• B21 •

1K 38 0
                                    

Sekali lagi dokumen yang terletak di atas meja diselak satu persatu.Banyak juga modus operandi yang berjaya dilakukan oleh individu ini.Pen yang setia berada ditangan mencatit beberapa maklumat yang baru diperoleh berdasarkan laporan mingguan hari ini.

"Tuan" panggil seorang lelaki yang baru masuk ke dalam pejabatnya.

"Ha thaqif, dah jumpa bukti tu?" soal Firash kemudian dokumen itu ditutup dengn kemas.

"Sudah tuan.Tadi saya ada berhubung dengan ibu pejabat,katanya kes ni dah tutup dalam 10 tahun lepas.Tuan pasti nak buka semula kes ni?"tidak menunggu lama Firash mengangguk bersetuju.

"Aku tak rasa diorang minta untuk tutup kes ni semata mata nak menjaga nama baik institusi kita.Macam nila, semua bukti kau hantar masuk dalam satu folder nanti hantar dekat aku.Kalau boleh dalam masa terdekat ni benda ni dah settle."

"Baik tuan"

Sebaik tabik diberi, lelaki itu keluar daripada pejabat persendirian Firash.Telefon yang berada di atas meja aku capai.Tertera nama seseorang diatas panggilan yang sedang berdering.

'Cik Zahhar'

Air teh dihirup perlahan oleh lelaki yang berada dihujung usia.Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja dia diajak keluar untuk berbincang dengan salah seorang ahli keluarga bakal mertua.

"Kamu sihat? Keluarga kamu apa khabar?" soal seorang lelaki yang sedikit berusia.Persoalan ini pada awalnya membuatkan aku sedikit tersentak namun pada masa yang sama aku masih mengukir senyuman terhadapnya.

"Alhamdulillah sihat " balas Firash

"Baguslah, dah alang-alang ni acik ada benda nak tanya dekat kamu sikit."

Tanya apa tu? Nampak macam serius je rupanya.

"Ni pasal nana.Kamu betul-betul serius nak berumah tangga dengan dia? Acik bukannya apa tapi nana tu satu-satunya anak perempuan acik. Kalau kamu betul-betul serius, pakcik harap sangat kamu dapat jaga dan sayang dia dengan baik.Kami ni bukan orang senang Firash, jujur pakcik cakap. Keluarga kami memang ada nama tapi itu semua hanya sekadar simbolik legasi keluarga.Pakcik harap kamu faham ya? Risau kamu tak selesa pula dengan cara layanan dan permintaan adik beradik acik haritu." terserlah riak wajah sedikit kecewa Encik Zahhar apabila mengenang kejadian tempoh hari.

Sejujurnyala kan, pada mulanya aku agak kekok dan sedikit terkejut dengan cara yang diamalkan oleh keluarga ini.Terasa bagaikan langit dengan bumi pun ada.Ketara sangat bezanya! Nasib baik Puan Mastura dan Encik Zahhar turut ada untuk membantu aku.

Tiba tiba tangan kananku digenggam kemas oleh kedua dua belah tangan Encik Zahhar.

"Inshaallah sekiranya betul kamu ni jodoh dia, pakcik tak berat hati untuk serahkan dia pada kamu.Tolong jaga hati dan perasaan dia baik-baik ya?" pesan Encik Zahhar.

"Inshaallah pakcik.Izinkan saya pikul tanggungjawab dengan gelaran sebagai seorang suami kepada Ayana Naura." terukir senyuman dibibirku.Jikalau ini jalannya, akanku hadap walaupun apa jua masalah yang melanda.Semoga urusan kami dipermudahkan amin ya rab.

Gila gila gila!

Sumpah aku dah buat kerja gila!Urgh!

Kepala dihempas ke arah bantal sambil tangan menumbuk numbuk katil dengan kuat.Apa aku dah buat ni?! Kenapa aku rasa lately ni aku makin tak betul?

Ya Allah Ayana Naura sayang, apa benda kau dah buat ni.Telefon yang berada ditangan aku kerling buat kali keseratus lima puluh-

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now