DAKAPAN dari abah yang agak lama langsung tak membuat aku rasa tak selesa. Walaupun ada beberapa pelanggan yang memandang. Sebaliknya, ia membuat aku rasa nyaman. Seperti anak yang dapat bertemu ibu ayahnya di kampung setelah sekian lama bekerja jauh nun.
Beberapa saat kemudian, baru lah abah meleraikan pelukan tersebut.
"Maaf, abah terbawa emosi pula." Ujar abah. Dia memberikan senyuman kepada aku. Aku membalas senyuman tersebut.
"Tak apa. Ayip faham. Ayip pun rindu abah." Ujar aku. Supaya abah tahu yang aku tidak rasa lemas pun dipeluknya.
Beberapa pelanggan yang ada memandang kami dan berbisik-bisik. Alah, diorang semua masih wajah yang sama yang setiap hari datang ke kedai abah masa aku duduk dengan abah dulu. Mesti dorang faham. Kecuali kalau dorang tak cam wajah aku lah. Lagipun waktu tu aku 10 tahun.
"Acik Wab, sape tu?" Soal salah sorang pelanggan. Dia pelanggan tetap juga. Setiap pagi, wajahnya pasti ada melangok di meja paling dekat dengan TV. Dia selalunya pesan roti canai dengan sambal saja bersama kopi o panas.
"Raz tak ingat ke? Ni Arif lah." Balas Pak Wahab. Nadanya juga ditinggikan kerana jarak yang agak jauh. Membuatkan pelanggan-pelanggan di meja lain juga mendengarnya.
"Arif?"
"Arif dah besar."
"Wah dah segak lah Arif sekarang."
Dan macam-macam lagi komen yang diberikan.
Aku dan abah berpandangan. Kami saling berbalas senyum.
"Dah. Ayip pergi masuk dalam dulu. Rehat dulu. Abah nak pergi uruskan kerja kejap. Nanti kita borak." Ujar abah seraya memberi arahan kepada aku.
"Eh, Ayip boleh tolong." Ujar aku, menawarkan diri untuk membantu. Walaupun hampir 3 tahun dah tak buat kerja ni, aku masih ingat.
Namun, abah pantas menegah.
"Tak boleh. Ayip kena rehat. Dari jauh datang sini. Rehat! Rehatkan badan. Rehatkan minda dan rehatkan emosi." Ujar abah. Dia merenung ke dalam mata aku. Seolah-olah cuma menerka apa yang ada di situ.
"Baik, abah." Ujar aku. Akur.
•°•°•°•
"NAH, ni abah buat untuk kamu." Abah datang dengan membawa dua keping roti canai bersama kuah dal bersambal. Air milo ais juga terhidang.
"Eh abah ni. Susah-susah je." Ujar aku sekadar berbahasa.
"Mana ada susah. Kamu pun tahu senang je cara nak buat dia." Balas abah pula. Tak tahu lah dia tak peka niat aku yang nak berbahasa atau dia sengaja menambah kata.
"Ye juga eh. Saya makan dulu, bah." Jawab aku, lalu memulakan makan.
"Apa ni.. abah ada nak tanya sesuatu tadi." Abah bersuara sewaktu aku sedang menikmati makanan hasil tangannya.
"Apa dia, bah?"
"Malam ni kamu tidur mana?" Soal abah. Nadanya seperti mengharapkan sesuatu.
"Er.." Kalau aku jawab tidur sini, tak ke pelik. Abah tak tahu lagi yang aku lari dari rumah.
"Kamu.. ada masalah ke dengan keluarga angkat kamu, Yip?" Fuh, macam tu je abah lontarkan soalan tepat ke batang hidung aku.
Tersedak aku dibuatnya.
"Eh, Ayip. Ni air.. tu lah, makan tu jangan laju-laju sangat." Ujar abah. Padahal dia yang buat aku tersedak.
"Malam ni, Ayip tidur sini boleh?" Soal aku.
Abah angguk.
"Kamu tak nak tidur rumah abah ke? Kakak-kakak kamu dah tak ada. Diorang semua dah asrama." Beritahu abah. Ternyata dia tahu bahawa aku tak tidur di rumah dia sebab tak selesa dengan dua gadis yang merupakan kakak aku itu. Bukan apa. Keluarga Pak Wahab nampak macam alim orangnya. Kalau aku duduk dengan diorang, nanti jadi pelik. Dah la tak ada hubungan apa-apa walaupun anak angkat.
"Kalau macam tu, Ayip tidur rumah abah lah. Kalau abah izinkan." Jawab aku.
"Mestilah abah izinkan. Dah abah yang tanya. Apa lah kamu ni." Abah meningkah.
Aku tersengih sendiri.
•°•°•°•
AKU melabuhkan badan ke atas tilam. Bilik yang merupakan milik aku sejak dijaga oleh abah. Namun apabila masuk usia 10 tahun, aku tiba-tiba jadi tak selesa untuk serumah dengan anak-anak perempuan abah. Pastu, aku larikan diri. Atas alasan tak nak serumah dengan diorang. Kelakar bila ingat balik.
Lepas tu, abah pujuk aku. Akhirnya, aku duduk di kedai sahaja. Pun begitu, banyak kali juga lah abah pujuk aku untuk balik rumah. Tapi aku degil juga.
"Ayip.."
Bunyi pintu bilik terbuka.
Wajah abah terpacul dari sebalik pintu.
"Abah tak nak paksa Ayip untuk ceritakan apa masalah Ayip pada abah. Tapi kalau Ayip perlukan telinga untuk mendengar, bahu untuk bersandar dan mulut untuk memberi nasihat. Datang lah kat abah." Ujar abah.
Aku yang sedang terbaring malas terus duduk.
"Baik, abah." Ujar aku.
"Apa pun jadi, Ayip tetap anak abah." Ujar abah. Membuat aku rasa terharu. Kalaulah abah ada waktu aku murung dulu.
Aku bangun dan segera mendapatkan abah. Pelukan aku beri. Abah membalas pelukan tersebut. Wajah aku jatuhkan ke badannya. Abah mengusap kepala aku.
•°•°•°•
BEBERAPA hari dah berlalu. Aku bekerja di warung abah seperti waktu kecil dulu. Abah tak pernah bertanya lagi pasal masalah aku. Dia memegang kata-katanya. Aku pula masih belum berniat nak menceritakan apa-apa pada abah.
"Ayip, abah nak solat dulu. Kamu uruskan ye kalau ada customer nak order." Ujar abah. Dia berlalu pergi selepas aku membalas dengan anggukan.
"Dik, order."
Aku segera mengambil pesanan makanan. Masa lalu dengan agak pantas apabila bekerja. 10 minit berlalu dan makanan yang dipesan pelanggan tadi sudah siap dihantar ke meja.
Aku mengira pula harga makanan untuk pelanggan yang lain sebab dia dah nak bayar. Usai selesai hal tersebut. Aku mengambil pinggan mangkuk dan cawan kotor pelanggan tadi selepas mengelap meja tersebut. Barang-barang yang aku ambil itu aku bawa ke dapur dan letakkannya ke dalam sinki.
Kemudian, aku bergegas semula untuk ke depan dan-
"Oh mak kau!" Latah aku.
Terkejut dengan kehadiran sesusuk tubuh di belakang aku apabila aku memusingkan diri. Namun yang lebih buat aku terkejut adalah gerangan tersebut. Ah rindunya aku pada dia.
"Paklong!"
Aku tersenyum.
A/N : Finally, Paklong is in the scene!
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...