• B4 : FES •

1.7K 62 2
                                    

PAK!

" Aish patutnya aku lari je ikut kereta peronda tu tadi" habis meja makan itu dihentak kemudian Yana menekup wajahnya dengan kedua dua belah tangannya.Menyesal mungkin.

Firash yang baru tiba bersama sedulang makanan yang dimasak sendiri olehnya diletakkan di atas meja.Tanpa disuruh lelaki itu turut melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Yana yang masih terpana dengan tindakannya.

"Makan" arah Firash selamba sambil sudu diketuk ketuk pada pinggan yang terisi dengan nasi.Nak alih perhatian Yana je sebenarnya sebab dari tadi dia memang perasan budak perempuan ni banyak termenung lepas balik tadi.

"You tak risau ke?" soal Yana secara tiba tiba.

"Risau? Untuk apa?" kening Firash bertaut seketika.Orang suruh makan dia ajak berbincang pula.

Dulang makanan itu Yana tolak sedikit ketepi kemudian kerusi digerakkan kehadapan merapati meja makan.Jari telunjuk Yana digerakkan seolah memberi isyarat supaya Firash turut gerakkan kerusi kehadapan supaya perbualan mereka tidak mudah untuk didengari oleh orang lain.Padahal diorang berdua je yang ada dekat sini.LoL.

"Kalau you nak tahu I ni bukan orang biasa-biasa tau" tutur Ayana sedikit berlagak sambil mengharapkan reaksi daripada lelaki dihadapannya.Namun hampeh, Firash tetap mengekalkan wajah bekunya seolah tiada apa apa yang perlu dikejutkan.

"Ehem, maksud I..I ni datang daripada keluarga berada tau.Atau lagi senang nak faham I ni orang kaya.Semua kaum kerabat kenal I "

" Correction, your family yang kaya" bukannya Firash tidak tahu, status pelajar seperti gadis ini memang bergantung sepenuhnya pada family.Bila pulaknya budak ni ada masa nak bekerja menjadi kaya raya.Dia dulu pun pernah jadi student la ofkos dia tahu.

"Okay whatever. So you tak risau ke kalau diorang dapat tahu yang I hilang ataupun I diculik oleh orang asing macam you?"

Sekali lagi, Firash hanya memberi reaksi yang sama.Lelaki ni tak ada perasaan ke?! Sungguh mencabar keimanan aku ye.

"Bukan setakat family I, kaum kerabat I? Business partner family I? Itu belum cerita cable family I dengan kerabat diraja. You tak risau ke if they notice yang I hilang sebab I dibawa ke sini?" soal Ayana bersungguh.

"Then, aku akan pastikan diorang takkan tahu tentang ni"

"Apa?"

"Tak ada sesiapa pun yang boleh tahu yang kau ada dekat sini" balas Firash lagi.

"Apa maksud you? You nak jauhkan diri daripada I atau you cuba nak hapuskan I sebelum semua orang tahu pasal benda ni?"

"Mungkin.Itu dah memang termasuk dalam salah satu pilihan yang aku ada" selamba Firash berkata.

Ayana pula sudah meneguk liur.Tidak! Dia tidak boleh mati dalam keadaan macam ni.Final exam pun belum hadap lagi.

"Ahahaha! you must be joking on me"tawa Ayana sengaja namun tawanya kian perlahan apabila Firash merenungnya dengan wajah yang serius.Okay nampaknya bukan masa yang sesuai untuk gelak.

"Ehem! Okay listen. I think you dah salah faham ni.Okay katala I bagi you contoh. Ada satu situasi dimana seorang lelaki biasa biasa datang membantu seorang perempuan yang cedera dekat kaki macam I  ni and you rasa apa yang perempuan tu akan buat?"

Noh, dia buat lagi muka strict dia tu.

"Ofcoursela dia akan bayar semula hutang budi dia dekat lelaki tu sebab dah tolong dia" jelas Yana tanpa ragu ragu.

"Apa benda yang kau merepek ni?"pening Firash jadinya.Makin lama makin merapu budak ni bercakap.Kejap itu, kejap ini.

