DU-A • PU-LUH • DU-A

119 5 1
                                    

BAM!

Meja makan bergegar sekaligus menyebabkan pinggan-mangkuk dan cawannya yang mempunyai isi bergetar. Di waktu yang sama, aku tersentak. Bukan aku sahaja, malah semua orang yang berada di meja makan juga turut tersentak. Kecuali orang yang menghentak meja tersebut, babah atau Pakndak.

Mungkin dari sini, aku dah boleh mula bahasakan Pakndak dan Makndak sebagai babah dan emak. Supaya korang tak keliru dengan dialog aku.

"Babah tak sukalah semua orang bermasam muka macam ni. Senyap saja. Babah tak panggil Fahimi datang sini untuk korang berdua gaduh. Babah ingatkan korang berdua ni rapat? Kenapa sampai bergaduh pula ni?" Babah bersuara tegas. Makan malam yang terhidang masih tak tersentuh oleh sesiapa. Peraturan dalam rumah ni. Selagi babah tak sentuh makanan, semua orang dilarang sentuh makanan. Itu kalau makan di meja makan bersama-sama la.

Dia memandang anak sulungnya.

"Tahriq?"

Namun, Tahriq hanya membuang pandang ke arah lain dan tidak memberi respon.

Aku pula dipandang babah. Lelaki dewasa itu mahukan jawapan jitu daripada aku.

"Fahimi?"

Aku menundukkan wajah. Diam.

Babah melepaskan helaan nafas. Keluhannya terdengar berat seperti kekesalan.

"Kamu berdua? Kamu yang panggil babah, kan? Kamu tahu kenapa diorang berdua ni gaduh?" Kali ni babah bertanya kepada Edi dan Qhalif pula. Belum sempat Edi membalas, Qhalif dah mula bersuara.

"Sebenarnya, along dengan abang Mi gaduh sebab- auch!"

Qhalif mengerang kesakitan apabila kakinya dihentak Edi dari bawah meja. Edi menjelingnya. Seakan isyarat supaya Qhalif tak meneruskan bicaranya. Namun, babah sedar akan perkara itu.

"Edi! Biar Qhalif habiskan cakap dia, kamu jangan kacau. Kalau tak, kamu yang babah hantar ke Pak Mat." Babah langsung mengugut Edi. Edi menghembuskan nafas tidak puas hati yang lebih tertuju kepada Qhalif.

"Ha, Qhalif. Sambung.." Babah membenarkan Qhalif untuk menyambung ceritanya.

"Diorang gaduh sebab Paklong." Ujar Qhalif.

Barulah kalini aku dan Tahriq menoleh dan memandang Qhalif.

"Err.." Qhalif berasa kekok apabila semua mata memandangnya.

"Along cakap abang Mi sengaja tidur dengan Paklong. Pasti abang Mi marah-marah. Pastu dorang gaduh. Pastu, Edi panggil babah." Lapor Qhalif dengan berapa banyak 'pastu'-nya.

"Betul ke Tahriq?" Babah langsung merenung tajam ke arah anak lelaki pertamanya itu.

"Babah tak ajar anak babah suka-suka tuduh dan fitnah orang." Suara babah sedikit meninggi.

Wajah Tahriq berubah jadi serba salah.

"Tapi babah tau anak babah bukan jenis macam tu. Bagitahu babah, kenapa along buat macam tu?" Suara babah menurun semula nadanya.

Tahriq mencuri pandang ke arah aku. Kemudian, dia kembali memandang babah.

"Along marah sebab Fahimi.. dia masih nak back-up Paklong walaupun dah jelas Paklong tu macam mana. Along tak suka Fahimi rapat dengan dia. Kenapa dia kena ambil tahu pasal Paklong tu?" Tahriq langsung tak memandang aku semasa dia bercakap. Seolah-olah aku takde di sini.

"Dan lagi.. lepas apa yang jadi, Fahimi dah tak macam dulu. Asyik nak marah je. Kalau sebut pasal Paklong, dia asyik sedih dan marah je. Babah sendiri nampak dia dah lain." Ujar Tahriq. Dia pandang aku buat pertama kalinya untuk hari ini.

PakLong Where stories live. Discover now