DU-A • PU-LUH • E-NAM

120 6 2
                                    

"OKAY, murid-murid. Waktu saya dah habis. Awak semua boleh masuk kelas. Pastikan tak ada yang lambat. Nanti Cikgu Mariam marah saya pula." Pesan Cikgu Khair selaku guru subjek Pendidikan Jasmani kami.

Aku dan rakan-rakan sekelas berdiri setelah lama duduk berehat kerana keletihan selepas bermain bola. Kami semua berjalan bergerak menuju ke kelas.

Raub dan Taufiq mendekati aku semasa kami berjalan ke kelas.

"Sekarang darjah 1, 2, 3, 4 tengah rehat." Ujar Taufiq kepada aku. Aku tahu kenapa dia bagitahu aku.

"Tadi aku buat-buat pergi tandas dan nampak adik kau tu kena panggil dengan Cikgu Isa."

Raub pula menambah.

"Kau kata kau nak follow adik kau tu dengan Cikgu Isa. Sekarang la masa yang sesuai." Ujar Raub. Dorang memng gelar Rizqi tu adik aku memandangkan betapa clingy dia dengan aku dan betapa protective aku pada dia.

"Tapi, lepas ni kan kelas Cikgu Mariam. Nanti dia marah sebab kita lambat, macam mana?" Entah dari mana datang Laliya  menyertai perbualan kami. Raub dan Taufiq nampak sedikit tersentak walupun mereka dan tahu yang Laliya turut menyertai dalam agenda aku.

"Takpe. Aku dan Raub akan cover korang berdua." Jamin Taufiq. Wajahnya tampka serius cuba meyakinkan.

"Nanti kitorang tipulah sikit cakap kau dan Arif tolong Cikgu Khair angkat barang sukan." Raub tersengih. Jujur dengan niatnya untuk menipu.

Aku dan Laliya berpandangan sebelum terangguk kepala. Setuju dengan rancangan itu.

"Tapi, satu je.. korang jangan lambat sangat. Nanti kantoi." Ujar Taufiq sebelum membenarkan aku dan Laliya pergi.

•°•°•°•

"KAT mana kita nak cari diorang, Rif?" Laliya bersuara sewaktu kami berjalan bersama mencari kelibat sama ada Rizqi atau Cikgu Isa.

Dalam masa yang sama, aku dan Laliya sedikit berhati-hati supaya tak ada cikgu yang menahan kami dan menyedari yang kami sedang ponteng kelas.

"Biasanya kalau cikgu minta tolong mesti untuk ambil buku ke apa. Maksudnya, bilik guru dulu." Ujar aku.

Laliya berhenti jalan. Aku menoleh ke arahnya dan turut berhenti berjalan.

"Tapi, kat bilik guru lagi senang kita kantoi." Ujar Laliya.

Aku geleng kepala dan tersenyum.

"Kalau Arif pergi, mungkin ya. Tapi kalau Liya, tak. Liya kan murid baru jadi masih banyak cikgu yang tak kenal Liya." Ujar aku.

Apabila berjaya memujuk Laliya, kami terus bergerak ke arah bilik guru.

•°•°•°•

"ADA?"

Laliya menggeleng kepala bagi menjawab soalan aku.

Aku menghembuskan nafas berat. Kat mana Cikgu Isa bawa Rizqi? Tiba-tiba gambaran suatu tempat bermain di minda aku. Tempat yang tak digunakan dan tak akan dilalui oleh sesiapa walaupun tempat tu masih elok.

"Liya, jom ikut Arif!" Ujar aku sebelum berlari ke sebuah destinasi. Laliya sedikit tersentak namun mengikut rentak pergerakan aku.

Kami tiba di sebuah kawasan yang terletaknya kelas lama yang masih elok namun tak digunakan kerana ia agak jauh dari tempat lain.

PakLong Where stories live. Discover now