" Apa dia? "
" I taknak balik " pendek sahaja ayat yang terpacul dari mulut Yana. Kini mereka berempat saling melihat ke arah satu sama lain. Ha sudah, tolong jangan cakap yang dia tiba-tiba nak mintak hantar pergi ke tempat yang agak rare sudahla.Kalau sebelum ni Lee yang kena, kalini mereka pula baru nak merasa menghadap perangai sebenar gadis ini.
"Err.. habistu awak nak pergi mana?" soal Sufi hairan. Matanya sekejap dihala ke arah Yana sekejap dihala ke arah kawan-kawannya yang masih setia bersama untuk memikirkan tentang keadaan isteri sahabatnya itu.
"Urmm..dah kebetulan I memang dalam fasa honeymoon kan, apakata kita pergi jalan-jalan?" dia macam. Aku pandang kau. Kau pandang aku. Ha cenggitula situasi antara si Zyad dengan Qhalish ni sekarang. Yang si Rayyan memang duk memerhati je dari tadi dekat bangku sana. Cite dia, diorang ni konfius sebab kadang si Yana ni moodnya tak oke,, pastu tiba tiba oke dia macam- terkejut pun ada. Biasala orang-orang bujang yang dah selalu duduk sesama jantina ni memang cultural shockla bila sekali sekala nak kena hadap perangai perempuan yang selalu bertukar-tukar ni.
"Eh tapi, yang honeymoonnya awak dengan Tuan Firash, apa kena mengena dengan kitorang pula kan?"
Pakk! Tuudiaaa.Tak pasal-pasal membe kene setepek.
"Aww! Asal kau ni" marah Qhalish senada. Sudahla Zyad tiba-tiba sahaja pukul lengan dia.
"Kau kalau tak pernah bercinta sekalipun janganla nampak sangat obvious kebluran atau tak tahu tu." sambung Zyad lagi.
"Tak tahu apa? Bukannya aku ada salah cakap pun kan? Tuan Firash terang-terang suami dia, asal kita pulak nak kena gantikan tempat dia? Nak tukar title suami tu dekat aku pulak ke?" tak tahu kenapa tapi lepas apa yang Qhalish cakap tidak semena mena Zyad and the geng macam terpana seketika. It was like, kebijaksanaan apakah ini? Si Qhalish ni rasanya dulu diala budak paling top waktu belajar dalam akademi tau, tak sangka bila bukak cerita pasal orang dewasa ni dia punya tahap merapu raban tu jauh gila.
"Diam bongok, macam mana yang kau boleh terfikir sampai kesitu pulak ni. Dia ajak kita pergi jalan-jalan je bukannya nak suruh gantikan Firash bagai"
"Ye itu aku tahu, tapi honeymoon kan untuk suami dengan isteri je?" Zyad yang mendengar alasan Qhalish sudah mula ketawa sinis. Silap hari bulan kang dia pulak yang naik gila nak explain benda alah ni kat mamat sorang ni.
" Okay, kau dengar sini ea. Aku nak explain ni, tapi aku takkan ulang tau. Memang betul istilah honeymoon ni selalu digunakan bagi pasangan yang dah berkahwin, malahan pengisian konteks benda ni lebih tertuju kepada satu percutian dimana mereka which is the husband and wife will spend their time together atau lebih tepatnya satu fasa untuk mengeratkan hubungan each other. So, selalunya dalam fasa inila kau nak merasa pergi jalan- jalan, makan angin, merantau sana sini dengan pasangan hidup kau sebab selalunya this moment bukan selalu nak dapat merasa. "
" Jadinya?" punyala panjang si Zyad berleter, boleh dia cakap jadinya je?!!
' Fuh sabo Zyad sabo, member baru nak mula berjinak-jinak dengan alam dewasa memang akan makan masa sikit'
"Jadinya, apa yang Yana maksudkan adalah, dah alang - alang dalam fasa bercuti, apa salahnya kalau pergi jalan-jalan. Itu yang dia cuba sampaikan tadi sebab yela siapa lagi nak teman dia jalan-jalan kalau bukan kita?" dan akhirnya Qhalish mengangguk memahami. Itupun lama tau si Qhalish ni nak proses otak dia untuk faham benda ni. Padahal benda kecik je, tah macam mana dia boleh kembangkan soklan un aku tak tau.
🌹
Bunyi derapan tapak kaki bergema di sepanjang koridor sewaktu Firash dibawa ke sel tahanan sementara. Langkah demi langkah akhirnya, dua orang pegawai melepaskan dirinya sewaktu tiba betul-betul berhadapan dengan sel yang bakal menempatkan Firash di dalamnya.

YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomanceKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...