• B3 : TRUTH •

1.7K 60 2
                                    

Kereta berjenama Hyundai diparkir diluar pagar kemudian figura Firash laju melarikan diri memasuki rumahnya.

Firash pov

Belum sempat aku mahu melangkah masuk, aku perasan sesuatu.Kasut yang dipakai oleh gadis itu masih ada disini.Aku sendiri yang letak kasut dia dekat atas rak ni.Tapi..

Aku mematikan langkah kemudian beralih langkah kepada halaman rumah apabila firasat hatiku seperti berkata tentang sesuatu perkara yang negatif.Perkara pertama yang menjadi hiasan pandangan aku ialah, sliding door aku terbukak luas. As what I expected.

"Shit"

Kaki dibawa berlari memasuki rumah kemudian tingkat atas dituju.Nafas cuba ditenangkan kemudian dalam hati berharap semoga gadis itu masih ada di dalam bilik.Jika perkara ini tersebar, dua dua akan dikenakan tindakan nanti!

Tok tok

"Assalamualaikum" dan beberapa kali lagi ketukan pintu diberikan namun langsung tiada sebarang respon diberikan.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk masuk.Pintu bilik dipulas kemudian pintu itu dibuka luas.

'Kosong?!'

Habis satu bilik itu aku teroka namun batang hidung  gadis itu langsung tidak nampak!

'Kalau betul dia larikan diri, dia memang keluar sehelai sepinggang.Aku kena pastikan tak ada orang lain yang boleh jumpa dia'

Kaki aku menapak berlari semula keluar daripada rumah untuk memasuki kereta.Aku kena bawak dia balik sini semula.

! Dont expect too much okay, just anggap jarak dari camp ni untuk sampai ke jalan besar dalam 10 km.Nak masuk camp ni pun ada banyak guard yang jaga.

Makin lama berlari rasa lenguh pada lutut dan kaki kian terasa. Sudahla rasa sakit di kepala masih tidak sembuh.Kaki yang langsung tidak sempat menyarung apa apa rasanya sudah habis luka sana sini memijak jalan tar yang berbatu ini.

"Penatnya, huh..dekat mana jalan keluar dia ni" keluh Yana sambil matanya dikerling ke kanan dan ke kiri.

'Semuanya hutan! Lelaki tu memang suka tinggal dalam hutan ke macam mana?! Dahla telefon pun tak ada ni.'

Sedang dia ralit mengeluh rasa kesakitan tiba tiba dirinya terdengar bunyi beberapa kenderaan peronda.

'Ada orang!'

"Tolong! Sesiapa tolong!" jeritku sambil tangan melambai lambai ke arah kereta peronda yang berjarak 150 meter itu.

Bibirku sudah mengukir senyuman lebar malah air mata turut mengalir membasahi pipi.

'Akhirnya! akhirnya aku dapat keluar daripada sini!'

Namun, seperti biasa.Kegembiraan itu hanyalah bersifat sementara.Entah dari mana tiba tiba datang sebuah kereta menghalang pandangan aku daripada terlihat oleh kereta peronda tersebut.

'Apa ni?!'

"Apa kau buat dekat sini!" marahnya daripada dalam kereta. Lelaki ni lagi?!

"M..macam mana you tahu I ada dekat sini" ha sudah.Benda ni lagi misteri, macam mana dia berjaya jejak aku?

Tanpa berlengah lelaki itu terus keluar daripada kereta kemudian lengan Yana ditarik untuk dipaksa masuk ke dalam kereta.

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now