Ayana pov
Perlahan- lahan mata cuba dicelik kecil.Sepertinya aku sedang berada di dalam dimensi yang lain pun ada.Kemudian kedua dua mataku pula cuba mengecam kawasan sekeliling.
'Aku dekat mana ni'desisku di dalam hati sambil tubuh cuba untuk bangun daripada pembaringan.
"Arh.." sakitnya kepala.Tanganku naik meraba raba dikawasan kepala.
'Eh? Apa ni? Mana tudung aku?'
"kau dah bangun?" soal seorang lelaki yang baru masuk ke dalam bilik ini selepas berbual dengan seorang..er..doktor?
"You siapa? I ada dekat mana ni?"soalku gelabah.Sudahla lelaki lepastu boleh pula dia datang berdiri betul betul disebelah katil ni.
"Jangan risau, aku dah suruh doktor tu coverkan bahagian leher kau, kebetulan kepala kau yang cedera teruk" tutur lelaki itu selamba apabila perasan akan tingkah laku aku yang seolah olah cuba nak cover bahagian kepala sedangkan sudah berbalut habis.
"You tak jawab lagi soalan I"
"Perlu ke?"
Wait.Ofkos la perlu! Dahla aku tak kenal tempat ni, nak kata hospital bukan jugak.
"Apa you cakap ni? Mestila I kena tahu ! You memang dari dulu nak culik I kan sebenarnya?" lelaki itu terkejut kemudian menghamburkan tawa.
"Culik? Hey, dengar sini ea. Bila masa pulak aku ni kenal kau? Hello, tah tah kau yang tengah skodeng aku kan? Sebab tu boleh ada dalam kereta aku, betul tak?" luarannya Firash seolah sengaja mengugut gadis itu tetapi dalamannya dia tidak rasa gadis ini ada niat yang tidak baik.Melihat keadaan dia dalam kereta malam tadi pun sudah boleh buktikan yang budak ini dianiaya.
skodeng?! Eyy tak kuasala aku nak skodeng skodeng orang ni!
"Mana ada! Arh-" aduh,jerit kuat kuat pun sakit ke.Kepala belakangku digosok gosok perlahan.Lelaki itu tampak sedang gelakkan aku kemudian kembali serius semula dengan berdehem beberapa kali.
"Rehat elok-elok.Aku balik nanti aku sambung soal siasat.Ouhni by the way, telekung aku dah sediakan dekat atas kerusi tu.Jangan lupa solat subuh nanti.Satu lagi, jangan pernah berani nak keluar daripada rumah ni tanpa izin aku"tutur lelaki itu kemudian keluar daripada bilik.Aku jadi terpana jap tiba-tiba.
'Solat subuh? Sekarang pukul berapa'
Jam yang elok tergantung di dinding aku kerling.
3.00 pagi
Pintu bilik yang ditutup sebentar tadi aku kerling seketika.
'Siapa dia? Kalau nak kata dia yang culik aku takkan sampai boleh rawat aku siap pesan suruh solat lagi' Ini gengster lelaki kiriman tuhan ke? aku menggeleng kepala perlahan.
'Tak Yana tak.Dia tetap lelaki.Lelaki tak lelaki aku kena behave.Mungkin buat sementara waktu aku tak boleh kemana mana tapi lepas je aku pulih, aku kena keluar dari sini!'
✿
"Uit" terkejut Firash apabila bahunya tiba tiba disentuh oleh seseorang.
"Eh, Yad..terkejut aku" Zyad tawa perlahan kemudian dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Firash.
"Awal pulak kau datang masjid pagi ni" kata Zyad sambil bahu rakannya itu dipicit picit.
"Tade ah. Saje nak mengaji sekejap pagi ni sebelum solat jemaah" balas Firash kemudian Al Quran yang berada padanya ditutup dan dikucup lalu diletak di atas rak.
"Kau okay tak ni? Nampak mengantuk je ni? Cuti semalam kau tak recover betul betul ke?" Firash tersengih sendirian kemudian kepalanya yang tidak gatal digaru.
