DU-A • BE-LAS

142 6 3
                                    

"PAKSU okay?"

Paksu tersentak apabila mendengar soalan aku. Nozzle hose yang terletak elok pada lubang tangki minyak motornya segala diangkat apabila pasti minyak yang dikeluarkan sudah habis. Dia meletakkan nozzle hose tersebut ke tempat asalnya.

Seat motor ditutup. Soalan aku dibiarkan tak berjawab. Dia menaiki motor dan menghidupkan enjin. Beberapa saat kemudian, Paksu menoleh ke belakang. Ke arah aku.

"Lah.. kenapa tak naik lagi? Jom la. Nanti kita lambat." Ujar Paksu.

Macam mana aku boleh berdua saja dengan Paksu pada saat ini? Aku pun tak tahu.

Perancangan pada raya ke-6 ni agak mengejut. Satu keluarga keluar beraya menziarah ke rumah keluarga yang lain. Susun punya susun, entah macam mana aku dengan Paksu dua ketul je yang terlebih. Sudahnya, aku naik Paksu sahaja. Sementara sepupu-sepupu yang lain naik kereta dengan ayah. Ibu naik sekereta dengan Maksu, Makndak, Maklang dan Makteh. Sementara suami-suami mereka berkumpul di kereta yang lain kecuali ayah dan Paksu, Paklong. Paklong duduk di rumah menjaga Tokwan yang tak ikut serta atas faktor usia. Tapi bagi aku, kalau Tokwan ada sekalipun, Paklong tetap takkan ikut.

"Paksu tak dengar ke Fahimi tanya? Paksu okay ke?" Aku mengulang tanya. Langkah mula aku aturkan untuk menaiki motor.

Paksu senyum paksa. Dia angguk.

"Okay je." Balasnya perlahan.

"Ye ke ni?" Aku tak percaya.

"Ya. Kenapa Fahimi tanya?" Paksu memulangkan semula soalan.

"Sebab Paksu macam tak okay je. Isi minyak pun termenung." Jawab aku.

Paksu mula memandu. Memasuki jalan raya. Bunyi motor menganggu pendengaran. Padahal kami sepatutnya naik kereta tapi Paksu ajak aku naik motor supaya lebih cepat. Aku pun setuju je.

"Paksu.. se..narnya.." Sayup-sayup suara Paksu kedengaran ditelan dengan bunyi motornya sendiri berserta dengan kenderaan-kenderaan yang lain.

"..ta..aak.. okay.."

Aku mengeratkan pelukan. Takut jatuh sebab Paksu bawa laju dan bersimpati. Maksu mungkin trauma dan sedih sebab kematian anak pertamanya tapi Maksu ada Paksu untuk memujuknya sedangkan lelaki itu.. kalau dia bersedih pun tiada siapa yang akan memujuknya. Paksu kena kuat demi isterinya.

•°•°•°•

TIDAK selesa dengan mata-mata yang tertumpu pada aku, aku mengambil keputusan untuk keluar selepas meminta izin ibu ayah. Macam mana nak rasa selesa kalau dipandang seperti mahluk asing oleh keluarga yang kau tak kenal?

Aku cuba ajak sepupu-sepupu yang lain tapi nampaknya mereka dah seronok bermain dengan budak-budak yang lain. Tahriq pula tak boleh teman sebab dia kena jaga adik-adiknya.

Di luar rumah - di hadapan pagar, ternampak satu susuk tubuh seorang lelaki dewasa bersendirian. Lelaki tersebut sedang menghisap rokok. Asap berkepul-kepul naik ke langit. Hidung aku yang terhirup udara tidak sihat itu membuatkan aku terbatuk.

Batukkan aku membuatkan lelaki tersebut menoleh.

"Fahimi?" Lelaki itu bersuara. Wajahnya serius. Suaranya garau. Kening dan misainya yang tebal membuatkan dia tampak garang. Lagi-lagi dengan tubuh yang sasa. Tapi nak dibandingkan dengan pakcik-pakcik yang lain, dia lebih pendek. Cuma dia paling sado.

"Buat apa sorang-sorang keluar?" Suaranya kedengaran tegas. Tak macam Paksu yang nadanya lembut dan tenang. Tak juga macam Paklang yang sedikit serak dan bernada sayu. Tak sama seperti suara Paklong yang menyimpan banyak rahsia. Suara lelaki ini tegas dan penuh displin. Sesuai dengan dirinya yang merupakan seorang bekas askar.

PakLong Where stories live. Discover now