"MISTERI?"
Tahriq menganggukkan kepala. Aku mengerutkan dahi.
"Kenapa kau tanya?" Soal aku kembali padanya.
"Kalau kau suka misteri, bolehlah kita sama-sama jadi pasukan." Beritahu budak lelaki tersebut pada aku. Pasukan apa pulak ni?
"Kejap.. kejap. Okay, aku suka misteri. Detektif Conan, Sherlock Holmes semua tu aku layan je. Tapi, apa yang kita nak siasat?" Aku pula bertanya kepada dia. Tahriq tersenyum sambil keningnya diangkat.
Kami pada ketika ini berada di tepi parit sedang merenung tinggi ke langit. Berdua. Laliya dan si kembar tak tahu kayuh basikal. Adik beradik Tahriq pula - hanya Edi sahaja yang tahu caranya, tapi takkanlah budak pelik tu rajin nak ikut kitorang pulak kan?
Sudah dua hari berlalu sejak pertama aku tiba di kampung belah ibu. Di rumah agam, tetamu dan sanak saudara sedang datang beraya. Tetamu yang aku tak kenal. Kata Tahriq, dia pun tak berapa rapat dengan diorang. Mungkin sebab keluarga diorang terlalu besar dan kaya. Jadi terlalu banyak kenalan.
"Ada satu misteri yang terkenal dalam kalangan sepupu kita dekat rumah agam tu." Tahriq memulakan bicara. Aku mula menunjukkan minat.
"Ada 1 pintu ni. Agak tersorok daripada kebanyakan pintu bilik. Kau tahu la kan, rumah agam Tokwan tu banyak bilik." Tahriq membuat muka. Sebab dia selalu tersesat dalam rumah tu kalau mengikutkan perbualan-perbualan kami sebelum ni.
Aku tergelak kecil.
"So, pintu misteri ni.. tak ada orang yang dibenarkan masuk termasuk ibu bapa kita. Hanya Tokwan je yang boleh masuk."
"Apa yang misterinya? Mungkin tu bilik Tokwan simpan harta dia? Wasiat ke?" Aku mengemukakan persoalan. Mempertikaikan misteri yang aku rasa kurang menarik.
"Ish, kau ni.. kau ingat aku takde fikir macam tu ke? Tapi, kau fikir logik. Zaman sekarang mana ada wasiat simpan dalam bilik. Harta sekarang pun bukan simpan dalam peti harta karun." Tahriq membantah.
Aku terangguk-angguk.
"Ye tak ye gak eh. Wasiat boleh serah kat peguam. Harta boleh simpan kat bank." Ujar aku, bergumam sendirian.
"Ha.. macam mana? Nak join tak aku siasat misteri ni?" Tahriq bertanya lagi.
Aku membuat muka.
"Tapi, misteri ni macam kurang menarik la untuk disiasat. Takde yang lagi best ke? Lagi.. erm, mencabar ke?" Soal aku.
"Ish macam-macam lah kau ni.. kalau misteri pasal Paklong tu menarik lak untuk kau?" Soal Tahriq.
"Ehehe.." Aku tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Yela.. yela.. aku ada satu misteri lagi." Tahriq memandang aku serius.
"Apa dia?"
"Tapi, benda ni... Aku seorang je tahu. Dan.. kalau kau nak tahu benda ni, kau kena janji."
"Janji?"
Tahriq mengangkat jari kelingkingnya.
"Ye. Janji yang kau takkan bagitahu sesiapa. Lagi-lagi Laliya." Ujar Tahriq.
Aku meneguk liur. Kenapa macam serius sangat je ni?
"Okay, aku janji." Jari kelingking Tahriq aku taut dengan jari kelingking aku. Perasaan ingin tahu menebal membuatkan aku berjanji.
Tahriq mendekati aku. Mulutnya ditutup menggunakan kedua-dua belah tangan. Dia berbisik.
"Aku tak sengaja. Aku tercuri dengar Paklang ngan Maklang bergaduh. Paklang nak failkan penceraian terhadap Maklang." Bisiknya.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...