"Err, aku ada hal sikit.Tu tak cukup tidur" tutur Firash bertapis.Sebenarnya dia langsung tak boleh lena selagi gadis asing itu tidak sedarkan diri.Itupun dia tidur sekejap di dalam kereta.Lepasni nak taknak dia perlu cari tempat lain untuk tidur.Mau sakit belakang kalau hari- hari tidur dalam kereta.
"Ooooo, sian kawan aku ni ye" aku menggeleng tanda aku okay.Macamla tak biasa tidur lewat.
Selang beberapa detik, azan subuh mula berkumandang.Laju sahaja Firash serta Zyad bangun untuk solat diruangan saf yang pertama.
Selesai menunaikan solat Subuh, telekung ditanggalkan kemudian dilipat dengan kemas.Ayana termenung duduk menekur di atas sejadah seketika.
'Kenapa aku boleh tak rasa risau ea? Sedangkan aku ada di tempat yang asing kot. Ke sebab dia selamatkan aku? Eh tapi macam pelik je.Kenapa dia yang bawa aku sampai sini pulak?Tak boleh ni Yana, aku kena keluar jugak daripada sini' keluhan kecil terbit juga dibibir. Lepas kena pukul aku makin jadi tak betul pulak.
Tudung bawal yang terletak elok di atas sofa kecil Yana capai lalu disarung.Pintu bilik turut dibuka kecil kemudian kepalanya disembul untuk mengintai sekeliling.
'Ok nice dia tak ada kan?'
Perlahan lahan kaki berjalan menuju ke pintu utama namun malangnya boleh pula pagar pintu itu berkunci.
'Aish tak boleh jadi ni' dia cuba mencari jalan lain.Habis semua langsir diselak sehinggala dia perasan ada sliding door yang tidak berpagar di ruangan antara ruang tamu dengan meja makan.
Perlahan lahan kunci sliding door itu dibuka kemudian kakinya menapak keluar tanpa sebarang selipar.Pagar utama rumah dituju tanpa ragu ragu dan akhirnya dia berjaya memboloskan diri melalui pintu kecil yang ada pada pagar itu sendiri.
'Nak lari ke mana? Ah tak kisahlah, janji aku kena dapatkan bantuan!'
✿
Sedang para jemaah berunsur pulang daripada masjid, terlihat beberapa pegawai masih berkumpul di tapak parking kereta.Sepertinya sedang berbincang tentang sesuatu yang agak mustahak.
"Saya ada dapat laporan baru" kata seorang mejar yang berada pada pertengahan usia itu kepada beberapa pegawai yang turut setia untuk mendengar.Mungkin hebahan kes kali ini belum tersebar kepada ahli pegawai yang lain.
"Laporan apa tu tuan?"soal Zyad yang baru tiba bersama Firash.
"Jabatan keselamatan ada detect kes pencerobohan orang asing keluar masuk ke dalam camp secara sembunyi.Tapi saya tak pasti perkara ini akan melibatkan segelintir atau semua pihak untuk mengambil tindakan.Mungkin sekejap lagi dia akan announce,harap ambil cakna ya semua.Orang zaman sekarang licik dengan tipu helah masing-masing"pesan mejar Izzat sambil memasukkan semula telefonnya ke dalam kocek baju melayunya.
Sebaik sahaja mendengar laporan itu, jiwa Firash seolah tersentak.Terus tubuhnya tiba tiba terasa kaku kemudian otaknya pula ligat memikirkan sesuatu.
' jangan cakap budak prempuan tu-'
laju Firash menggeleng kepala menidakkan.Dia perlu segera pulang ke rumahnya untuk memeriksa kehadiran gadis itu ada di rumahnya.
"Attention to all Delta Force army, we have received reports of mysterious individuals in the designated area.To ensure the security and safety of the area, a thorough inspection is scheduled.Your immediate attention to this matter is crucial.Stay vigilant and be prepared.Over" seperti yang dimaklumkan, walkie talkie yang berada disisi berbunyi menerima arahan daripada pihak atasan.
' Code Delta, dah sah sah kawasan aku!' rengus Firash kemudian kakinya berlari menuju ke arah keretanya.
✿

YOU ARE READING
LEFTENAN SPECIAL FORCES
RomansaKebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar. Kisah ini dibawa di...