• B7 : HELP •

1.4K 51 1
                                    

Satu cawan air suam dihulur kepada Yana. Kesian pula tengok budak ni.Punyala trauma sebab effect kena pukul sebelum ni, habis tersedu sedan jadinya waktu aku nak masuk rumah tadi.

"Nah, minum ni" arah Firash lalu tubuhnya duduk berhadapan dengan Yana yang masih tidak berhenti daripada selit tangisnya.

"Arhh!-"

"Eh Yana! Aku ni!" gertak Firash malah tangannya sempat menahan kayu besbol yang dihayun kearahnya.

"Y..you.." menyedari akan keterlanjuran perbuatan itu, dengan pantas Yana menjatuhkan kayu besbol itu ke bawah.Semakin dia lihat wajah Firash yang agak terkejut, semakin itulah air matanya seperti galak menitis membasahi pipi tanpa henti diselangi dengan esakan yang tidak berkesudahan.

"You..tsk..I takut.." esakan demi esakan terpacul dihujung bibir.Apa salah dirinya? Kenapa dia dibelenggu dengan perasaan gerun dan risau sejak menetap di sini. Tolongla, dia nak balik.

Tidak menunggu lama Firash terus menekan button torchlight pada telefon pintarnya lalu bergerak menuju ke kotak suis utama elektrik yang berada berdekatan dengan ruang tamu.

Sebaik sahaja satu suis ditolak ke atas, semua bekalan elektrik kembali dijana seperti sediakala dan tatkala itula dia baru perasan akan kecederaan yang dialami oleh Yana.

"Sini tangan kau" tutur Firash lembut sambil tangannya turut disediakan untuk menyambut hulurannya.Dont worry, dia dah pakai satu set gloves macam jururawat pon ada ye.

Tanpa berlengah Yana hanya menuruti.Tangannya dihulur walaupun darahnya masih tidak berhenti mengalir daripada tadi.

Pergelangan Yana didaratkan di atas penahan sofa kemudian beberapa kapas yang sudah dibasahkan dengan cecair alkohol disapu membersihkan luka.

"Sst..sakit" adu Yana sambil tangannya tertarik sedikit.

"Sorry, tapi tangan kau kena duduk diam-diam.Besar luka kau ni.." kata Firash senada lalu menarik semula pergelangan Yana dengan berhati-hati  ke tempat asal.

Jika dilihat secara kasar nampak seperti ada belahan pada tangan dia ni, kalau nak elakkan jangkitan kuman dan pendarahan berterusan dia perlu menjahit luka ni.Barula boleh dibalut dengan barang tambahan yang lain.

"Hey budak"panggil Firash selamba.

"Hurm?"

"Kau percaya aku tak?"

"Kenapa you tanya.." ragu-ragu Yana jadinya.Kenapa pula pakcik ni tiba tiba tanya soalan macam tu.

"Luka kau perlu dijahit.Since kita nak kurangkan kau dikenali oleh orang ramai dekat kawasan sini, aku terpaksa buat benda ni sendiri.Tapi jangan risau, aku ada lulusan dalam bab merawat dan menjahit untuk kecederaan ringan macam ni"

"J..jahit.."laju kepala Yana digeleng menidakkan cadangan itu.

"Jangan risau aku ada ubat bius, boleh kurangkan rasa sakit sementara aku nak jahit tangan kau ni"sambung Firash lagi.

"Taknak..tsk.." Firash mengeluh kecil.Menangis lagi budak ni alahai.

"Aku tak janji tapi aku try jahit supaya kau tak rasa sakit, okay? Trust me, rasa sakit dia sekejap je, boleh ea? Kalau aku bawak kau pergi klinik nanti lagi kasar dia buat macam mana? Aku cakap berdasarkan pengalaman. Doktor kat sini tak sama dengan doktor swasta dekat luar sana"

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now