Lama berkurung kat bilik, laparla pula. Nak makan tapi tak ada selera. Dia macam lapar tapi taknak makan pun ada. Kepala kembali direbah di atas bantal kemudian mata naik merenung ke arah siling yang serba kosong, macam diri aku jugak. Rasa kosong macam dah tak ada tujuan untuk teruskan hidup. Baru diuji sedikit dah nak mengeluh, padahal boleh je aku buat benda lain untuk lupakan apa yang baru berlaku.
Badan diiring ke kanan seketika. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa seperti bayangan Firash ada sahaja menemani hari-hari aku sewaktu dia tiada. Sejujurnya, walaupun hati aku sakit, aku masih rindukan dia, senyuman dia, bau dia, gurauan dia and boleh dikatakan hampir semua pasal dia aku boleh menangis seharian memikirkan pasal ini sahaja.
' Kalau betul dia masih sayangkan aku, kenapa sampai hari ni dia masih tak balik-balik? Aku rindu dia, aku nak peluk dia tapi kenapa, aku tak rasa yang aku mampu luahkan apa yang aku rasa dekat dia. '
Tanpa sedar air mata aku mengalir lagi. Baju milik Firash yang ditinggalkan aku peluk erat. Bila dia nak balik, kalau dia balik sekalipun adakah ianya sekadar balik untuk singgah sementara untuk melafazkan cerai dekat aku dan keluar untuk hidup dengan orang baharu?
Kenapa aku rasa sakit? Ini ke yang sering orang katakan rasa cinta sebenar yang mula terbit kepada orang yang aku sayang dan tidak mahu ditinggalkan?
Apabila mulut kata lain, hati aku turut berkata sebaliknya. Betul ada orang hantar gambar-gambar Firash dengan orang lain tapi selagimana ia bukan yang datang dari Firash, aku masih rasa ada peluang walaupun ianya tipis untuk membuktikan nilai cinta yang tulus dan ikhlas Firash terhadap aku.
Sedang dibuai dengan air mata yang mengalir berterusan menemani rasa rindu, tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Pada awalnya aku hanya biarkan sehinggala..
"Assalamualaikum sayang" lembut sahaja empunya badan memberi salam.
Suara itu..
"Boleh saya masuk? " terkejut dengan suara yang agak familiar, perlahan-lahan aku menoleh kebelakang melihat kelibat yang ada di pintu.
' Firash..'
Langkah perlahan Firash yang berjalan dengan sokongan tongkat menuju ke arahku tidak semena-mena membuatkan aku terdiam seribu kata. Dari kepala turun sampai ke kaki semuanya berbalut malah ada juga kesan pada balutan yang jelas menunjukkan kesan darah daripada kawasan yang dibalut.
Aku tak tahu kenapa, tapi kenapa Firash boleh cedera teruk macam ni? Apa yang dah jadi? Siapa yang buat suami aku sampai berbalut semua ni?
Dalam rasa sakit itu juga, Firash masih boleh mengukir senyuman kearahku. Mungkin sebab nampak kesan aku tengah menangis tadi pun boleh jadi juga.
Aku yang tadinya niat mahu merajuk terus terbatal malah tubuhku pula yang terlebih dahulu berjalan mendapatkannya.
" K..kenapa you berbalut satu badan ni Fir.." aku yang nak cakap pun rasa sebak, dia macam habis dengan tangan-tangan aku naik menggigil bila nampak Firash sendiri macam ni.
"Sayang sihat?" pertanyaan Firash sedikit sebanyak lagi menambahkan kederasan air mataku. Akhirnya aku kalah.Teresak-esak aku menangis dihadapan dia.
" Kenapa you jadi macam ni Fir? Tsk.. apa yang dah jadi..tsk" pandangan aku mula jadi kabur. Kedua-dua tanganku yang memegang lengannya terasa tidak bermaya.
Saat ini aku terasa seperti aku betul-betul dah buat satu kesalahan yang sangat besar. Macam mana aku boleh biarkan Firash cedera sedangkan aku lebih memikirkan konflik dan melayan rasa cemburu dan benci terhadap dia.
