• B9 : STRANGE •

1.6K 59 1
                                        

"Tuan!"

"Kapten Iqbal, ada apa-apa perkembangan?" soal Mejar Basri sambil menyelak dokumen dokumen yang telah difailkan beberapa minggu lepas.

"Jabatan Keselamatan baru dapat laporan tentang kes pecah masuk ke dalam kawasan kita 4 hari lepas.Pihak atasan minta tuan untuk kerahkan beberapa pasukan untuk membuat rondaan secara berkala."

"Suspek yang dibunuh tu? Memang pegawai kita yang buat ke?"

"Bukan tuan.Mengikut hasil siasatan daripada cctv, ada sekumpulan daripada mereka cuba menyelinap masuk ke dalam kawasan ni.Bila ditanya pada ahli code Alpha pun mereka kata suspek memang ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.Berkemungkinan ada pegawai yang cuba manipulasi keadaan sebenar ataupun salah seorang daripada pendatang itu cuba memusnahkan jejak mereka sebelum dapat ditangkap oleh pegawai kita."

Mejar Basri berhenti daripada menyelak kemudian otaknya berfikir sejenak.

"Saya bukan apa Iqbal, kes luar yang kita baru terima pun sudah dalam penyiasatan, ditambah lagi dengan kes yang berlaku dekat dalam kawasan camp ni menampakkan sangat sistem keselamatan kita tidak kukuh.Apa dah jadi dengan pegawai yang bertugas menjaga pintu utama sebelum masuk ke dalam kawasan kita ni?"

"Maaf,itu saya tak pasti tuan"

'Ni mesti ada yang bersekongkol sekali dengan orang dalam ni' tebak Mejar Basri di dalam hati kemudian telefon pejabat diangkat sebelum punat nombor 9 ditekan.

"Urmm..kena buat selection dulu kan?"

PAK!

"Auuu!"tergosok-gosok kepala Yana apabila kepalanya baru diketuk dengan sudu plastik oleh Firash.

"Kau ni muka budak-budak nak hadap final exam ke, nak hadap final day kau duduk dekat universiti tu?"bengang Firash jadinya.Cerita dia semalam kemain Yana ni pujuk Firash untuk ajarkan dia subjek Business yang dia amik dekat uni.Lepastu punyala si Firash ni terang panjang benderang pasal course yang Yana tak beberapa kuasai tu dekat dua jamla jugak.Boleh bila tanya balik soalan basic pun dia dah lupa?Itupun nasib baik si Firash ni kebetulan ada belajar course yang lebih kurang sama,dapatla jugak dia tunaikan permintaan budak sorang ni.Haih.

"Kau ni dalam kelas fokus ke tak?"

"Mula-mula fokusla, tapi bila balik rumah terus lupa hehe" tersengih Yana dibuatnya.Benda betul takkan nak tipu pula kan?

Haih, masalah lagi satu.Ni mesti banyak makan semut ni.Nasib baikla harini awan mendung tak gelap sangat tak panas sangat dekat luar ni.Kalau tak memang dah habis naik bara aku nak sekolahkan budak ni.

"Sudahla aku nak kena bersiap"pinta Firash lalu berura-ura untuk masuk ke dalam rumah.

"Eh ehhh nak pergi dah ke?"

"Kau.Duduk.Rumah.Belajar semula apa yang aku dah explain panjang lebor tadi.Balik nanti aku nak cek" perli Firash pada masa yang sama dia menuju ke bilik tidurnya untuk menukar uniform kerjanya.

Yana yang masih berada di luar sudah mengeluh sendirian.Disebabkan dia dh nak exam lagi beberapa minggu terpaksala juga dia mencari inisiatif untuk study selain duduk terperap tak buat apa-apa.Inipun lepak dekat taman mini yang terletak elok di laman rumah pakcik ni.Takdela duduk dekat tempat tertutup sangat.Yeke? Entahla,patutnya tak boleh ni tapi apa pilihan yang aku ada selain percaya dekat dia?

LEFTENAN SPECIAL FORCESTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang