Cuba teka aku berada dimana.Kedai?Salah.Rumah?Salah jugak.Hotel? Ya aku perlu menetap disini sementara.Sebaik tiba sahaja di jeti yang berdekatan dengan kawasan bandar utama Rayyan ada beritahu yang Firash dah booking hotel untuk aku stay satu malam.Katanya bahaya kalau nak bergerak pulang ke rumah berseorangan pada waktu macam ni, sebab tu dia suruh aku stay sini dulu.
Badan dihenyak di atas katil sambil iris mata merenung siling dengan lama.Terasa macam magic pun ada tiba-tiba aku berjaya keluar daripada camp itu tanpa ditahan oleh sesiapa.It was like, seriously? Punyala lama aku duduk dekat sana sampaikan aku sendiri dah lupa macam mana keadaan bandar diluar ini.
Iphone pemberian Firash aku ambil daripada atas meja.Lupa pula nak bagitahu dia yang aku dah sampai sini.Button dial ditekan kemudian telefon didaratkan ditelinga sambil menunggu panggilan untuk diangkat olehnya.
"Sorry, your number-"
"Kenapa tak angkat ni" takkan tak ada internet pula.Tapi tadi okay je.Call punya call tau tau dah kali ke-10 masuk missed call.Ke dia dah tidur dekat rumah?
Akhirnya aku mengalah.Mungkin dah tidur la kot.Penat membebel berseorangan akhirnya aku memilih untuk melelapkan mata.Esok nak kena order grab lagi untuk balik rumah.Lepastu study pun sekerat sekerat je ni.Mana yang Firash ajar tu jela yang masih segar dalam ingatan kot ye pun.Tidur Yana tidur.Mana tahu esok dapat ilham.
✿
Firash pov
Bingit betul bunyi dekat luar ni.Entah apala topik yang budak-budak ini sedang berdebat sesama sendiri.Mungin boleh jadi bantahan terhadap peraturan baru?atau sebaliknya mungkin.
"Yash!"laung Lee daripada jauh.Dia punya suara ni kalau boleh semua rejimen askar kat sini pon boleh dengar tau.
"Lee, kau tak masuk office ke harini?" pelik ni, selalunya tak ada sebab lain melainkan ada kes kalau dia akan datang berjumpa dengan aku.
"Yea macam yang kau nampak.Im here.Like always, there is new case that spot between our group"
"Maksud kau?"
"Aku baru dapat arahan untuk bawa semua army code Alpha dengan Delta keluar daripada kem untuk buat pemantauan di luar"
"Kau serius ke ni? Kita baru habis mission kan haritu? Group Beta dengan Gamma? takkan diorang tak terlibat?" ah sudah.Dalam banyak banyak misi,, boleh dikatakan ini adalah salah satu misi yang agak tidak disukai olehku.Tapi nak buat macam mana, arahan tetap arahan.Aku selaku askar wataniah yang telah dilantik dan diamanahkan dengan amanat yang besar masih perlu menjalankan misi seperti sediakala.
"Dont worry bro.Kita pantau je kalini,alang-alang tu boleh cuci mata usha awek kat luar camp ni.Katanya pemantauan ni takla strict macam before ni.Just buat rondaan since hujung minggu ni kita nak sambut ketibaan pegawai besar dari ibu pejabat."
"Amboi kau, mentang mentang badan dah sado nak flex cari pasangan hidup pula la ni" terlepas juga tawa aku akhirnya.Bukannya apa,waktu si Lee ni masuk kem ni awal awal dulu punyala kurus mashaallah macam orang tak cukup zat pun ada aku tengok.Ni makin lama menetap sini makin menjadi jadi pula biceps dia.
"Come on dude.Ofcourse I kena cari makwe, kalau tak bosanla takde sape kita nak bergayut nanti" ceyh abegituw dia.Yeyejela Lee,asalkan ko bahagia.
"Okaylah, aku ada fail nak kena hantar ke pejabat ni.Kalau ada pape call la ea?" aku mengangguk seraya belakang tubuhnya aku tepuk tepuk.
Sebaik kelibat Lee mula menjauh dari pandangan mata , sehelai kertas yang disimpan di dalam poket seluar aku ambil.
Kertas bukan sebarang kertas.Tertera diatasnya sebuah gambar bersama beberapa perincian maklumat mengenai data peribadi seseorang.Sudah lama benda ini dipendam, tak sangka urusan ini boleh berlaku dalam sekelip mata.Kertas itu kembali dironyok malah dibuang terus masuk ke dalam tong sampah.
✿
Sedikit demi sedikit air teh ais disedut untuk menyejukkan tekak.Tangan buat lain tapi otakku juga melayang berfikir pasal benda lain.Kenapa dia tak boleh ikut ea? Kalau ikutkan waktu Rayyan ikut sebab nak hantar aku haritu takdelah jauh mana tapi jauhla sikit.Kot.Aku rasa kalau pakcik tu ikut mungkin sempat aje untuk balik semula.Bukannya perjalanan pergi balik macam dari Selangor ke Kedah ke apa.
Ish aku ni,kira bersyukurlah dapat jugak balik.Kalau tak melingkupla aku kat sana tak boleh buat apa-apa.To be honest boleh je actually, cumanya err aku tak ada kad pengenalan diri.Naknye tempat tempat macam tu memang nayela kalau takde id sendiri.
"Ayana Naura!"
"Er..ya?"
"You termenung apa ni? Sampai I panggil pun tak dengar."marah Dzul yang berada dihadapanku.Ya, aku dah balik and for your information aku just kebetulan terjumpa dengan Dzul waktu on the way nak balik rumah.Urgh kacau daun betul, sudahla aku penat seharian tak rehat lagi dari hotel tu.
"Dahla you menghilang.I chat apa semua tak reply.Lepastu dah jumpa I buat-buat macam tak kenal pula.You sengaja kan?"
"Ish mana ada.Sorryla, I dah cakap kan yang fon I hilang haritu.Macam mana I nak reply wasaap kalau I takde fon." ni baru sorang tau.Tu cuba kalau aku dah berjaya beli fon baru ataupun paling paling henpon second hand pun jadikla, mesti kecoh group wassap sebab aku dah lama menyepi.Argh tak sukanya notification banyak-banyak ni.
"Tu? Dah ada handphone baru kan? Bak sini" tanpa izin malah dia langsung tak tanya aku terussss je pakai amik fon yang ada dekat atas meja.
"Dzul!You nak buat apa?!Bagi balik!" aish, sudahla ni fon pakcik tu.Haritu dia penah cakap jangan share nombor ni dengan sesiapa katanya identiti dia tak boleh disebarkan pada masyarakat umum.
"I dah save nombor I dekat dalam fon ni." air liur ditelan kuat.Alamak macam mana ni.Kalau pakcik tu tau mesti dia akan marah aku.
"Lain kali tanyala I dulu, jangan suka-suka amik fon tanpa izin I" hamek ko, habis teremo tau aku.Bukannya nak marah tapi tolongla hormat privacy orang.Ni belum kahwin tau,cuba kalau dah kahwin nanti hish.
"Apa masalah you ni? You ada sorok something dari I kan Yana? Entah-entah selama ni you senyap pun sebab ada lelaki lain? Isnt'it?" tebak Dzul sedas.
"Wait sekarang ni, salah siapa sebenarnya? Huh? Dah jelas-jelas I cakap fon I hilang kan? Macam mana pula I ada masa nak chat dengan mana mana lelaki lain?" ya allah apa masalah si Dzul ni? Makin lama aku tak chat makin menjadi-jadi pula.
Okay okay tenang Yana tenang.Bukannya aku tak kenal si Dzul ni macam mana orangnya.Kalau bukan aku yang mengalah, memang sampai bila-bila ribut taufan ni takkan reda.Slow downn, tarik nafass hembus.
"Dzul, look. Im really sorry, okay? I betul-betul tak sengaja terhilangkan fon I.Janganla disebabkan ini kita boleh bergaduh.I taknak hubungan kita jadi macam ni, I minta maaf sekali lagi.Forgive me please? Lepasni I janji I akn lebih berhati-hati." tangan kananku dinaik seraya membuat gaya ala ala mengangkat ikrar aku janji.
Janganla weh, lima tahun aku tunggu dia masuk minang aku, sepanjang lima tahun itu jugak aku bersabar dan cuba untuk stabilkan hubungan aku dengan dia walaupun kadang-kadang ada juga fasa-fasa bertengkar walaupun perkara kecil.
Kadang aku sendiri terfikir adakah aku membuat pilihan yang salah?Ataupun takdir sudah tertulis yang aku memang akan diuji dengan perkara sebegini.Entahla, aku tidak mahu berada dimana mana pihak.
' For truth aku sayangkan dia, tetapi entah mengapa seolah hati aku sendiri mendesak untuk tinggalkannya.Tapi mengapa?Aku pun tak tahu apa jawapannya'

YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomanceKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...