Melihat keadaan aku yang separa tidak bermaya, Firash terlebih dahulu menyambut aku membawa masuk ke dalam pelukannya.
"Maafkan aku sayang..maafkan aku" tutur Firash lembut sambil mendaratkan kepalanya di atas bahuku. Pelukannya terasa erat walaupun dia hanya menampung diri dia menggunakan tongkat yang sedia ada. Lama kelamaan, aku cuba untuk membalas pelukannya. Biarlah kali ini aku belajar dari kesilapan. Aku dah terlalu lama menahan rasa rindu dekat dia untuk kembali menjalani kehidupan bersama-sama dengan dia.
Terima kasih Ya Allah memakbulkan doa hambamu ini.
🌹
"Makan sikit ea? Ni berapa lama dah tinggal nasi sampai blood pressure boleh jatuh mendadak ni.." soal Firash risau yang duduk di birai katil. Sebenarnya tadi entah macam mana aku pulak yang pengsan dalam pelukan dia. Mungkin sebab terkejut, nak pula aku memang dah lama gila tak makan yang betul-betul makan. Memang menempah sakitla namanya.
"Taknak.." dalihku. Cerita dia yang teruk sekarang ni Firash, kenapa aku pula yang dilayan macam pesakit pula ni. Takat pengsan takdela teruk mana nak dibandingkan dengan dia ni.
"Mesti you sakit kan? " ajuku sambil melihat ke arah badannya yang ada meninggalkan kesan-kesan luka dan lebam. Firash tersenyum nipis kemudian kepalanya menggeleng menidakkan.
" Jangan risaula, sikit je ni. Esok baikla..sini makan sikit, aku suap. Pucat macam mayat hidup dah aku tengok " tengok tu. Tak habis-habis nak berlagak kuat. Kadang tak faham tau dengan Firash ni.
"You yang sakit tau sekarang ni, you janganla nak acah-acah kuat macam tak ada apa-apa berlaku. Serba salah i dibuatnya tau tak" tergelak Firash dibuatnya. Kitonyo serius dia boleh pulak gelak ea.
"You janganla gelak, i tengah serious tau"
"Risau jugak kau dekat aku kan? " kata Firash senada sambil keningnya dijungkit sedikit.
"Mestila risau! You husband I Fir, you ingat I boleh duduk diam ke kalau tengok suami I cedera macam ni? Nak pulak you hadap semua ni sorang-sorang tanpa pengetahuan I. Sampai hati you kan?" kecewa. Kenapa dia perlu rahsiakan? Lagipun benda yang jadi dekat camp sebelum ni sememangnya bukan salah siapa-siapa.
"Mati hidup balik pun aku takkan benarkan sesiapa sentuh atau apa-apakan isteri aku. Cukupla aku tanggung seorang. Aku rela mati dari tengok isteri aku sendiri kena jalani hukuman yang mengarut tu tau" balas Firash lagi.
" You ingat sweet ke cakap macam tu?"
" Aku tak cakap apa-apa. Tapi kalau kau nak rasa blushing ke apa dipersilakan aku tak halang. Itu dah memang prinsip hidup aku, bila dah terlafaznya satu akad yang mengikat kita berdua, aku memang berjanji dengan diri aku untuk menjaga amanah aku dengan sebaiknya cause you re my soul. Ofcourse i need to take care of it well than i care about myself. " selang itu Firash menghadiahkan senyuman kepadaku.
Tangannya turut naik merapikan rambutku sebelum tangannya jatuh mengusap lembut wajahku yang menjadi peneman kepada air mata yang sering mengalir atas sebab dirinya sendiri. Selesai urusan disini, dia akan cuba tamatkan konflik ini dalam masa terdekat juga. Cukupla apa yang dah jadi sebelum ni menjadi saksi kepada hubungan rumah tangga yang baru hendak dibina ini satu hari nanti.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN SPECIAL FORCES
Storie d'amoreKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...
