• B 45 •

1.1K 41 2
                                    

Ingatkan Firash dah balik, hubungan diorang berdua ni makin pulih, sekali yang jadi sekarang ni macam terbalik pula. Yana masih memilih untuk berdiam diri walaupun pada hakikatnya dia tak mahu sebenarnya.

Ayana Pov

Patut ke aku tanya Firash pasal benda tu. Tapi kalau aku tanya, macam mana kalau ianya betul? Aku pula yang tak sanggup nak dengar jawapan dari dia nanti.

Pinggan dan mangkuk yang berada di dalam sinki dibasuh dalam tempoh yang agak lama gara gara otak sedang giat berfikir pasal benda lain. Sejak Firash pulang haritu pun memang kitorang bercakap takat gitu jela. Aku taknak lebih-lebih risau Firash tertekan pula, sudahla dia cedera parah, kang aku memaksa tanya benda yang tak masuk akal ada yang kena masuk wad pulak nanti. Memang boleh dikatakan, lepas je aku berhabis sesi menangis bagai, memang aku boleh cakap yang after that, totally Firash yang jaga aku seharian tau. Serba salah pula aku jadinya. Nak buat macam mana, kitanya bukan selalu sihat kan? Tak gitu

Ralit sangat mengelamun, tidak semena-mena datang sepasang tangan melingkari pingang aku dari belakang. Tak pasal-pasal bulu roma aku naik menegak.

" Buat apa tu " bisik Firash dengan nada sedikit serak. Tak lain tak bukan ni mesti baru bangun tidur ni.

"Tengah nak potong daging, nak tolong?" Balasku dalam nada perli sambil menghadiahkan senyuman sinis. Sudahla tiba-tiba peluk aku, nasib baik tengah basuh pinggan, kalau tengah memotong guna pisau?kan bahaya kalau terhala kearah dia.

"Pandai ea perli orang sekarang, siapa ajar ni"

"Siapa lagi kalau bukan you. You sorang je yang suka bawak ajaran tak baik dalam rumah ni, kan?" wah wah wah, kemain ea aku menjawab.

"Dahla tepi, I nak basuh pinggan ni" sambungku lagi.

"Basuh jela, aku nak tengok" Ha sudah. Demam apa suami aku ni.

"Eyy nak tengok apanya, macam mana I nak basuh kalau you peluk I macam ni, tepi tepi" lagi aku mendesak lagi erat Firash memeluk aku.

"You"

"Hurm?"

" Lepaskan I please, ada banyak lagi kerja yang i nak buat ni" kataku sambil terselit keluhan.

" Tak boleh ke rehat untuk harini kejap" aju Firash pula.

"For what?"

"For me? Sejak aku balik ni, kau belum spend time dengan aku lagi" wait..apa? Sejak bila Firash ni dah pandai merajuk macam budak-budak ni?

Spend time? Nok, membe tengah sakit tau. Nak aku ajak main taman ke dalam keadaan dia macam ni? Memang takla awaknya.

Pili air aku tutup kemudian tubuhku cuba dipusing menghadapnya walaupun tangan Firash masih setia memeluk aku.

"You demam ea?"

"Sikit maybe" dahinya aku cuba sentuh . Tak panas pula.

"Sure ke you demam ni?" Firash mengangguk perlahan dengan pertanyaan aku.Dapatku lihat bibirnya sedang mencebik kecil persis kebudak-budakan yang tak dapat jajan tau sekarang ni.

" Kalau macam tu you makan ubat, lepastu rest okay? Nanti i bagi panadol " cadangku, namun terang-terangan firash menggeleng menidakkan.

" Laa kenapa taknak, you cakap you demam kan tadi? "

" I dont want panadol" rajuk Firash lagi. Dia ni terkena sumpahan apa yang tiba-tiba jadi perangai macam baby ni.

" Okay okay.. then?"

" I want you" bisikannya tidak semena-mena berjaya membuatkan aku rasa macam tidak tentu arah. Terpempan pun ada.

