PROLOG

650 7 0
                                    

SEDANG leka aku bermain telefon, tiba-tiba mata aku tertarik pada sesuatu yang lain. Cahaya lampu dapur yang menyusup masuk melalui celahan di bawah pintu. Itu yang mengalihkan perhatian aku. Tapi, bukan cahaya itu semata. Ada bayangan kaki yang seakan sedang mundar-mandir di sebalik pintu. Sabar dulu. Ini bukan cerita hantu! Kot. Mana la tahu tiba-tiba penulis nak selitkan unsur seram.

Aku mematikan fon. Gelap. Ruangan bilik yang tadi hanya diterangi cahaya paparan skrin telefon kini menjadi gelap. Kalau ada cahaya pun hanyalah dari celahan bawah pintu bilik yang sedang terkunci.

Telefon aku letakkan perlahan-lahan ke atas meja di sebelah katil bujang. Orang panggil meja tidur ke? Aku tak pasti kenapa aku lakukannya dengan perlahan. Aku turun daripada katil bujang tanpa mengeluarkan sebarang bunyi pun. Dalam fikiran aku cuma mahu mengetahui kelibat di sebalik pintu itu. Aku tak tahu kenapa. Macam dalam movie seram, lagi seram benda tu lagi dia nak pergi tengok. Bodoh ke? Tapi, sekarang aku di posisi itu. Korang takkan faham lah rasa ingin tahu yang meluap-luap dalam fikiran aku ni.

Aku memulas tombol pintu perlahan-lahan.

Klik. Tombol pintu berbunyi. Pintu terbuka.

Sebuah figura yang bersaiz purata orang dewasa kelihatan.

Oh mamat ni. Aku tak suka dia ni.

Disebabkan saiz aku yang hanyalah purata saiz kanak-kanak 12 tahun, terpaksa lah aku mendongak ke atas untuk melihat dia. Tipu je. Aku lebih pendek daripada saiz purata budak umur aku. Ye, aku pendek tapi comel. Kau apa tau?

Berbalik pada mamat tadi, aku memandang dia bersahaja. Kau tanya kenapa aku tak suka dia? Mana taknya, sepanjang 3 hari di kampung ni, dia tak pernah tegur aku. Bukan tegur je, pandang pun tak mahu. Okay lah kalau dia tak suka aku sorang je, tapi tak! Dengan semua budak-budak dia tak tegur. Bila aku mengadu pada ibu ayah, diorang cakap dia memang macam tu. Diorang pun tak galakkan aku untuk kenal dia. Entah kenapa.

Tiba-tiba, mamat tu hulurkan sekeping sampul pada aku. Aku terpinga-pinga. Huh?

"Apa ni?" Soal aku. Mata merenung sampul. Soalan bodoh aku berikan. Raya.. sampul.. kau fikir apa? Taik burung ke?

"Duit raya Arif." Balas mamat tu.

Aku melihat wajah mamat tu semula. Wajahnya tampak sedikit lain daripada waktu lain aku lihat dia. Mata dia penuh dengan kisah sendiri. Banyak suka dan duka, itu aku pasti. Cewah, padahal baru 12 tahun.

"Ambillah." Lembut je mamat tu berbicara. Malam ini kali pertama aku dengar suaranya. Setelah 3 hari di kampung. Senang cerita, kali pertama aku dengar suara dia sejak kenal dan tahu kewujudan dia.

Nak tak nak, sebab suara mamat tu yang lembut dan kedengaran memujuk, aku ambil sampul tu. Mamat tu kemudiannya berlalu pergi. Aku sempat melihat senyuman yang tersungging dibibirnya sewaktu dia berlalu pergi.

Dah itu je? Dia datang nak bagi duit je?

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Gatal sikit la sebenarnya. Aku masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci. Sampul di letakkan atas meja tidur. Tak pasti betul tak nama dia, tapi memandangkan ni pov aku, suka hati aku lah kan?

Aku melabuhkan tubuh ke katil bujang. Kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala. Aku memikirkan apa yang terjadi tadi. Wajah dia. Suara dia. Senyuman dia. Tak pasti kenapa, tapi itu yang sedang aku fikirkan.

Tentang dia.

Pak Long.

PakLong Where stories live. Discover now