TI-GA • PU-LUH • EM-PAT

86 6 0
                                    

bzzt bzzt

Bunyi statik kedengaran. Sebelum wajahnya terpapar pada skrin.

"Hai korang. Ni video pertama saya lepas dapat kamera ni daripada Paklong sempena birthday saya yang ke-12 tahun."

Kamera ditunjukkan ke arah Paklong.

"Tu Paklong saya. Nama dia Razif." Ujar budak lelaki yang sedang memegang kamera tersebut.

"Miey tengah buat apa?" Soal lelaki yang digelar Paklong tadi.

"Tengah wat vlog lah, Paklong." Balas budak lelaki tersebut. Dia mengarahkan semula kamera tersebut kepadanya.

"Habis tu asal kenalkan Paklong pula. Asal tak kenalkan diri sendiri?" Soal Paklong. Keningnya dinaikkan beberapa kali.

"Alah, satu-satulah Paklong. Miey nak kenalkan dulu Pakcik kesayangan Miey ni dekat semua orang." Ujar budak lelaki tersebut sambil tersengih. Dia merakam semula Paklongnya.

"Yelah. Paklong pun sayang Fahimi."

"Yes, Miey dah rakam Paklong cakap tu! Nanti boleh viral kan." Miey ataupun Fahimi tergelak.

Paklong membuat muka.

"Habislah jatuh saham Paklong kalau gini. Nanti takde orang nak, macam mana? Paklong salahkan Miey eh." Ujar Paklong melayan usikan anak buahnya yang satu itu.

"Kalau takde orang nak Paklong, Miey kan ada." Ujar Fahimi. Wajahnya sedikit serius buat berapa ketika sebelum kembali tersenyum.

📽️

"Ni ibu dan ni ayah."

Fahimi merakam kedua-dua wajah orang tuanya. Ibu tergeleng kepala melihat tingkah anak tunggalnya yang satu itu. Ayah cuma menghela nafas senang.

"Tak habis lagi ke main dengan kamera yang Paklong dia hadiahkan tu?" Soal ayah pada ibu.

"Biasalah. Hadiah daripada Paklong kan special sikit. Kalau kita bagi hadiah lagi best daripada tu pun, belum tentu dia nak guna." Balas ibu pula.

"Miey, Miey da buka ke hadiah yang ibu ayah bagi?" Soal ayah pula pada anak lelakinya itu.

Kamera terhala pada ayah. Menampakkan wajah muda lelaki yang sudah bergelar ayah itu.

"Er.. belum." Jawab Fahimi.

Ayah memandang ibu. Ibu tersenyum. Senyuman yang membawa maksud, 'kan da kata'.

📽️

Rakaman kamera menunjukkan dua orang wanita yang berwajah serupa. Bezanya seorang berwajah tenang dengan pakaian yang serba tertutup dan seorang lagi berwajah kusut dan pakaiannya agak menonjol. Wanita yang berwajah kusut tersebut sedang mengendong bayi kecil.

"Hai korang. Ini Makteh saya. Diorang kembar. Yang pegang bayi tu Teh Iqah. Dan kembar dia tu pula Teh Irah. Baby tu pula nama dia.. erm.."

Fahimi memandang Teh Irah dan Teh Iqah. Pandangannya bersifat soalan.

"Er.. apa nama dia?" Soal Fahimi.

Teh Irah mengusap kepala Fahimi. Fahimi dah terbiasa dengan perkara tersebut. Teh Irah memang punya habit untuk mengusap kepalanya.

PakLong Where stories live. Discover now