B 43

684 37 2
                                    

Bunyi esakan disebalik comforter jelas didengari oleh Yusuf yang berada di sudut hujung bilik. Sejak dua minggu lepas Yana balik ke rumah ini, dirinya langsung tidak mahu bercakap apatah lagi apabila disoal berkenaan dengan Firash. Yusuf yang sendiri tengok pun jadi semakin risau apabila Yana lebih memilih untuk menyendiri. Makan pun kadang dia yang suapkan tapi itula, tiga suap je lepastu dah tak selera. Aku syak memang mental health yana drop gila sebab memang lately ni dia nampak macam tak bermaya pun ada.

"Na..abang ni" tegur yusuf  kemudian dia duduk betul-betul bersebelahan dengan adiknya yg sedang berselimut.

"Kenapa abang masuk..tsk..nana dh cakap jangan kacau kan..."esakannya masih tidak berhenti.Tak lain tak bukan, Yusuf perlu memujuknya.Jika dibiarkan begini setiap hari, ada juga yang menangis berdarah nanti payah pula.

"Na..sampai bila nana nak merajuk lama-lama macam ni? Haritu suami nana call pun nana taknak angkat, lepastu dah rasa rindu mulala nak menangis non-stop macam ni setiap hari. Macam mana abang tak risau, dahla makan pun sikit aje, ni kalau suami nana tahu naye je abang yang kena marah dengan dia nanti" Yana terdiam daripada esakannya. Teringat pula beberapa hari lepas Firash ada membuat panggilan kepadanya tapi..

" Cik Yana taknak angkat ke panggilan tu?" soal Zyad yang masih duduk di atas bangku yang berada di halaman rumah.

Telefon kerap berdering sehingga boleh dikatakan terdapat 20 missed call daripada si dia. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi tak tentuh arah macam ni. Rasa dia macam, jiwa aku berkecamuk, kecewa, sedih pun ada apabila terima beberapa gambar daripada nombor yang tidak dikenali menunjukkan Firash sepertinya sedang berdua-duaan dengan wanita yang lain sewaktu dia tiada bersama dengan aku.

Aku kecewa, setiap hari aku menanti kepulangannya tetapi apa yang aku dapat selama mana yang aku tunggu dia untuk bertemu dengan aku semula.

Sejak menerima mesej itu, hampir semua gadjet yang aku ada cuba untuk turn off atau block supaya Firash tidak berjaya menghubungi aku dalam keadaan kepura-puraan yang disengajakan itu.

Kenapa aku tak pernah bernasib baik dalam hal sebegini?

" Na, janganla macam ni. Nana ada buat hal dengan dia ke?"

"Nana dah cakap yang nana tak nak cakap pasal dia lagi kan! Berapa kali nana nak kena cakap baru abang nak faham?" marah Yana mengejut.

Terkejut Yusuf sebaik melihat perubahan drastik adik perempuannya itu. Tidak pernah seumur hidupnya tengok adik dia sendiri berperilaku macam ni.

"Astaghfirullahhalazim, mengucap na. Kenapa ni?Sampaikan nak cakap dengan abang pon nak kena tinggikan suara? Whats wrong? Cuba cakap dengan abang okay? Nana tu adik abang, kalau ada apa-apa masalah, beritahu abang atleast kita boleh solvekan sama-sama , jangan pendam masalah tu sorang-sorang"

Yusuf cuba memujuknya sekali lagi.Kedua dua bahu adiknya dipegang kemudian air matanya diseka menggunakan tangannya. Lama kelamaan Yana seperti baru tersedar akan keterlanjuran katanya sebentar tadi.

"Abangg...tsk.."air mata deras membasahi pipinya.Tubuh abangnya turut dipeluk erat.

"Shhh..dah dah taknak menangis okay? " Yusuf mengusap lembut belakang adiknya. Kenapa dengan kau ni na..

"Abang.."

" Hurm?"

" Apa salah nana"

"Salah? Maksud nana?" terukir senyuman tipis pada bibir Yana.

" Mesti sebab nana terlalu ego kan? Sampaikan Firash pun boleh cari orang lain yang lebih baik daripada nana ni "

"Astaghfirullahhalazim, kenapa cakap macam ni nana?  Nana ada bukti ke yang Firash buat semua tu ?"

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now