea?"
"Yana, bukan macam tu.I sayangkan you ofcourse I nak khwin dengan you-"
"Habistu? You nak I tunggu lagi 3 tahun baru you nak masuk minang I? Apa benda ni Dzul? I dah cakap kan yang family I mendesak I untuk kahwin dalam tempoh terdekat.Dekat dekat tu juga I sanggup tunggu lima tahun untuk you buat saving but now? You tiba-tiba nak ubah plan asal dan baru sekarang nak bagitahu I?" kecewa.Rasa macam kena scam pun ada.Sebenarnya yang mendesak itu bukan parents aku tapi atuk dan nenek aku.
Katanya dia perlukan pemangku generasi seterusnya untuk syarikat tetapi masalahnya aku ni nak kahwin pun still ada masalah lagi.Inikan nak bincang tentang step seterusnya pula memang lagila bertambah stress aku.Aku bukan nak cakap yang mereka tak ada rasa belas kasihan tetapi nak taknak itulah sifat yang sudah sebati dengan hidup mereka.Selalu memikirkan tentang syarikat yang gah walaupun umur sudah meningkat tua.
Aku tahu mereka buat macam ni untuk kebaikan aku sebabnya aku ni pun dah 24 tahun dan aku memang target either 24 atau 25 untuk kahwin terus.Kau takkan faham kalau kau tak ada dalam surrounding yang asyik memaksa dan bertanya kau pasal isu bila nak berkahwin? Lepas dah kahwin akan tanya bila nak ada anak pula.Ya itulah manusia, tidak pernah cukup dengan apa yang ada di depan mata.
"Yana I janji! I janji after I balik UK I terus akan kahwin dengan you.Please, bagi I peluang untuk sambung belajar dekat sana?"
Aku hanya kekal mendiamkan mulut.Tak tahu nak balas apa sebabnya hati aku macam sikit sikit sudah mula tawar hati dengan dia ni.
"You nak buat janji dengan I buat kali keberapa pula ni? Huh? Macam mana kalau tiba-tiba you balik dari sana you terus lupa janji yang you buat dekat I? "
"Tak! Itu tak mungkin berlaku.I serius nak kahwin dengan you.But just for this three years, okay? "
Entahlah weh, penatla macam ni.Aku dahla dah bagitahu atuk ngan nenek yang aku extend 5 tahun tu untuk tunggu dia.Ni kalau diorang tahu yang aku still kena extend lagi silap hari bulan aku yang kena membebel.Aku bukan apa tapi aku sebenarnya taknak kahwin dengan pilihan atuk dengan nenek itu je.
Sebabnya? Sebab orang pilihan mereka itu boleh dikatakan aku kenal.Tak.Aku terlebih kenal dan pernah jadi salah seorang crush yang aku obsess gila waktu zaman sekolah dulu.Tapi disebabkan beberapa perkara aku mula tanam rasa benci dekat dia lepas apa yang dia dah buat dekat aku selama ni.And now, dia nak jilat balik benda yang dia dah ludah ke apa? Tolonglah, aku lagi sanggup kahwin dengan pakcik askar berbanding nak kahwin dengan dia tau.
Sudahnya aku membuat keputusan untuk beredar daripada cafe itu tanpa memberikan sebarang jawapan.Pandai-pandaila si Dzul tu fikir macam mana nak betulkan keadaan ni semula.Aku dah terlalu penat untuk berfikir.
✿
Pemanduan diteruskan tanpa memikirkan untuk menyinggah dimana-mana kedai.Benda yang terlintas dekat otak ialah balik, solat,rehat dan aku nak tidur.Cukuplah harini je dah buat aku stress untuk seharian memikirkan pasal kahwin.
Sedang aku leka sebegitu, baru aku perasan sebenarnya sejak aku drive dari keluar kawasan cafe tadi ada sebuah kereta hitam sepertinya macam asyik follow kereta aku daripada jauh.Ke dia pun nak pergi destinasi yang sama? Tapi masalahnya aku nak balik ni aku guna jalan shorcut tau itupun kereta tu still follow aku lagi.
Ha sudah.Naik meremang bulu roma aku.Cermin pandang belakang dikerling dan sah! Sebuah kereta berjenama Jaguar memang follow sewaktu aku bergerak untuk memotong kenderaan lain yang membawa kelajuan pada tahap yang rendah.
Mungkin perasaan aku je kot.Astaghfirullah, astaghfirullah, bawak bertenang Yana, jangan panik.Inshaallah ianya sekadar mainan naluri hatiku sahaja.
Pemanduan masih diteruskan cumanya kali ini halaju kereta dilajukan.Jalan pun aku pilih untuk guna jalan yang berbeza menuju balik semula ke rumah sewa aku yang asal.
Dan alhmdulillah, aku rasa kereta tu mcam dah hilang daripada radar penglihatan aku.
Enjin kereta dimatikan kemudian perlahan lahan pagar automatik rumah teres itu kembali tertutup sebaik aku sudah selesai memarkir kereta di dalam.Kereta dikunci kemudian kakiku menapak msuk ke dalam rumah dengan tenang.
Namun ianya tidak berakhir disitu apabila sebenarnya kereta Jaguar itu parkir dihadapan rumah yang lain sepertinya ingin menghendap ataupun sengaja untuk follow manusia yang baru sahaja masuk ke dalam rumah dihadapan mata mereka.
Bibir mengukir senyuman sinis sebelum beberapa gambar kelibat rumah diambil.
![](https://img.wattpad.com/cover/360672383-288-k710852.jpg)
YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
רומנטיקהKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...