"Okay sebenarnya I agak keberatan nak cakap benda ni-"

"Then shut your mouth and eat that food.Sejuk makanan tu nanti, lepastu kalau dah tak sedap kau merungut pulak" Yana menghentak meja perlahan sambil kepalanya digeleng perlahan.

"Tolong I? Bawak I keluar daripada sini? Boleh? I merayu sangat, dahla I ada final exam lagi beberapa minggu.Pleasee" rayunya sambil kedua dua tangan dicantumkan.

"Aku dah cakap kan tak boleh."

"I janji I akan bayar semula dekat you if you are willing to help me.Pleaseeeeee"

"Tak boleh. Area tu tak boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja dalam tempoh beberapa minggu ni." penjelasan Firash akhirnya membuatkan Yana terpaksa mengalah.Nampaknya dia terpaksa tinggal di sini buat sementara waktu.Puas dia berkias dan memujuk lelaki ni namun satu apa pun tak jalan.

Sedang itu, terdengar salam diberi daripada luar pagar rumah.Firash yang terdengar terus berjalan keluar daripada sliding door yang setia terbuka kemudian menuju ke arah pagar utama rumahnya.Pintu kecil yang terdapat pada pagar itu dibuka tanpa ragu ragu.

"Bro! Kau dah dengar berita baru tu?"
tanya Zyad sedikit teruja.

"Berita apa?"

"Kau tak payah risau dah pasal penceroboh tu sebab beberapa pegawai Code Alpha dah jumpa dia ditemui mati dekat kawasan diorang tadi"terang Zyad lega.

Dahi Firash berkerut seketika.Mati?Eh sekejap, tapi gadis itu ada je dekat rumah dia ni, siapa pulak yang mati? Ada penceroboh lain jugak ke dekat dalam camp ni?

"Ouhni aku ada tertinggal barang dekat rumah kau haritu.Aku pergi amik kejap eh?" tanpa kebenaran laju sahaja Zyad masuk ke dalam kawasan rumah Firash.

Firash yang perasan akan keberadaan gadis itu terus berlari menuju ke arah Zyad yang berjalan terlebih dulu mendahuluinya.

"Fuh legaa rasanya lepas penceroboh tu dah ditembak mati.Takdela sakit kepala nak fikir mana nak cari penceroboh yang sesuka hati mak bapak dia je masuk dalam kawasan kita ni." tutur Zyad selamba sambil membuka kasut bootnya diantara sliding door yang sudah terbuka.

"Kau tak rasa lega ke weh? Elok patutnya kita ada kerja terus settle gara gara budak budak Alpha dah buat kerja" soal Zyad kepada Firash yang baru tiba dihadapnnya.

Namun, Firash hanya mengunci mulut kemudian dia duduk di atas kerusi yang elok tersedia di laman rumahnya sambil memerhati objek yang berada di belakang rakannya.

"Lega? Apa maksud you lega lepas dah membunuh orang yang tak bersalah?" tiba tiba muncul suara seorang perempuan yang agak tidak familiar dengan Zyad.

"Astaghfirullah!" habis terkejut beruk Zyad dibuatnya apabila melihat seorang perempuan berada di dalam rumah sahabtnya.Tidak pernah dibuat orang mat.

Ayana yang melihat aksi terkejut Zyad tersenyum sinis sambil tangannya berpeluk tubuh.

"Seronok? Dapat bunuh orang? Orang yang masih belum dibunuh pulak ni macam mana?" soal Yana sambil jari telunjuk runcingnya menghala ke arah dirinya sendiri.

Firash pula? Dia sendiri sudah menggeleng kepala tidak tahu mahu memberi reaksi apa pula kali ini.Tidak pasal pasal sahabtnya tahu juga pasal benda ni.

"W..weh..siapa pulak pompuan ni? Jangan cakap penceroboh tu hidup balik?!" laju Zyad berlari bersembunyi di belakang Firash.

"Penceroboh? Hey mulut tu elok sikit ea. Kawan you ni yang bawak I masuk sini, bukannya I sengaja pun datang sini."

Ha begitula pergelingkahan antara Ayana dan juga Zyad yang langsung tidak akan habis.Lepasni entah apa pula yang akan jadi,dia pun tidak tahu.

LEFTENAN SPECIAL FORCESWhere stories live. Discover now