Kebetulan atau salah dirinya?
Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict sama ada dikenakan sesama barisan para pegawai mahupun keterlibatan orang luar.
Kisah ini dibawa di...
Yana memegang erat stereng kereta, matanya pula difokuskan pada jalan dihadapan. Degupan jantungnya masih belum reda dengan kejadian sebentar tadi serta keputusan yang diambil untuk meneruskan pemanduan walaupun hakikatnya Firash sudah menegaskan untuk mengekori dia dari belakang.
Sewaktu berada di simpang empat jalan raya,dari sudut matanya, terlihat sebuah kereta yang sangat familiar baginya.
' TW 11? Kenapa aku macam pernah nampak nombor plat kereta ni je. Apa yang kereta ni buat dekat sini?'
Rasa tidak sedap hati mula menjalar ke seluruh tubuhnya.Dia cuba menenangkan dirinya, menganggap mungkin ini cuma kebetulan tetapi naluri membisikkan sebaliknya. Yana memilih untuk menunggu dengan sabar berharap kereta dihadapan itu tidak masuk simpang yang dia baru hendak keluar. Bukannya apa, simpang masuk ke sini memang dah tak ada kemana-mana selain pergi ke kawasan bangunan separa siap tadi.
Namun, hatinya terusik saat kereta itu bergerak ke arah yang sama seperti tanggapannya . Sempat dirinya menoleh sekilas kearah kereta itu.
' Sah! Dulu aku selalu nampak kereta ni berulang-alik dari office mama ayah. Tapi..'
Kepala digeleng menidakkan. Otaknya pula cuba memproses untuk memikir perkara yang positif sahaja, tak elok bertanggapan buruk dekat orang lain.
Sekilas pemanduan sedang diteruskan, dia ternampak Firash pada cermin pandang belakang. Lampu motorbikenya berkelip seolah- olah sedang memberi isyarat. Kemudian aku lihat pada cermin sisi kereta , terdapat satu kereta sedang mengekori rapat Firash dari jauh. Tanpa menunggu lama, Yana membuat keputusan menekan pedal minyak untuk memandu pada kelajuan separa tinggi.
' Tak dapat aku nafikan , tapi Firash sangat cekap kalau bab pengintipan macam ni. Nak pula dekat area macam ni, lagila dia lebih berhati-hati'
Sebaik berada di penghujung jalan, telefonnya tiba tiba berdering meminta untuk diangkat. Nak pula nama Firash terpampang di skrin lagi membuatkan hatinya berdebar. Button hijau ditekan kemudian telefon itu dirapatkan pada sebelah kanan telinga.
" Yana, dengar sini. Aku nak kau drive, terus balik rumah sekarang. Kejap lagi Lee akan follow kau sampai ke rumah. This time please listen to my command could you?" Yana terdiam sejenak.
' Kalau Lee pergi dengan aku habistu Firash macam mana pula nanti ? '
" Ayana Naura! Kau dengar tak ni? "
" Dengar! Dengar! I..i dengar fir tapi-"
" Not this time Yana " sejurus itu panggilan dimatikan oleh si dia.
" Ya Allah Firash Aayden kerja gila apa lagi yang dia nak buat ni" keluh Yana perlahan. Malas nak berfikir punya pasal baik aku ikut je arahan dia.
🌷
Genggaman pada handle motorbike dieratkan.Tajam anak mata Firash memerhati kereta yang semakin rapat di belakangnya.
' Kenapa aku boleh tak perasan kereta ni follow dari tadi '
Pelik, rasanya aku sudah minta Lee untuk maklumkan awal jika ada kehadiran kereta yang tidak dikenali daripada sebelum aku bertolak lagi. Macam mana boleh terlepas sekor dua ni.
Tanpa membuang masa, aku memecut laju diantara kereta - kereta yang masih berselerak di jalan raya.Nak lawan balik pun tiada guna, hanya menambahkan kes kemalangan jalan raya sahaja nanti. Habis semua ruang kosong aku cilok untuk membataskan pergerakan pihak musuh.
Usai menyelinap ke arah salah sebuah simpang yang agak tajam , dengan pantas aku memusingkan handle motorbike ke arah kanan bagi membuat pusingan U yang agak mengejut . Tidak semena-mena kereta itu terpaksa mengambil tindakan untuk brek mengejut malah rasanya macam hampir terbabas juga tu.Bibirku mengukir senyuman sinis , salah orangla kalau kau cuba nak cari pasal bro.
Tanpa menoleh ke belakang, gear motor ditukar kemudian kelajuan motor turut ditambah melalui jalan lama yang agak berliku.
" I taknak balik " protes Yana sebaik sahaja dia berjaya keluar daripada kawasan tadi. Nak dijadikan kebetulan rupa-rupanya Lee memang sudah tunggu dia dekat depan lagi untuk bawak balik budak ni. Tapi itulah, budak kan? Bila je nak dengar orang tua-tua bercakap.
" Tak boleh macam tu cik Yana , Tuan Firash sendiri yang amanahkan saya untuk hantar Cik Yana balik dengan selamat ." Jelas pegawai yang bernama Lee itu.
" Ya saya tahu, tapi kalau apa-apa jadi dekat Firash tu macam mana? Dahla baru lepas kena culik, lepastu paksa saya balik semata-mata nak jaga keselamatan saya habistu dia? Kalau dia kena tangkap lagi macam mana?" bebel Yana tidak puas hati.
Selang mendengar bebelan daripada isteri sahabat baiknya ini baru Lee seolah-olah perasan sesuatu.Culik? Kenapa lain macam aje bunyinya.
" Tuan Firash kena culik?"
" Ye awaknya, sebab tu I tengah risau sekarang ni"
Habis terhambur tawa seorang jejaka itu dibuatnya.Alahaii, yanaa yanaa entah apala yang Firash ni dah buat dekat dia sampai jadi macam ni.
" Kenapa you gelak? You ingat i main-main ea?"
" Saya rasa cik Yana dah salah faham ni" kepalanya yang tidak gatal digaru. Macam mana ea nak explain dekat budak ni.
"Apa maksud you?"
" Err itu.. bukan bawah bidang kuasa saya. Saya rasa elok lagi kalau cik Yana sendiri yang tanya Tuan Firash pasal benda tu. Kita balik dulu ya? Lagipun dah lewat sangat dah ni" aduh pening kepala Lee dibuatnya. Payoh jugak nak melayan perangai perempuan ni ye kadang-kadang.
"Taknakklaa I nak tunggu Firash balik dulu" lagi sekali, dia dah mula merengek macam budak budak nak jumpa mak ayah.
Akhirnya Lee mengambil keputusan untuk mendail nombor telefon Firash. Apa nak jadi, jadila. Dia ingatkan amanah yang diberi oleh Firash ini tidakla susah mana, hanya setakat teman dia balik rumah je. Sekali lagi payah daripada nak menghalau lanun asing keluar mat.
Soo heree the updatee hehe 🫶🏻 maaf" lambat Ouh by the way, i baru je ada bukak acc tiktok utk promote my story like thatlaa,,kononnyaa and adalaa satu video yg i editt nnti bole tgk dekat sini,, kalau i rajin i buatla video lagi eaa,,atau i nak bagi spoiler ke ha tgkla cane HAHAHA .
@werewolfrosie Haa search jee ni punya acc,, tenkiuuuuu
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.