Sah dia demam! Tah kenapa tah aku pulak yang rasa pipi ni macam nak naik rona merah kemerahan.Urghh tak suka!

" Boleh tak?" sambungnya lagi malah kalini wajahnya makin cuba merapat dengan wajahku. Ya Allah, dah kenapa dengan laki aku ni?

" A..apa maksud you" gagap gugup gelisah. Semuala ada senang cakap. Sumpah tak suka keadaan rapat-rapat macam ni sebab aku tak suka dia dengar bunyi degup jantung aku yang dah macam nak terkeluar ni!

Entah macam mana tiba tiba Firash gelak. Seronok agaknya buat aku tak keruan macam ni.

"Kau kan ubat kepada segala penyakit aku? Sembuh atau tak itu semua kuasa Allah, tapi inshaallah dengan ubat depan aku ni mujarab untuk apply dekat sakit-sakit yang ada dekat aku" dan lagi sekali aku blushing seblushingnya. Untuk elakkan rasa malu yang teramat aku menyembulkan kepalaku pada dada bidangnya yang hanya berbalut dengan bandage sedia ada. Nak lari pun tak boleh sebab dia dari tadi taknak lepas dari peluk aku.

"Stop it Fir, I malu" kataku perlahan namun masih boleh didengari. Lagi sekali, he laugh at me you know.

"Kenapa nak malu? Kau isteri aku, apa salahnya aku puji wife aku sendiri kan?" tutur Firash sambil menunduk melihat kearah aku.Cukup Firash cukup. Aku dah rasa tak cukup udara dah tau dekat sini. Kalini aku balas dengan menumbuk dadanya pula. Suka sangat mengusik orang ish!

" Aku tunggu dekat atas, one minute delay, taula aku apa nak buat" sinis Firash berkata kemudian sempat menghadiahkan ciuman ringkas pada dahiku sebelum bergerak naik ke atas. Dan aku?

ARGH! RASA NAK TERJUN MASUK KOLAM!

🌹

Mahu atau tidak aku paksakan juga untuk menurut arahannya.Pintu bilik dikuak sedikit kemudian kembali ditutup. Kelibat Firash yang sedang duduk di birai katil lagi menambahkan rasa gugup aku untuk berjalan kearahnya.

"Come" kata Firash senada sambil menepuk nepuk area katil yang masih kosong disebelahnya.

Act fool Yana, buat macam tak ada apa-apa. Nafas diambil kemudian dihembus dengan tenang sebelum aku berjalan kearahnya.

" Duduk sayang"  arahnya lagi.Huwa! Apesal aku yang gugup sangat ni hiks. Punggung dilabuhkan betul-betul bersebelahan dengannya. Bibir pula diketap erat menahan rasa gugup yang tak terhingga.

Selang itu sempat Firash mengukir senyuman sinis sambil merapikan rambut aku yang sedikit terusik.

"Tolong aku" bisiknya perlahan.

"Urm..t..tolong apa?" Noh ini takut sangat ni. Bukan takut tapi segan kut ?

"Tolong.." dan pada itu juga Firash sepertinya memang dalam cubaan untuk menghapuskan jarak wajah kami berdua secara sengaja. Sebelum apa-apa jadi baik aku pejam mata dulu.

Tapi, lain pula jadinya bila aku perasan tangannya seperti sedang menghulur sesuatu.

"Huh?"

"Tolong gantikan bandage aku? Boleh? Aku tak sampai kalau nak buat sorang" sempat Firash mentertawakan tingkah laku aku yang agak random sebentar tadi.

"O..ouh ganti bandage! B..boleh! Mestila boleh! Sini i tolong" ya Allah malunya!!! Tak suka tak sukaa hiks. Dari tadi si Firash memang penat gamaknya gara-gara tengok perangai tak semenggah aku jee ni.

Habis bandage yang ada ditangan Firash aku rampas sebelum balutan bandage yang ada dibadannya aku buka dengan perlahan-lahan.Cukup untuk sekarang please, aku dah malu yang teramat ni.

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now