• B 49 •

377 19 1
                                    

Tingkap kereta diturunkan sedikit sambil mata melirik ke arah seorang figura yang sedang fokus menurunkan barang daripada dalam kereta.

"Tuan nak saya ambil dia sekarang ke?" aju seorang pembantu lelaki itu.

"Nanti, kau pasti Spartan tak ada dekat dalam tu?" soalan Edward dibalas dengan anggukan. Sudah terlalu lama! Lama untuk dia menunggu habuan sampai sendiri pada tangannya. Nampaknya memang dia sendiri perlu bertindak, sudahla dia hampir ditangkap sebelum ni. Nasib baik terselamat, kalau tak naye je penantian dia selama berbulan ni.

"Pengsankan budak tu, jangan dibelasah pulak. Makanan aku tu" arahan dicakna dengan baik oleh orang suruhannya. Perlahan-lahan bibir yang agak gelap itu mengukir senyuman sinis.

" Habis pun" keluh yana kecil. Plastik kecil yang berada ditangannya hanya tinggal plastik ubat-ubatan bersama sehelai kertas result scan tadi. Tak sangka bila dah ada dalam situasi macam ni, nak angkat barang banyak pun dah penat semacam.

Kertas bergambar hitam putih itu aku keluarkan lalu ditenung sekejap. Dari tadi sebenarnya aku masih tak boleh move on daripada benda ni. Rasa teruja dia serius lain macam we.

"Macam mana aku nak bagitahu Firash ea? Urmm, patut ke aku buat surprise? Tapi, macam mana pulak. Aku ni dahla tak reti nak surprisekan orang" haih, selain fikir nak makan apa, nak decide method nak bagitahu pun susah ke? Sedang aku leka, tiba-tiba suara orang memberi salam daripada luar menyentakkan aku.

"Assalamualaikum" entah kenapa aku terasa bahuku disentuh perlahan.

"Waalaikumussalam!" Terkejut aku dibuatnya! Sebaik aku pusing terus aku perasan ada figura lelaki sasa berdiri betul betul dibelakang aku. Terkelip kelip mata aku jadinya apabila melihat gerangan si dia. Terkedu, terkesima terpempan semua ada!

"Sayang buat apa kat luar ni?" soal Firash hairan. Takkan isterinya ada keluar rumah pula? Tak ada pulak dia beritahu tadi.

"Saya..err saya.." sebelum Firash perasan, dengan pantas result scan tadi disembunyikan dibelakang badan. Sejak bila pula si Firash ni balik? Tak dengar bunyi kereta pun. Buat terkejut dia je tadi.

Tak sekarang ni en, Firash tengok aku pastu aku tengok dia balik. Aduhh apa aku nak cakap ni.

"T..tak..tak ada apa apa! Hehe err jom masuk?" bibir tersenyum nipis sambil tangan laju merangkul lengan Firash untuk bawa dia masuk ke dalam rumah. Lagi lama kat luar tu kang ada yang perasan nanti, tak pasal pasal dah tak jadi surprise.

"Awalnya abang balik? Lee mana? Saya tak nampak pun" soalku untuk menukar topik tadi.

"Dia ada hal kat tempat lain kejap, tu yang dia hantar abang balik dulu"

'Ouhh macam tu ke. Faham faham. '

"Abang ada craving apa-apa tak? Kalau ada saya boleh masakkan. Mesti abang lapar kan?"tersengih Firash sebaik Yana bertanya macam tu. Dia macam, terkejut sikit pun ada.

"Sayang nak masakkan untuk abang ke?"

"Laa mestila, habistu untuk siapa lagi? Takkan Lee pulak" aii Firash ni, jangan buat-buat taktahu pula. Mana ada orang lain kat rumah ni selain dia.

"Takdela, sebelum ni pun selalunya abang yang masakkan. Ni tiba-tiba sayang yang tawarkan diri untuk memasak ni macam lain pulak bunyinya. Ada apa-apa ke?"

Ha sudahhh. Apa yang cepat sangat Firash ni boleh expect ni. Aduhh payahla gini.

"M..mana ada! Abang ni kesitu pulak difikirnya. Saya cuma nak masakkan abang je sebab dah lama abang tak rasa air tangan saya kan?"

'Bukan taknak rasa tapi risau dapur tu meletup je japgi kalau bini dia ni yang take over' desis Firash dalam hati.

"Okay okay. Sayang boleh masak tapi-"

"Aik.. kena ada tapi jugak ke?" Laju sahaja Firash angguk mengiyakan persoalan aku.

"Ofcourse"

"Apa dia? Cakapla cepat"

"Sayang boleh masak tapi di bawah pemantauan abang. Boleh?" Humm dia macammm

"Awak tak percaya saya ea?" ajuku lagi. Kedua dua tanganku tanpa segan silu terus zzup! naik berpeluk tubuh sambil bibir dicebik tidak puas hati.

"Sebab abang percayala abang nak pantau sayang masak." Ni ayat nak perli ke nak cover weakness side aku ni?

"Okay fine. Tapi tengok je ea. Takmau usik usik masakan saya selagi tak siap" thumbs up diberi sekilas. Ada ada sahaja isteri dia ni.

Sementara Yana fokus mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak, telefon bimbit milik Firash berdering meminta diangkat. Ruangan dapur ditinggal seketika olehnya.

"Helo"

" Dia ada tinggalkan pesanan untuk kau, aku nak kena make sure diorang betul-betul dah jauh dri sini dulu. Nanti dh clear aku balik semula" ringkas sahaja pesanan yg diberikan oleh Lee sebelum talian ditamatkan.

maaf dh lama tak update😞😭

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now